Showing posts with label Riba. Show all posts
Showing posts with label Riba. Show all posts
Thursday, 20 February 2025
Riba: Sungguh Dahsyat Hukuman Dari Allah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tuan2 & puan2, berwaspadalah dgn pujukan (Temptation) & jerat riba.
Kita mengatakan Al-Quran adalah kitab kita dan arahan dari Nabi Muhammad SAW semasa Khutbah Teralhir Baginda jelas mengatakan riba itu adalah haram, jika kita berurusan dgn riba maka apakah nasib kita nanti di barzakh & akhirat nanti. Mari kita fikirkan.
Riba ini adalah satu larangan yg mutlak & jelas oleh Allah SWT merujuk kpd ayat di bawah ini.
Al-Quran: Ayat 275, Surah Al-Baqarah.
الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْ لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ
Maknanya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
الَّذينَ يَأكُلونَ ٱلرِّبَوٰاْۚ
Maknaya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba
‘Makan’ dalam ayat ini maksudnya ambil riba kerana yang memberi hutang berlandaskan riba itu adalah untuk mereka makan sebenarnya, untuk menjaga perut mereka supaya kenyang sentiasa. Mereka sudah tidak kira kesusahan orang lain.
Mereka ambil keuntungan atas kelemahan dan kesusahan manusia dengan cara melanggar syarak. Mereka buat duit menggunakan duit. Mereka beri pinjam kepada manusia dan minta bayaran yang lebih daripada modal yang diberi. Mereka mendapat kekayaan dengan cara yang haram sedangkan banyak lagi cara halal yang lain.
Pada Zaman Jahiliyyah, jikalau orang yang meminjam tidak dapat membayar selepas waktu yang telah dijanjikan, hutang itu akan digandakan. Kalau tidak bayar juga selepas setahun, akan digandakan sekali lagi.
Makanya, hutang yang asalnya sedikit akan menjadi berganda-ganda. Hutang itu sampaikan boleh jadi turun temurun, kena dibayar oleh anak beranak yang meminjam jika mereka mati tidak sempat bayar semua hutang.
لا يَقومونَ إِلّا كَما يَقومُ الَّذي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيطٰنُ مِنَ المَسِّ
Maknanya: tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Ini adalah keadaan mereka yang mengambil riba. Keadaan mereka itu macam orang kena rasuk hantu. Memang tidak macam manusia biasa. Rambut kusut masai, jalan huyung hayang. Sudah tidak dapat dinasihatkan lagi kerana mereka tidak dengar nasihat.
Mereka ke sana dan ke sini sebab hendak kutip duit mereka daripada orang yang berhutang dengan mereka. Mereka menjadi bengis sebab hendak kutip hutang daripada orang yang berhutang.
Mereka sentiasa mengira-ngira duit mereka, risau siapa tidak bayar lagi, siapa akan bayar lambat lagi… ada yang sudah mati tidak dapat bayar, ada yang lari, ada yang degil tidak mahu bayar…. kepala mereka asyik pusing memikirkan duit mereka sahaja.
Ayat ini menjadi dalil bahawa memang jin ada merasuk manusia. Memang ia berlaku dan banyak terjadi dalam masyarakat kita. Malangnya ramai menggunakan cara yang salah untuk mengubati pesakit dengan amalan-amalan yang salah. Namun ia adalah perbincangan yang panjang untuk dibincangkan di sini.
Di dunia ini, kalau hendak lihat mereka yang berperangai macam dirasuk syaitan, boleh lihat mereka yang bekerja di Bursa Saham. Kalau tengok masa penutup (“closing time”) bursa, mereka sudah macam orang gila atau seperti monyet yang kepanasan.
ذٰلِكَ بِأَنَّهُم قالوا إِنَّمَا البَيعُ مِثلُ ٱلرِّبَوٰاْۚ
Maknanya: Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”.
Mereka dikenakan dengan azab itu kerana mereka kata riba itu halal sama macam perniagaan biasa. Ini adalah hujah mereka untuk membenarkan apa yang mereka lakukan.
Ini adalah alasan mereka sahaja. Mereka kata mereka cuma menjalankan perniagaan sahaja kerana wang yang mereka beri pinjam itu, kalau mereka laburkan ke tempat lain, mereka akan dapat pulangan juga (kata mereka). Macam-macam lagi hujah bathil mereka untuk membenarkan amalan riba mereka itu. Teruk sekali fahaman mereka.
Padahal, tidak sama hutang riba dan perniagaan. Perniagaan adalah seorang pembeli memerlukan barang yang dibekalkan oleh penjual. Penjual membekalkan barang yang diperlukan dengan harga modal dicampur dengan untung usahanya menyediakan barang itu. Maka dua-dua pihak akan dapat keperluan masing-masing. Pembeli dapat barang yang diperlukan dan penjual dapat untung.
Mereka berhujah, wang mereka itu kalau mereka niagakan atau dilaburkan, pun akan mendapat duit juga. Jadi mereka kata tidaklah salah kalau mereka beri pinjam dan kemudian dapat pulangan. Ini pun tidak benar kerana kalau niaga, belum tentu dapat untung; dan kalau laburkan, belum tentu dapat pulangan. Sedangkan dalam beri pinjaman riba, pulangan sudah pasti.
Zaman sekarang, macam tidak boleh lagi untuk mengelak daripada terlibat dengan riba. Di mana-mana sahaja ada riba. Untuk beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Yang lebih malang, anak-anak kita masuk universiti pun kena buat pinjaman yang ada riba juga. Bila keluar universiti, kerja belum tentu dapat lagi, tetapi sudah mula kena bayar bunga riba.
Maka untuk menjaga daripada terlibat dengan riba ini memerlukan semangat juang yang amat tinggi. Kena sedar yang riba itu memang bahaya dan kalau sedar bahayanya riba, barulah semangat kuat untuk melawan daripada terlibat dengan riba.
وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ
Maknanya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Hujah membenarkan riba dengan akal itu adalah bathil kerana Allah ﷻ dengan jelas telah mengharamkan riba. Ia menyusahkan manusia dan menyebabkan masalah ekonomi dunia. Yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.
Bayangkan pembelian rumah. Rumah yang boleh dibeli asalnya, menjadi mahal sangat sampai tidak mampu diberi secara tunai. Rumah yang 20 tahun dahulu berharga 20 ribu, mungkin sekarang sudah berharga sejuta kerana telah dimasukkan dengan unsur riba.
Ini adalah kerana pembeli pertama akan pinjam wang daripada bank yang mengenakan riba. Kemudian apabila dia hendak jual, tentu dia akan jual lebih mahal kerana hendak masukkan kos riba yang dia telah bayar, termasuk dengan keuntungan. Yang beli pula kena pinjam bank pakai riba juga. Kemudian dia pun akan jual dengan harga yang lebih mahal lagi.
Maka rumah yang menjadi keperluan asas manusia menjadi terlalu mahal sangat sampai susah untuk dibeli. Akhirnya mana orang hendak duduk? Oleh kerana terpaksa juga ada rumah, maka ramailah yang hendak tak hendak, pakai juga sistem riba. Itulah keburukan riba sampai merosakkan ekonomi dunia.
Kajian telah banyak dijalankan untuk menunjukkan bagaimana konsep riba itu adalah buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara malah dunia. Kalau dikaji kenapa ada orang yang hidup gelandangan, ekonomi negara runtuh sampai tidak ada pekerjaan dan matawang jadi susut sampai tiada nilai… ia adalah kerana riba.
Kitalah umat Islam yang kena sampaikan ajaran Allah ﷻ tentang keburukan riba ini supaya manusia yang bukan Islam pun boleh tahu. Malah, ada pakar ekonomi yang masuk Islam kerana nampak keburukan riba dan melihat bagaimana agama Islam sahaja agama yang menentang riba.
فَمَن جاءَهُ مَوعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهىٰ فَلَهُ ما سَلَفَ
Maknanya: Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan dari Tuhannya lalu dia berhenti, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya,
Boleh ambil modal/pokok yang telah diberikan dahulu. Ini kerana semasa ayat ini turun, ada sahabat yang mengamalkan riba. Tidaklah terus tinggalkan transaksi itu sampai dia kerugian pula. Allah ﷻ tidak menyusahkan. Masih boleh ambil balik wang dia.
Namun hanya ambil yang pokok sahaja. Maksudnya, kalau dia beri pinjam seratus riyal dan peminjam kena bayar 150 riyal, dia boleh ambil balik seratus riyal itu sahaja. Bunga dia tidak boleh ambil.
Satu lagi maksud ayat ini, ‘baginya apa yang lepas’. Maksudnya yang sudah itu, sudahlah. Berhenti sahaja daripada berbuat riba, tetapi tidaklah perlu diganti balik kepada penghutang yang sudah banyak kamu makan harta mereka.
وَأَمرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ
Maknanya: dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
Terpulanglah kepada Allah ﷻ sama ada akan mengampunkannya atau tidak. Serahkan kepada Allah ﷻ semoga Allah ﷻ ampunkan. Asalkan kita mahu berubah dan bertaubat di atas kesalahan yang lama.
Sama juga macam perbuatan syirik sembah berhala yang kamu lakukan dahulu, minta ampun sahaja. Benda yang sudah dibuat jangan dikenang lagi kerana perkara yang dilakukan dahulu adalah kerana jahil. Sekarang Allah ﷻ sudah beri ilmu, maka taat dan ikutlah ia.
وَمَن عادَ فَأُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ
Maknanya: Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka,
Ini adalah orang yang degil, liat untuk ikut syariat dan hukum daripada Allah ﷻ. Kalau masih berdegil juga, syariat telah diberikan tetapi masih tidak mahu ikut juga, maka tempat yang layak baginya adalah neraka.
هُم فيها خٰلِدونَ
Maknanya: mereka kekal di dalamnya.
Bukan tinggal di neraka sekejap sahaja, tetapi selama-lamanya, tidak ada harapan untuk diampunkan. Ini adalah amaran yang amat berat sekali. Oleh kerana kesalahan yang dilakukan adalah berat, maka hukumannya pun berat.
Malangnya, orang kita tidak berapa ambil kisah tentang riba kerana ia sudah diamalkan merata-rata. Ini sama seperti amalan bid’ah yang sudah turun temurun diamalkan dalam masyarakat. Kita rasa ia biasa sahaja kerana ia sudah lama diamalkan dan ramai pula yang terlibat, maka kita anggap ia perkara biasa sahaja.
Oleh yang demikian adalah wajib untuk kita menhghimdarkan segala urusan yg ada kaitan dgn riba. Hukuman Allah SWT itu amat dahsyat ... kekal di dalam neraka.
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wednesday, 19 February 2025
Riba: Pendirian Tegas Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Riba ini adalah haram dan sgt dilarang oleh Islam. Ini telah dimanifeskan / ditunjukkan dgn tegas oleh Al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) iaitu seorang tuk Guru yg sgt dihormati, dengan mengarahkan kerajaan negeri Kelantan, semasa sebagai Menteri Besar, mengeluarkan kesemua wang negeri dari bank2 bersifat ribawi dan memasukkan kesemuanya ke dalan bank Islam. TGNA juga menunjukkan sikap yg tegas kpd pihak2 bank bersifat ribawi ini.
Sila tonton video beliau di bawah ini. Nota: Kredit kpd original content creator.
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Saturday, 20 April 2024
Apa Itu Riba
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Gambar hiasan dari portal muftiwp.gov.my
Alhamdulillah disebabkan Allah SWT memberi kekuatan kpd Mufti Wilayah Persekutuan kerana mengeluarkan panduan Irsyad Hukum #823 pada 8 Januari 2024, yang boleh digunakan bagi mereka yg bekerja di bank konvensional. Syabas kepada Mufti Wilayah Persekutuan!
APA ITU RIBA?
Mengikut definasi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dari segi syar’, riba bermaksud “tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak yang lain tanpa mendapat imbalan yang wajar”. [1]
Secara ringkasnya, riba adalah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh pembayaran dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu (Barang ribawi). Maksud barang ribawi ialah barang2 yang boleh mendatangkan riba jika tidak dijual-beli dgn betul seperti kereta, rumah, barangan perabut / elektrik, servis perkhidmatan, mahupun barangan makanan sperti tepung & gula.
JENIS-JENIS RIBA
Secar umumnya riba terbahagi kpd 2 yg utama iaitu riba yg berkaiatan dgn urusan jual beli yg dipanggil riba al-buyu' dan riba yg berkaiatn dgn hutang piutang yg dikenali sebagai riba al-duyun. [2]

- Riba al-buyu':Riba al-buyu' ialah riba yang berlaku dalam akad jual beli barang ribawi dalam 2 keadaan. Pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yamg sama jenis dgn berbeza kadar berat atau kuantiti. Keadaan yg kedua ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yg berlainan jenis tetapi sama illah nilainya secara tertangguh (Berlaku bukan pada masa yg sama).
- Contoh bagi keadaan pertama:
- Menukarkan 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi; kedua-duanya adalah beras, walaupun berlainan kualiti, pertukaran mesti pada berat yang sama. Lebihan berat adalah riba.
- Contoh bagi keadaan kedua:
- Seseorang hendak menukarkan 1 kg beras dengan 4 kg jagung. Ketetapan tersebut terjadi karena pada saat itu harga 1 kg beras sama dengan 4 kg jagung. Namun, pada saat transaksi (Yang tertangguh) mereka tidak memeriksa harga kedua barang itu, mungkin sudah berubah. Kegiatan tersebut menjadi riba karena mungkin harga 1 kg beras di kemudian hari tidak sama dengan 4 kg jagung
- Riba al-duyun:Riba al-duyun ialah riba yang berlaku dalam akad pinjaman hutang yg berlaku dalam 2 keadaan. Pertama apabila kadar atau manfaat tambahan yg disyaratkan ke atas pinjamam pokok. Keadaan kedua ialah apabila kadar atau manfaat tambahan lebih dari pinjamam pokok yg dikenakan ke atas peminjam akibat gagal membayar jumlah pinjamam yg ditetapkan dalam tempoh yg dipersetujui.
- Contoh bagi keadaan pertama:
- A meminjamkan duit RM1000 kepada B dan meletakkan syarat bahawa B mesti memulangkan balik sebanyak RM1200 nanti. Lebihan RM200 tersebut adalah riba.
- Contoh bagi keadaan kedua:
- A menjual kereta nernilai RM40000 kepada B secara tangguh selama 5 tahun. Disebabkan B tidak dapat membayar dalam tempuh yg dipersetujui, maka A telah memanjangkan tempuh pembayaran dgn menambah hutang yg perlu dibayar oleh B. Maka tambahan bayaran itu adalah riba.
Riba, Apa Yang Patut Dilakukan?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tuan / puan, pertanyaan tentang riba ini akan sentiasa dipersoalkan dan kita semestinya mengambil penderian bahawa riba itu jika cuba dipandang dari segi / sudut apa sekalipun, ia tetap HARAM.
Nasihat dari Mufti Wilayah Persekutuan untuk sesiapa yg urusan kerjanya ada kaitan dgn riba, adalah baik untuk berusaha sebaik mungkin (Dengan serious) mencari pekerjaan yang lebih diyakini (Tiada unsur riba).
Bagi saya tiada apa yg harus diperjelaskan lagi jika seseorang itu bersedia menerima kebenaran.
Bagaimana kalau saya contohkan jika seorang pekerja itu yg kerjanya berurusan dgn riba secara berterusan selama 20+ tahun di satu institusi kewangan konvensional ... adakah boleh kita katakan yg dia itu serious mencari pekerjaan lain yg diyakini tidaa unsur riba? Maka dia akan berhadapan dgn Allah SWT untuk menjawab segala keputusan & perbuatan dia itu.
Kita hendaklah menekan / bertegas betapa Islam melarang segala urusan berkaitan dgn riba contohnya kepada anak2 kita. Jika anak kita mahu menyambung pelajaran ke tahap university dalam bidang contohnya banking studiees atau akauntansi, kita hendaklah mengigatkan mereka, setelah tamat belajar, supaya mengelak untuk bekerja di dalam bidang yg ada kaitan dgn riba.
Jangan pula kita mempersendakan atau memperlekehkan jika kita mendengar seseorang mengatakan riba itu haram sebab yg mennetapkan riba itu haram adalah Allah SWT & Rasulullah SAW.
Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan & rahmat Allah SWT dan mendapat syafaat dari kekasih kita Rasulullah SAW di hari kahirat nanti. Aaminn.
ila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Larangan Terhadap Riba
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tuan / puan & para pembaca sekalian, mari kita rujuk kembali kpd khutbah terakhir Nabi SAW di Arafah. Nabi SAW dgn jelas mengatakan yang RIBA itu HARAM. Tiada lompromi di sini dan kita akan berhadapan dgn Allah SWT di akhirat nanti di atas segala perbuatan kita. Bagaimana pula untuk kita mendapat syafaat Nabi jika sunnah / arahan beliau kita tidak patuhi? Mari kta fikirkan bersama.
Disamping khutbah terakhir Nabi SAW itu, ada juga firman Allah SWT di dlm Al-Quran yg makdudnya seperti berikut:
“Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”
Al-Baqarah, ayat 275.
Juga hadis Nabi SAW yg maksudnya:
“Rasulullah SAW telah melaknat orang yang memakan harta riba, orang yang menjadi wakilnya (orang yang memberi makan hasil riba), orang yang menuliskan dan dua orang yang saksinya, (dan selanjutnya), Nabi bersabda, mereka itu semua sama saja.”
Sahih Muslim #1598. [1]
Juga memakan riba adalah salah satu dosa besar seperti hadis Rasulullah SAW di bawah:
“Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman dengan berzina”.
Sahih Bukhari #2766 [2] & Sahih Muslim #145 [3]
Cuba bayangkan macam mana kita akan berhadapan dengan Allah SWT nanti di akhirat jika kita masih berurusan dengan riba semasa kita hidup di dunia ini.
Terpaksa Bekerja Berurusan Dengan Riba Sebab DARURAT?
Saya tidak nampak di mana letaknya darurat di sini. Pendatang tanpa izin (PATI) pun boleh hidup mewah di negara kita ini tanpa melibatkan diri mereka dengan riba.
Adakah anda sudah cukup berani / bersedia untuk mengatakan di hadapan Allah SWT bahawa DARURAT menyebabkan anda terpaksa berurusan dengan riba. نَعُوْذُبِاللهِ
Semoga kita sentiasa dalam rahmat & redha Allah SWT.
ila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 4, Book of Musaqa' & Mu'amalah, ms. 319, Hadis #1598. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 4, Hadis #2766, ms. 34. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 1, Book of Faith, ms. 177, Hadis #145. Darussalam Publishers and Distributors.
Friday, 19 April 2024
Riba Sebab Darurat?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Apa Itu Darurat?
Darurat ialah tahap dimana seseorang jika tidak makan atau melakukan sesuatu perkara yang haram, maka ia akan membawa kepada kehilangan nyawa atau hampir kepadanya. [1]
Contoh suasana darurat adalah seperti berikut.
Seseorang berada dalam keadaan darurat amat terdesak untuk makan, lalu dia berusaha bersungguh2 mencari makanan halal tetapi jika tidak dijumpai makanan yg halal dan berfikir yg nyawanya akan terancam jika tidak makan, maka pada ketika itu dia dibenarkan untuk makan daging babi yg hukumnya haram dimakan. Tetapi dia mestilah sekadar memakannya pada kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan. Hanya makan sekadar untuk dia dapat bergerak ke tempat yg mempunyai pilihan makanann halal dan bukannya makan hingga kenyang, sendawa berkali2 dan memuji daging babi itu. Hanya makan sekadar perlu untuk keluar dari keadaan darurat.
Daging babi itu haram untuk di makan. Sila rujuk Surah Al-Baqarah ayat 173, Surah Al-Maidah ayat 3 dan Surah An-Nahl ayat 115.
Contoh suasana yg tidak darurat TETAPI dikatakan darurat.
Sekarang mari kita kembali kpd seseoramg yg bekerja contohnya di bank yg ada kaitan dgn riba. Riba ini hukumnya adalah haram dan segala pendapatan yg ada kaitan dgn riba juga adalah haram. Mari kita fikirkan senario di bawah dan cuba kaitkan dgn darurat.
Seseorang bekerja dgn institusi kewangan contohnya bank yg ada kaitan dgn riba ...
- Terus bekerja lama di bank itu contohnya lebih 5, 10 atau 20 tahun.
- Menggunakan pendapatan bekerja di bank itu untuk membeli kereta dan bertukar kereta.
- Membeli rumah.
- Membeli tanah.
- Pergi melancung.
- Beli saham.
- Menggunakan pendapatan untuk buat renovation rumah.
- Membeli handphone mahal.
- Subscribe channel TV.
- Membeli pakain yg mewah.
- Membeli jam atau barang kemas.
- Dan lain2 lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)