- Sahih. Hadis sahih ialah hadis yg tiada keraguan dari segi sanad dan perawinya, dianggap kuat dan terpercaya. Hadis sahih adalah menjadi sumber hukum dan panduan dalam ibadah fardhu. Secara khususnya hadis jenis ini mempunyai sanad yg bersambung dari mula hingga akhir, diriwayatkan oleh perawi yang adil, kuat ingatan / hafazan, tidak syaz (Bertentangan dgn riwayat lain) dan tiada 'lllah (Tiada perawi yg fasiq, pemalsu & pendusta). Hadis sahih adalah sumber hukum yg kuat untuk panduan dalam ibadah dan lain-lain urusan. [2]
- Hasan (Baik) Hadis hasan adalah hadis yg juga dianggap baik dan dapat diterima, tetapi tidak sekuat hadis sahih. Hadis jenis ini juga mempunyai sanad yg bersambung dari mula hingga akhir cuma diriwayatkan oleh perawi yang tidak mempunyai ingatan / hafazan yg kuat. Juga hadis ini tiada syaz (Bertentangan dgn riwayat lain) dan tiada 'lllah (Tiada perawi yg fasiq, pemalsu & pendusta). Hadis hasan termasuk di dalam kategori hadis sahih jadi ia juga boleh dijadikan hujah iaitu sumber hukum dan beramal dengannya. [3]
- Dhaif (Lemah).
Hadis dhaif ialah hadis yg tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan. Hadis jenis ini tidak bersambung sanadnya atau di antara sanadnya ada orang yg cacat seperti perawinya adalah bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa / fasiq / pendusta atau suka berbuat dosa.
Hukum mengamal hadis dhaif:
Hukumnya adalah harus untuk beramal dengan hadis dhaif tetapi dalam masa yg sama perlu diikat dengan syarat2 atau panduan2 yg ketat. [4]
Syarat / panduan adalah seperti (Mengikut kontek Mazhab Syafie): [5]
- Hadis dhaif yang diterima pemakaiannya ialah hadis yang tidak terlalu lemah, dengan syaratsyarat pemakaian yang tertentu.
- Mazhab Syāfie tidak menerima pemakaian hadis dhaif dalam menetapkan hukum syarak, sekiranya tidak disokong oleh dalil-dalil yang lain.
- Mazhab Syāfie menerima pemakaian hadis dhaif yang disokong oleh dalil-dalil yang lain dalam menetapkan hukum syarak. Kajian mendapati empat sokongan utama bagi hadis dhaif yang dinyatakan oleh ahli usul mazhab Syāfie iaitu mutābaʿāt dan shawāhid, ijmak, qiyas dan amalan sahabat.
- Hadis dhaif diamalkan oleh mazhab Syāfie sebagai langkah berhati-hati (iḥtiyāṭ) daripada terjerumus dalam perkara makruh.
- Pemakaian hadis dhaif dalam mazhab Syāfie berkaitan faḍā’il al-ʿamal mempunyai kaitan dengan penetapan hukum istiḥbāb.
- Mazhab Syāfie tidak menetapkan kaifiat khusus bagi sesuatu ibadah berdasarkan hadis dhaif.
- Maudhuk (Palsu). Hadis maudhuk bermaksud hadis palsu atau yang didustakan kepada Rasulullah SAW, baik mengenai ucapannya, perbuatannya mahupun perakuannya. Mungkin dipalsukan berdasarkan kepentingan peribadi atau tertentu. Hukum menyebarkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya. Tidak boleh dijadikan hujah serta haram beramal dengannya. [6]
Friday, 16 May 2025
Klasifikasi Hadis
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Apa erti hadis? Hadis dari segi istilah adalah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan, ikrar (pengakuan) atau sifat.
Hadis, selain Al-Quran, adalah sumber petunjuk, ajaran, sumber hukum, penghurai dan penjelas kepada kandungan al-Quran seperti memperincikan cara2 solat, zakat dan puasa, yg sangat penting yg digunakan sebagai panduan dalam amalan agama dan kehidupan seharian. [1]
Allah berfirman:
“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (iaitu al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya / Hadisnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya”
Surah An-Nisa, ayat 59.
Maka adalah penting untuk kita memahami hadis dan klasifikasinya.
Hadis terbahagi kpd banyak klasifikasi dan untuk kita (Orang awam) cukuplah kalau kita tahu empat (4) asas klasifikasi secara ringkas seperti berikut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment