Showing posts with label Kepentingan Solat. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Solat. Show all posts
Thursday, 18 June 2026
Tiada Aalasan Untuk Tidak Solat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Daripada ‘Imran bin Husin RA yang mana beliau berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda:
"Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung."
Sahih Bukhari, hadis no. 1117 [1].
Mungkin video ini mampu memberi kesedaran kpd kita semua. Kredit kpd. original content creator.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of Abridged Prayers, hadis no. 1117, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
Monday, 19 January 2026
Dalil Dari Al-Quran Untuk Dirikan Solat Fardhu
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat fardhu terdiri daripada Solat Subuh (2 rakaat), solat Zohor (4 rakaat), Siolat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan solat Isyak (4 rakaat). Berikiut adalah dalil2 dari Aq-Quran yg memperaKUI solat2 tersebut.
- Solat Fardhu Subuh.
Ada 4 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Subuh.
- Surah An-Nur, ayat 58. "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "
- Surah Ar-Ruum, ayat 17. "(Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka bertasbihlah kepada Allah (Solat) semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh."
- Surah Al-Isra', ayat 78. "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
- Surah Qaf, ayat 39. "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."
- Solat Fardhu Zohor.
Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Zohor.
- Surah Al-Isra', ayat 78. "Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya)."
- Surah Ar-Ruum, ayat 18. "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."
- Solat Fardhu Asar.
Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Asar.
- Surah Ar-Ruum, ayat 18. "Serta pujilah Allah (Solat) yang berhak menerima segala puji (dari sekalian makhlukNya) di langit dan di bumi, dan juga (bertasbihlah kepadaNya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur."
- Surah Qaf, ayat 39. "Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah (Solat) sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam."
- Solat Fardhu Maghrib.
Ada 2 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Maghrib.
- Surah Hud, ayat 114. "Dan dirikanlah solat wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam (awal malam). Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
- Surah Ar-Ruum, ayat 17. "Memerintahkan untuk bertasbih dan memuji Allah SWT (Solat) pada waktu senja dan pagi, sebagai tanda kebesaran-Nya dalam penciptaan langit dan bumi, serta mengingatkan akan kewajipan solat lima waktu yang mencakup waktu-waktu tersebut, menunjukkan keagungan Allah yang menciptakan dan menghidupkan segala sesuatu."
- Solat Fardhu Isyak.
Ada 1 ayat dari suarah berlainnan yg memberitahu tentang Solat Fardhu Isyak.
- Surah An-Nur, ayat 58. "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
Friday, 19 January 2024
Ancaman Untuk Orang Yang Melalaikan Solat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Ancaman untuk orang yg melalaikan solat ... begitulah tajuk khutbah Jumaat hari ini 19 Januari 2024 di Selangor. Semoga jemaah yg hadir dapat mempelajari dari khutbah begitu pentingnya untuk kita semua menjaga solat kita supaya sentiasa dilaksanakan dan sempurna.
Point2 penting khutbah Jumaat adalah seperti berikut.
Solat adalah ketetapan yg diwajibkan ke atas orang2 yg beriman yg tertentu waktunya. Islam dibina atas lima perkara utama dan mendirikan solat merupakan salah satu daripadanya (Rujuk Rukun Islam). Kewajipan mendirikan solat terletak di atas bahu umat islam yang mukallaf lelaki mahupun perempua.
Apakah kepentingan solat?

- Membersih dosa kecil: Solat yg istiqamah membersihkan diri kita daripada dosa2 kecil lalu membawa diri kita dekat dgn Allah SWT & mendapat rahmayNya.
- Menjadikan hati suci & bersih dari sifat2 tercela.
- Mencegah diri dari perbuatan keji & mungkar.
- Hati menjadi tenang & tenteram.
- Azab yg dahsyat: Akan diazab dgn azab yg dahsyat di dalam neraka. Rujukan: Surah Al-Muddaththir, ayat 42-43 yg maksudnya: "Melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka. Orang yang bersalah itu menjawab kami tidak masuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat".
- Murka Allah: Bertemu Allah dalam keadaan dimurkai oleh allah.
- Murtad: Seorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya. Rujukan: Fiqhul islam Profesor Dr. Wahba Az-Zuhaili rahimahullahu taala.
- Fasik: Tidak solat kerana malas dan tidak peduli hukumnya.
- Dosa paling besar: Meninggalkan solat lima waktu dgn sengaja tergolong dalam dalam dosa yang paling besar dan lebih besar dosanya daripada membunuh merampas harta orang lain berzina mencuri dan meminum minuman keras. Rujukan: kitab As-Solah Ibnu Dayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala.
- Kafir: Menafikan kewajipan solathadis. Riwayat muslim.
- Segera bertaubat.
- Menggantikan solat dengan segera pada waktu yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)