Page List

Wednesday, 13 March 2024

Sahur & Keberkatannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.

Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. [1]


Hukum bersahur adalah sunah yg sangat dituntut jadi kita semua dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Mengapa sahur sangat dianjurkan?

Sahur Membezakan Puasa Orang Islam & Puasa Agama Lain


Bersahur adalah perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh "Amr bin Al-'A RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."
Sahih Muslim #1096. [2]

Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air atau sebutir tamar / kurma.

Sahur Terdapat Keberkatan


Sangat dianjurkan bersahur kerana terdapat keberkatan padanya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."
Sahih Bukhari #1923. [3]

Kesimpulan


Marilah kita bersama2 melakukan sunnah ini iaitu bersahur yg terdapat kebaikan & keberkatannya seperti mengamalkan sunnah Nabi SAW, mendapat keberkatan & kebaikan kesihatan serta memberi kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian seperti biasa..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, insyaAllah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-127: Apakah Yang Dimaksudkan Keberkatan Pada Sahur?
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 3, Book of Fasting, ms. 160, Hadis #1096. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book of As-Saum, Hadis #1923, ms. 92. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment