
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Tuesday, 10 March 2026
Mencari Malam Lailatul Qadar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Mencari malam Lailatul Qadar paling utama dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan, khususnya, tetapi tidak semestinya, malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29) dengan memperbanyakkan solat, bacaan al-Quran, doa, sedekah dan sebagainya.
Terdapat banyak perkongsian di laman2 social tentang semacam formula untuk mengagak malam lailatul qadar tersebut. Tetapi peercayalah tidak satu pun formula itu berdasarkan hadis / sunnah, ia hanyalah fikiran semata. Jangan kita terus mempercayainya.
Hanya ada satu hadis boleh digunakan untuk menentukan malam Lailatul Qadar tetapi hanya diketaui keesokan harinya iaitu semasa pagi esoknya matahari terbit tidak terang, berwarna merah lembut, dan tidak menyilaukan pada pagi hari. Rujukan: Sahih Muslim, hadis no. 762. [1].
Maknanya tidak ada sesiapa yg tahu dgn tepat bila berlakunya malam lailatul qadar itu sehingga pagi esoknya.
Maka beruntunglah kpd sesiapa yg beramal soleh pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Rujukan: Sahih Bukhari, hadis mo. 2022. [2]
Bagi pendapat saya segala tanda2 malam lailautul qadar yg tersebar di kalangan kita itu adalah hanya mitos, tidak ada asas atau hanya mungkin pengalaman peribadi seseorang yg perlu pengesahan.
Antara mito berlakunya malam lailatul qadar ...
Lailatul qadr ni perkara ghaib. Nabi SAW sendiri pun tak tahu bila. Yg penting kita usahakan bgn setiap malam dan berdoa terus kpd Allah. semoga kita bertambah ketaqwaan kpdNya sehingga selesai Ramadhan nanti.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 3, The Book of Fasting, hadis no. 762, ms. 257. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Superiority Of The Night Of Qadr, hadis no. 2022, ms. 141. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 9 March 2026
Bacaan Wirid Selepas Solat Sunat Witir
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Bacaan sunnah yang dianjurkan selepas memberi salam solat witir adalah membaca zikir "Subhanal Malikil Quddus" (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) sebanyak tiga kali. Pada sebutan ketiga, disunatkan untuk meninggikan suara sedikit sebagai tanda pengagungan kepada Allah SWT
Mari kita membaca mengikut sunnah seperti di bawah ...
سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Ertinya: "Maha Suci Tuhan yang Maha Mengusai & maha Suci."
Bacalah sebanyak 3 kali dan di sunatkan bacaan kali ke-3 ditinggikan suara.
Rujukan: Sunan An-Nasa'i, hadis no. 1733. Status: Sahih. [1]
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 2, The Book Qiyam Al-Lail, ms. 519, hadis no. 1733. Maktaba Darus Salam.
Tuesday, 24 February 2026
Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Apabila tiba Ramadan, mungkin timbul isu bilangan rakaat solat tarawih menjadi perbincangan hangat. Satu perbincangan yg sejak dari dahulu lagi berlaku dan eloklah untuk kita semua mengambil pendirian untuk berlapang dada. Dipersilakan sesdiapa sahaja yg mahu solat 11 rakaat (8 rakaat tarawih & 3 solat sunat witir) dan dipersilakan juga sesiapa yg mahu solat 23 rakaat (20 rakaat tarawih & 3 solat sunat witir).
Ada satu content video yg sangant baik untuk kita sama2 fahami perihal perbezaan bilangan solat sunat tarawih ini. Sila fahami video di bawah. Kredit kepada Dr. Rozaimi dan original content creator.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati & dilindungi Allah SWT di dalam bulan Ramadan yg mulia ini. Aaminn.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati & dilindungi Allah SWT di dalam bulan Ramadan yg mulia ini. Aaminn.
Wednesday, 18 February 2026
Ramadhan Mubarak 2026
Selamat menyambut Ramadhan & berpuasa untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aaa,inn.

Tuesday, 1 April 2025
Tazkirah Ramadan. Adakah Kita Terkesan?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Ramadan Berlalu Pergi: Apa Yang Kita Tinggalkan?
Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan, dan pembebasan daripada api neraka. Ia datang sebagai tetamu yang mulia, memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, mensucikan hati, dan memperbaiki amalan. Namun, seperti tetamu, Ramadan juga akan pergi meninggalkan kita dengan satu persoalan besariaitu ...
Apakah kita benar2 telah memanfaatkan Ramadan ini?
- Adakah puasa kita meninggalkan bekas / kesan?
- Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 183: “Wahai orang2 yg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
- Oleh itu matlamat utama puasa adalah TAQWA. Jika selepas Ramadan kita kembali kpd dosa lama, lalai dalam solat, dan kurang menjaga akhlak, maka kita perlu bertanya pada diri sendiri: adakah Ramadan benar2 membentuk kita?
- Amal Ibadah yg Berterusan.
- Diriwayatkan oleh Aishah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Amalan yg paling dicintai oleh Allah adalah yg berterusan, walaupun sedikit.” Sahih Bukhari, hadis no. 6465. [1] Perkara yg sama diriwayatkan melalui Alqamah yg diberitahu oleh Aishah RA. Sahih Muslim, hadis no. 783. [2] Ramadan mengajar kita untuk bangun malam, membaca Al-Quran, bersedekah, dan berdoa. Jangan biarkan amalan-amalan ini berhenti sebaik sahaja Ramadan berlalu. Jadikan ia sebahagian daripada rutin kehidupan.
- Istiqamah Selepas Ramadan.
- Ramadan adalah madrasah untuk melatih jiwa dan mendidik hati. Namun, kejayaan Ramadan bukan diukur pada ibadah yg kita lakukan dalam bulan ini sahaja, tetapi pada sejauh mana kita dapat mengekalkan perubahan selepas ia berlalu.
- Para ulama mengatakan ... “Tanda diterimanya amal seseorang dalam Ramadan ialah apabila dia menjadi lebih baik selepas Ramadan.” Jika kita berusaha untuk tetap menjaga solat berjemaah, membaca Al-Quran, dan menjauhi maksiat, itu tanda bahawa kita benar-benar mendapat manfaat daripada Ramadan.
-
Ramadan akan pergi, tetapi Allah tetap ada. Syawal menjelang, tetapi taqwa perlu terus dipertahankan. Maka, tanyakan pada diri kita:
- Adakah dosa-dosa kita telah diampunkan?
- Adakah hati kita semakin dekat dengan Allah?
- Adakah Ramadan ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita?
Friday, 21 March 2025
10 Malam Terakhir Ramahan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Salam Ramadhan Mubarak untuk semua.
Rasanya baru semalam kita mula berpuasa, dah tinggal 10 malam terakhir sahaja lag ... 10 malam terakhir ni nak buat apa kita semua?
Malam2 ini adalah peluang untuk kita tingkatkan amal ibadah, dalam misi mencari Lailatul Qadar.
Pada malam alQadr, malaikat dan Jibril turun dengan membawa rahmat dan ketenangan, menjadikannya satu malam yang penuh keberkatan sehingga terbit fajar. Ayuh kita sama2 berusaha meraih keistimewaan malam ini dengan memperbanyakkan amalan, bersedekah, dan membantu mereka yang memerlukan.
Kebanyakkan kita akan mlakukan qiamullail untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Semoga Allah SWT sentiasa meredhai kita semua dan kita berjaya menemukan Lailatul Qadar pada tahun ini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Friday, 14 March 2025
Perkara Pelik Yg Dilakukan Di Bulan Ramadhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT dan diberi kekuatan untuk beribadah.
Ada beberapa perkara yg pelik dilakukan oleh segelintir orang semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. Semoga kita dihindarkan dari melakukan perkara2 pelik di bawah semasa Ramadhan.
- Puasa tetapi tidak solat. Solat itu perkara fardhu dan ia adalah perkara pertama yg akan ditanya pada hari akhirat.
- Pergi berjemaah di masjid / surau untuk solat sunat terawih tetapi solat fardhu dilakukan di rumah. Solat fardhu 5 waktu itu adalah lebih tinggi kepentingannya dari solat sunat terawih. Mungkin ada yg lebih pelik hanya pergi berjemaah di amsjid untuk solat sunat Hari Raya sahaja, yg lain tidak pergi.
- Berbuka puasa dgn hisap rokok. Rokok itu difatwakan haram dan jika kita berbuka dgn menghisap rokok maka puasa kita sehari itu akan tergugat disebabkan berbuka dgn benda haram.
- Ibubapa solat terawih di masjid (Atau tidak pergi langsung} tetapi membiarkan anak2 bermain mercun di sekitar masjid. Perkara ini mengangu mereka yg mahu solat terawih dgn bunyi yg kuat / bising.
- Bersahur tetapi dilakukan pada tengah malam contohnay pukul 12 malam. Bangun lah untuk bersahur sebab ada keberkatan padanya. Makan sahur itu eloklah dilakukan sebelum siang untuk memberi tenaga keesokan harinya. Ia juga untuk melatih kita untuk solat fardhu subuh dan semoga istoqamah seterusnya. Sila baca tentang sahur & keberkatannya.
- Puasa perut tetapi tak puasa mulut atau jari. Perut sahaja berpuasa tetapi mulut tetap mencela, menghina, menfitnah orang lain. Sekarang dgn media social, mulut mungkin sudah bertukar kpd jari dgn menulis / taip perkara2 yg tidak diingini.
- Solat sunat terawih dilakukan lengkap secara berjemaah tetapi solat fardhu dilakukan seorang diri. Solat Isyak di rumah kemudian baru pergi ke masjid untuk solat sunat terawih. Walhal solat fardhu itu lagi penting & lagi tinggi makamnya. Sepatutnya solat sunat terawih boleh dilakukan berseorangan di rumah dan solat fardhu berjemaah di masjid.
- Sibuk dgn lagu2 raya dan tidak beribadat menambahkan amalan. Jangan kita terpedaya dgn persiapan raya dan pinggirkan ibadat semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini.
- Membeli juadah berbuka puasa yg banyak dan akhirnya membazir. Janganlah kita membeli semasa kita lapar disebabkan mungkin perhitungan kita tidak sempurna ketika itu. Jangan beli ikut nafsu, belilah apa yg patut sahaja.
- Puasa tetapi tidak tutup aurat. Fikirkan lah apa akan terjadi kepada pahala puasa itu. Kalau kita pergi ke bazar Ramadhan, carilah peniaga yg menutup aurat.
- Pelihara puasa dgn baik seharian tetapi penghujung hari pergi ke bazar Ramadhan. Apa yg kita dapat lihat di bazar Ramadhan itu? Sekarang ini bazar Ramadhan bukan sahaja untuk yg berpuasa tetapi juga dikunjungi oleh bukan Islam yg sudah tentu tidak menutup aurat. Jadi mahu tidak mahu kita akan terlihat aurat dan apa akan jadi dgn pahala puasa kita?
- Puasa tetapai banyak menghabiskan masa dgn media social (Wasap / facebook) dan meninggal bacaan Quran. Perbanyakkan amal ibadat contohnya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan yg mulia ini.
- Sibuk membincangkan rakaat solat sunat terawih seperti 8 atau 20 rakaat. Lagi pelik tidak pergi solat terawih walaupun begitu sibuk membincangkan jumlah rakaat atau hanya solat kurang dari 8 rakaat.
- Melaung-laung semasa selawat antara solat terawih.
Tidak perlu melaung2 untuk berselawat. - Import imam2 dari luar negara atau dari jauh untuk dijadikan imam terawih sedangkan imam dari kariah sendiri pun cukup bagus. Imam2 dari kariah sendiri pun bagus atau dari pusat tahfiz terdekat juga boleh dilantik.
- Puasa tetapi mengabaikan ibubapa. Puasa tetapi tidak ambil tahu / bertanya keadaan ibubapa samada cukup kepeeluan / kesihatan mereka.
- Puasa menjadi pesta makanan. Terlampau banyak makanan yg disediakan yg mungkin berlaku pembaziran.
- Mampu sujud pisikal tetapi tidak mampu sujud hati. Datang awal ke masjid tetapi hanya duduk tanpa membaca Al-Quran atau berzikir contohnya selepas solat Maghrib menunggu waktu Isyak.
- Tidak melakukan solat sunat ba'diyah Isyak, hanya tunggu untuk solat sunat terawih. Ini satu kesilapan yg besar disebabkan solat sunat ba'diyah Isayk adalah muakkad dan solat sunat terawih bermula selepas solat ba'diyah itu. Makam solat sunat ba'diyah Isyak lebih tinggi dari solat sunat terawih. Sila baca tentang solat sunat rawatib.
- Berbuka di masjid / surau tetapi tidak solat berjemaah maghrib di situ. Sudah berbuka dan terus pulang. Eloklah kita berjemaah dahulu di masjid / surau tempat kita berbuka tadi.
Thursday, 13 March 2025
Segerakan Bayaran Zakat Fitrah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tertarik saya mendengar khutbah Jummat pada minggu lepas 7 Mar 2025 (6 Ramadhan 1446) keluaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang mengapa kita harus mencepatkan bayaran zakat fitrah.
Saya quote di bawah ini khutbah Jumaat berkenaan.
"Sebagai umat Islam, kita digalakkan agar menunaikan zakat fitrah lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.Menurut Mazhab Syafie, hukum menunaikan zakat fitrah adalah sah jika dilakukan sejak awal Ramadhan dan tidak semestinya ditunaikan pada malam satu Syawal atau pagi Hari Raya."
Saya terus teringat agak2 tahun 1979 (Masih di sekolah rendah lagi) saya telah didatangi oleh seorang dari masjid di kampung dan memberikan saya RM16 sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ya, saya adalah bekas asnaf.
Apa yg saya ingin tekan di sini adalah sungguh lebih baik jika dpt segerakan pembayaran zakat fitrah supaya pihak berwajib dapat menyerahkan zakat anda kepada asnaf2 lebih awal untuk mereka membuat persiapan Hari Raya dgn lebih baik dan teratur. Cuba bayangkan jika wang zakat itu hanya dpt disalurkan kpd asnaf hanya beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya, ini sudah tentu asnaf2 mungkin akan mengalami kesuntukan masa untuk persiapan raya.
Senmoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kpd pembaca.Semoga kita sentiasa di dalam lindungan & redha Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Thursday, 6 March 2025
Saf Wanita Berjarakan Ketika Solat Berjemaah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Saban tahun semasa solat terawih di bulan Ramadhan perkara ini terus terjadi. Muslimat2 tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah di surau atau masid. Walaupun solat itu sah tetapi ganjaran solat berjemaah mungkin tidak diperolehi.
Tiada sesiapa yg mengetahui dgn tepat sebab mengapa pihak muslimat enggan merapatkan saf serta enggan memenuhi saf yg hadapan dahulu sebelum mengisi saf2 di belakang. Mungkin ini terjadi kpd segelintir muslimat tetapi yg sahihnya saf2 muslimat tidak dipenuhi atau dirapatkan.
Apakah sebab sebenarnya?
Hanya muslimat yg terlibat lebih mengetahui mengapa merela enggan memenuhi saf di hadapan dan merapatkan saf.
Saya mengambil peluang ini untuk berkingsi satu hadis yg diriwaykan oleh Ibnu Mas’ud yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا
Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.
Sunan Abi Daud, No. 570.
Nota: Sunan Abu Dawud menyatakan hadis ini adalah dhaif tetapi Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim. [2]
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:
يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla".
Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550. [2]
Nota: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban. [2]
Oleh yg demikian berdasarkan kpd kedua2 hadis di atas ... apakah yg boleh dikatakan mengapa saf2 muslimat tidak rapat / lompong / berjarakan semasa solat berjemaah terutamanya semasa solat terawih?
Adakah praktik muslimat2 itu tidak selari dgn hadis2 itu yg mengatakan tempat afdal solat muslimat adalah di bilik di dalam rumah mereka?
Hanya Allah SWT yg maha mengetahui.
Kalau tidak rapat saf, berjarakan atau lompong, maka tiada ganjaran solat berjemaah iaitu 27 kali ganda ganjaran seperti hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Umar yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
Sahih Bukhari, no. 645. [3]
Para muslimat sekalian tiada salahnya untuk solat berjemaah di surau atau masjid. Yg penting adalah semasa berjemaah saf2 hendaklah dirapatkan, diluruskan dan memenuhi dahulu saf2 hadapan. Ini diperkuatkan oleh satu hadis oleh Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:
تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاَتٌلاَ
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian”.
Sunan Abu Dawud, no. 565, Status: Hasan. [4]
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Baca juga:
Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 351, Hadis no. 570. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #936: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis no. 645, The Book of Adhan, ms. 372. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 349, Hadis no. 565. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 5 March 2025
Menghidupkan Malam Ramadhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Menghidupkan malam Ramadan menjadi penghapus dosa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mendirikan Ramadhan – di malam hari (Menghidupkan Ramadhan dengan puasa disiang hari, solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (Mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
Sahih Bukhari No: 37. [1]
Pengajaran:
- Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan Ramadan dengan puasa disiang hari, dimalam hari solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.
- Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.
- Semoga ibadat puasa di siang hari, qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu.
- Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ... Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.' Jami' At-Tirmizi No: 806. Status: Hasan Sahih. [2] Nota: Hadis yg sama ini juga diriwayatkan oleh Al-Walid bin Abdur-Rahman yang mengetahui dari Jubair bin Nufair yang diberitahu oleh Abu Zar. Sunan Abu Dawud, No. 1375. Status: Sahih. [3]
Saturday, 1 March 2025
اهلا وسهلا يا رمضان.
Saturday, 30 March 2024
Doa Malam Lailatul Qadar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ramadhan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah SWT membuka seluasnya pintu ibadah dan memberikan keampunan buat dosa2 kita.
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa berbanding malam-malam lain yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Tambahan pula, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan berdoa pada setiap malam Ramadhan terutama pada sepuluh malam terakhir.
Apakah doa spesifik yg diajar oleh Rasulullah SAW bila melalui malam Al-Qadar?
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [1]
Marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini.
Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita dapat dilaksankan dengan sempurna di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini dan semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Aaminn.
Sila baca juga tentang Lailatulqadar di
sini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
Wednesday, 13 March 2024
Sahur & Keberkatannya
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.
Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. [1]
Hukum bersahur adalah sunah yg sangat dituntut jadi kita semua dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Mengapa sahur sangat dianjurkan?

Sahur Membezakan Puasa Orang Islam & Puasa Agama Lain
Bersahur adalah perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh "Amr bin Al-'A RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur." Sahih Muslim #1096. [2] Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air atau sebutir tamar / kurma.Sahur Terdapat Keberkatan
Sangat dianjurkan bersahur kerana terdapat keberkatan padanya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW telah bersabda: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." Sahih Bukhari #1923. [3]Kesimpulan
Marilah kita bersama2 melakukan sunnah ini iaitu bersahur yg terdapat kebaikan & keberkatannya seperti mengamalkan sunnah Nabi SAW, mendapat keberkatan & kebaikan kesihatan serta memberi kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian seperti biasa.. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, insyaAllah. والله أعلمُ بالـصـواب Rujukan: [1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-127: Apakah Yang Dimaksudkan Keberkatan Pada Sahur? [2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 3, Book of Fasting, ms. 160, Hadis #1096. Darussalam Publishers and Distributors. [3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book of As-Saum, Hadis #1923, ms. 92. Darussalam Publishers and Distributors.Thursday, 7 March 2024
Cara Menyambut Ramdhan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
InsyaAllah minggu depan 1 Ramadhan 1445 (12 Mar 2024) akan tiba. Bulan Ramadhan yg sentiasa kita nantikan akan menjelma. Bulan yg penuh barakah untuk umat Islam semua.
Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat dinyatakan di sini ialah:
✅ 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙉𝙞𝙖𝙩
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙤𝙖
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 & 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣
✅ 𝙌𝙞𝙮𝙖𝙢
Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Sahih Bukhari #38. [1]
Oleh itu marilah sama2 kita menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Belief, Hadis #38, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.
Friday, 21 April 2023
Meraih Hasil Tarbiah Ramadan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
Hari ini adalah hari akhir Ramadhan untuk tahun ini 1444 Hijrah maka terbenam matahari pada hari ini genaplah kita berpuasa selama 30 hari, insyaAllah.
Hari ini Jumaat 21 April 2023 dan bertepatan dgn hari akhir Ramadhan (30 Ramadhan 1444), khutbah jumaat hari ini menyentuh tetang satu perkara yg penting iaitu adakah kita semua dapat meraih hasil tarbiah Ramadhan. Petikan khutbah yg disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dapatlah saya list kan point2 penting untuk kita muhasabah diri seperti berikut.
- Takwa merupakan tujuan yang menjadi ukuran keberhasilan daripada ibadah puasa atau apa yang disebutkan hari ini sebagai Key Performance Indicators (KPI). Justeru, bagaimana dengan prestasi iman kita kian berakhirnya Ramadhan ini? Satu soalan yg sgt baik untuk ditanya kpd diri sendiri kerana kita sgt khuatir dgn sabda Nabi SAW iaitu: "Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang qiam itu tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan hanya berjaga malam.” (Riwayat Ibnu Majah). Apa yg dimaksudkan dgn Takwa? Menurut Abdullah bin Mas'ud Radiallahuanhu: “Takwa itu adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.” Umat Islam hendaklah mengetahui bahawa takwa dari sudut zahirnya ialah menjaga had atau batasan syarak dan pada batinnya ialah keikhlasan hati beramal ibadah.
- Teruskan momentum Ramadhan ke bulan2 yg mendatang dgn fokus yg tepat untuk ibadah wajid dan memperbanyakkan yg sunat. Sebagai contoh ... Solat terawih merupakan ibadah sunat yang sangat digalakkan dalam pelaksanaannya? Apakah kita melaksanakannya secara bersendirian atau berjemaah? Apakah dilaksanakan berjemaah tanpa disempurnakan dengan solat witir? Apakah langsung kita tidak mengambil penting dengannya? Terkadang kita lebih teruja melaksanakan solat sunat terawih sedangkan solat lima waktu diringan-ringankan kewajipannya. Fokus adalah untuk ibadah wajib seperti solat 5 waktu dan berjemaah di masjid / surau dan kita perbanyakkan segala amalan sunat seperti solat rawatib.
-
Point no. 3 ini adalah yg paling penting untuk kita semua iaitu kita hendaklah menyedari bahawa tanda diterima ibadah puasa ialah istiqamah atau konsisten beramal ibadah selepas berakhirnya Ramadhan.
Saturday, 8 April 2023
Lailatulqadar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. InsyaAllah minggu depan kita akan memasuki 10 akhir Ramadhan yang terdapat padanya malam al-Qadar. Semoga kita dapat mengisi 10 malam terakhir dengan ibadat dan InsyaAllah dengannya kita memperolehi malam Lailatulqadar.
Ade byk perbahasan tentang bila sebenanya malam al-Qadar itu. Ade yg menagtakan malam ke-25, malam ke-27 dan sebagainya. Apa yg penting adalah kira terus mengfokus dgn inbadat seperti qiamullail pada bulan Ramdhan ini lebih2 lagi pada malam 10 terakhir semoga Allah SWT dengan limpah rahmarNya menemukan kita dgn malam al-Qadar itu yg penuh dengan kemulian seperti firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr: 1-3:
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Juga daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”. Riwayat Muslim: 2015.
Marilah kita sama2 memburu malam al-Qadar ini semoga Allah petemukan kita. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
والله أعلمُ بالـصـواب
Saturday, 1 April 2023
Qiamullail
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramashan hingga ke penghuungnya. Aaminn.
Banyak amalah / ibadah sunat yang boleh kita lakukan di hri2 biasa dan lebih2 lagi di bulan Ramadhan disamping fardhu puasa. Salah satu yang sangat digalakkan adalah qiamullail.
Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT. Waktu afdal adalah sepertiga malam terakhir yang biasa kita katakan lebih-kurang dari pukul 3 pagi hingga habis waktu Isyak.
Mengapa sepertiga malam yang terakhir adalah waktu utama (Afdal) untuk qiamullail?
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Nabi SAW bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadakepada- Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar" (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758) Rasulullah dalam sabda lainnya: "Di waktu malam terdapat satu saat dimana Allah akan mengabulkan doa setiap malam.” (HR Muslim No. 757)Apakah kelebihan qiamullail?
Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadat qiamullail. Diantaranya ialah firman Allah SWT dlm Surah al-Isra’: 79 yang maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”Amalan2 solat sunat semasa qiamullail.
Disamping amalan ibadah lain seperti membaca Al-Quran dan berzikir, berikut adalah solat2 sunat yang biasa dilakukan semasa qiamullail. Rujukan: 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd. 2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar. والله أعلمُ بالـصـوابSunday, 19 March 2023
Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, Ramadhan hampir menjelma minggu depan. Marilah sama2 kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Hendaklah kita merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan yang datang dengan tawaran tuhan yang lumayan. Hendaklah kita ...
1. Perbaiki Niat.
Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah SWT.
2. Berdoa.
Marilah kita sama2 perbanyakkan doa di bulan Ramadhan untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran.
Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusi. Perbanyakkan bacaan Al-Quran supa mendapat kebaikan seperti mendapatkan pahala, memberikan syafaat ketika hari akhirat dan hati lebih tenang dan tentram, InsyaAllah.
4. Bersedekah & Memberi Makan.
Besar sungguh ganajaran bersedekah ini sperti hais d bawah.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.
Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
5. Qiyam.
Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah SWT. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian.
Maka marilah kit rebut peluang2 yang ada di bulan Ramadhan agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah SWT ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan: Datuk Dr. Zulkifli, Mufti Wilayah Persekutuan, 3 Jun 2016 bersamaan 27 Sya’ban 1437H.
Subscribe to:
Posts (Atom)