Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT dan diberi kekuatan untuk beribadah.
Ada beberapa perkara yg pelik dilakukan oleh segelintir orang semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. Semoga kita dihindarkan dari melakukan perkara2 pelik di bawah semasa Ramadhan.
- Puasa tetapi tidak solat.
Solat itu perkara fardhu dan ia adalah perkara pertama yg akan ditanya pada hari akhirat. - Pergi berjemaah di masjid / surau untuk solat sunat terawih tetapi solat fardhu dilakukan di rumah.
Solat fardhu 5 waktu itu adalah lebih tinggi kepentingannya dari solat sunat terawih. Mungkin ada yg lebih pelik hanya pergi berjemaah di amsjid untuk solat sunat Hari Raya sahaja, yg lain tidak pergi. - Berbuka puasa dgn hisap rokok.
Rokok itu difatwakan haram dan jika kita berbuka dgn menghisap rokok maka puasa kita sehari itu akan tergugat disebabkan berbuka dgn benda haram. - Ibubapa solat terawih di masjid (Atau tidak pergi langsung} tetapi membiarkan anak2 bermain mercun di sekitar masjid.
Perkara ini mengangu mereka yg mahu solat terawih dgn bunyi yg kuat / bising. - Bersahur tetapi dilakukan pada tengah malam contohnay pukul 12 malam.
Bangun lah untuk bersahur sebab ada keberkatan padanya. Makan sahur itu eloklah dilakukan sebelum siang untuk memberi tenaga keesokan harinya. Ia juga untuk melatih kita untuk solat fardhu subuh dan semoga istoqamah seterusnya.
Sila baca tentang sahur & keberkatannya. - Puasa perut tetapi tak puasa mulut atau jari.
Perut sahaja berpuasa tetapi mulut tetap mencela, menghina, menfitnah orang lain. Sekarang dgn media social, mulut mungkin sudah bertukar kpd jari dgn menulis / taip perkara2 yg tidak diingini. - Solat sunat terawih dilakukan lengkap secara berjemaah tetapi solat fardhu dilakukan seorang diri.
Solat Isyak di rumah kemudian baru pergi ke masjid untuk solat sunat terawih. Walhal solat fardhu itu lagi penting & lagi tinggi makamnya. Sepatutnya solat sunat terawih boleh dilakukan berseorangan di rumah dan solat fardhu berjemaah di masjid. - Sibuk dgn lagu2 raya dan tidak beribadat menambahkan amalan.
Jangan kita terpedaya dgn persiapan raya dan pinggirkan ibadat semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. - Membeli juadah berbuka puasa yg banyak dan akhirnya membazir.
Janganlah kita membeli semasa kita lapar disebabkan mungkin perhitungan kita tidak sempurna ketika itu. Jangan beli ikut nafsu, belilah apa yg patut sahaja. - Puasa tetapi tidak tutup aurat.
Fikirkan lah apa akan terjadi kepada pahala puasa itu. Kalau kita pergi ke bazar Ramadhan, carilah peniaga yg menutup aurat. - Pelihara puasa dgn baik seharian tetapi penghujung hari pergi ke bazar Ramadhan.
Apa yg kita dapat lihat di bazar Ramadhan itu? Sekarang ini bazar Ramadhan bukan sahaja untuk yg berpuasa tetapi juga dikunjungi oleh bukan Islam yg sudah tentu tidak menutup aurat. Jadi mahu tidak mahu kita akan terlihat aurat dan apa akan jadi dgn pahala puasa kita? - Puasa tetapai banyak menghabiskan masa dgn media social (Wasap / facebook) dan meninggal bacaan Quran.
Perbanyakkan amal ibadat contohnya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan yg mulia ini. - Sibuk membincangkan rakaat solat sunat terawih seperti 8 atau 20 rakaat.
Lagi pelik tidak pergi solat terawih walaupun begitu sibuk membincangkan jumlah rakaat atau hanya solat kurang dari 8 rakaat. - Melaung-laung semasa selawat antara solat terawih.
Tidak perlu melaung2 untuk berselawat. - Import imam2 dari luar negara atau dari jauh untuk dijadikan imam terawih sedangkan imam dari kariah sendiri pun cukup bagus.
Imam2 dari kariah sendiri pun bagus atau dari pusat tahfiz terdekat juga boleh dilantik. - Puasa tetapi mengabaikan ibubapa.
Puasa tetapi tidak ambil tahu / bertanya keadaan ibubapa samada cukup kepeeluan / kesihatan mereka. - Puasa menjadi pesta makanan.
Terlampau banyak makanan yg disediakan yg mungkin berlaku pembaziran. - Mampu sujud pisikal tetapi tidak mampu sujud hati.
Datang awal ke masjid tetapi hanya duduk tanpa membaca Al-Quran atau berzikir contohnya selepas solat Maghrib menunggu waktu Isyak. - Tidak melakukan solat sunat ba'diyah Isyak, hanya tunggu untuk solat sunat terawih.
Ini satu kesilapan yg besar disebabkan solat sunat ba'diyah Isayk adalah muakkad dan solat sunat terawih bermula selepas solat ba'diyah itu. Makam solat sunat ba'diyah Isyak lebih tinggi dari solat sunat terawih.
Sila baca tentang solat sunat rawatib. - Berbuka di masjid / surau tetapi tidak solat berjemaah maghrib di situ.
Sudah berbuka dan terus pulang. Eloklah kita berjemaah dahulu di masjid / surau tempat kita berbuka tadi.
Marilah kita terus menambahkan amal ibadat kita di bulan Ramadhan yg mulia ini semoga kita semua mendapat manfaat sebaik mungkin.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semau pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment