Page List

Tuesday, 10 March 2026

Mencari Malam Lailatul Qadar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Mencari malam Lailatul Qadar paling utama dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan, khususnya, tetapi tidak semestinya, malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29) dengan memperbanyakkan solat, bacaan al-Quran, doa, sedekah dan sebagainya.

Terdapat banyak perkongsian di laman2 social tentang semacam formula untuk mengagak malam lailatul qadar tersebut. Tetapi peercayalah tidak satu pun formula itu berdasarkan hadis / sunnah, ia hanyalah fikiran semata. Jangan kita terus mempercayainya.

Hanya ada satu hadis boleh digunakan untuk menentukan malam Lailatul Qadar tetapi hanya diketaui keesokan harinya iaitu semasa pagi esoknya matahari terbit tidak terang, berwarna merah lembut, dan tidak menyilaukan pada pagi hari. Rujukan: Sahih Muslim, hadis no. 762. [1].

Maknanya tidak ada sesiapa yg tahu dgn tepat bila berlakunya malam lailatul qadar itu sehingga pagi esoknya.

Maka beruntunglah kpd sesiapa yg beramal soleh pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Rujukan: Sahih Bukhari, hadis mo. 2022. [2]

Bagi pendapat saya segala tanda2 malam lailautul qadar yg tersebar di kalangan kita itu adalah hanya mitos, tidak ada asas atau hanya mungkin pengalaman peribadi seseorang yg perlu pengesahan.

Antara mito berlakunya malam lailatul qadar ...


Lailatul qadr ni perkara ghaib. Nabi SAW sendiri pun tak tahu bila. Yg penting kita usahakan bgn setiap malam dan berdoa terus kpd Allah. semoga kita bertambah ketaqwaan kpdNya sehingga selesai Ramadhan nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 3, The Book of Fasting, hadis no. 762, ms. 257. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Superiority Of The Night Of Qadr, hadis no. 2022, ms. 141. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment