Page List

Wednesday, 5 March 2025

Menghidupkan Malam Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Menghidupkan malam Ramadan menjadi penghapus dosa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mendirikan Ramadhan – di malam hari (Menghidupkan Ramadhan dengan puasa disiang hari, solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (Mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
Sahih Bukhari No: 37. [1]

Pengajaran:

  1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan Ramadan dengan puasa disiang hari, dimalam hari solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

  2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

  3. Semoga ibadat puasa di siang hari, qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

  4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

    عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

    Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.'
    Jami' At-Tirmizi No: 806. Status: Hasan Sahih. [2]

  5. Nota: Hadis yg sama ini juga diriwayatkan oleh Al-Walid bin Abdur-Rahman yang mengetahui dari Jubair bin Nufair yang diberitahu oleh Abu Zar.
    Sunan Abu Dawud, No. 1375. Status: Sahih. [3]

Ayuh, pastikan kita menghidupkan malam Ramadan dengan dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan;
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis no. 37, Thee Book of Belief, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 2, The Chapter Of Fasting, Hadis no. 806, ms. 230. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 2, The Book of The Chapters Pertaining To The Month Of Ramadan, ms. 140, Hadis no. 1375. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment