Page List

Showing posts with label Zikir & Doa. Show all posts
Showing posts with label Zikir & Doa. Show all posts

Monday, 9 March 2026

Bacaan Wirid Selepas Solat Sunat Witir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Bacaan sunnah yang dianjurkan selepas memberi salam solat witir adalah membaca zikir "Subhanal Malikil Quddus" (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) sebanyak tiga kali. Pada sebutan ketiga, disunatkan untuk meninggikan suara sedikit sebagai tanda pengagungan kepada Allah SWT

Mari kita membaca mengikut sunnah seperti di bawah ...

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Ertinya: "Maha Suci Tuhan yang Maha Mengusai & maha Suci."
Bacalah sebanyak 3 kali dan di sunatkan bacaan kali ke-3 ditinggikan suara.

Rujukan: Sunan An-Nasa'i, hadis no. 1733. Status: Sahih. [1]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 2, The Book Qiyam Al-Lail, ms. 519, hadis no. 1733. Maktaba Darus Salam.

Friday, 31 October 2025

Tawasul

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apakah Maksud Tawassul?

Tawassul yg mungkin kebaynyakkan orang amalakan adalah bermaksud: “Memohon kepada Allah agar terhasilnya manfaat atau terhindarny amudarat dengan menyebut nama Nabi atau wali sebagai memuliakan keduanya dalam bertawassul”. Tawassul juga bermaksud mendekatkan diri kepada Allah atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan wasilah atau mendekatkan diri kepada Allah dengan bantuan perantara. [1]

Ringkasnya, tawassul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa. [2]

Di dalam pembacaan dan penelitian saya, tawassul hanya dibenarkan dalam 3 senario seperti di bawah.

  1. Tawassul dengan Asmaul Husna.
    Maksud di sini adalah kita bertawassul dengaan 99 nama Allah yang baik, mulia, dan agung, yang merujuk kepada sifat-sifat Allah seperti yang disebut dalam Al-Quran.
    Contohnya di dalam bulan Ramadhan kita berdoa seperti ...

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
    Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [3]

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Pengampun'. Contoh lain seperti: "Ya Allah, Ya Syafii. Berikan aku kesembuhan supaya aku mudah untuk beribadah.”.

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Penyembuh'.

  2. Tawassul dengan amal soleh.
    Kita juga boleh bertawassul dengan amalan soleh kita seperti infaq / sedekah / khidmat bakti dan lain-lain.

    Terdapat hadis sahih yg merakamkan peristiwa 3 pemuda lelaki yg terperangkap di dalam gua dan mereka berdoa serta bertawassu1 dengan amalan2 baik mereka untuk keluar daripada gua tersebut dan Allah memakbulkan doa2 mereka.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 2272. [4]

    Contoh doa seperti berikut ...

    "Ya Allah, dengan sedekah ku ini, sembuh kan lah ibuku yg sakit."

  3. Tawassul dengan orang soleh yang MASIH HIDUP.
    Tawassul dengan orang soleh adalah meminta agar doa kita diperkenankan Allah dengan menjadikan orang soleh yg masih hidup sebagai perantara. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara, seperti meminta orang soleh yg masih hidup untuk mendoakan kita, atau menggunakan amalan soleh mereka sebagai perantara.

    Ketika baginda sedang berkhutbah sempena solat Jumaat, lalu seorang lelaki berdiri dan meminta baginda mendoakan hujan bagi mereka. Maka baginda berdoa lalu Allah menurunkan hujan. Ini merupakan bertawassul dengan doa orang soleh.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 1014. [5]

    Tuan / puan sekalian bertawassul dengan orang soleh ini adalah semasa mereka masih hidup sahaja. Janganlah kita bertawassul selepas mereka meninggal dunia (Mati). Jangan pula kita pergi ke kubur2 dan meminta doa dari mereka atau kita sendiri berdoa serta betawassul dengan mereka yg telah mati.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Prof. Madya Dr. Ahmad Bin Che Yaacob (2023). University Teknologi Malaysia.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2022). Irsyad Hukum Siri Ke-730: Amalan Mengambil Berkat (Tabarruk) Munurut Islam.
[3] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Hiring, hadis no. 2272, ms. 260. Darussalam Publishers and Distributors.
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of al-istisqa', hadis no. 1014, ms. 87. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 11 August 2025

Zikir Selepas Solat Fardhu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda:

"Sesiapa yang bertasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan bertakbir (Allahuakbar) sebanyak 33 kali, kemudian menyempurnakannya dengan (لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ) sekali, maka dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih di laut."
Sahih Muslim. Hanis no. 597. [1]

Ringkasnya, hadis ini menganjurkan untuk kita membaca sebaik habid solat fardhu:
  1. Subhanallah (سُبْحَانَ اللَّهِ): 33 kali.
  2. Alhamdulillah (الْحَمْدُ لِلَّهِ): 33 kali.
  3. AllahuAkbar (اللَّهُ أَكْبَرُ): 33 kali.
  4. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ: sekali.
    (Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, segala puji dan kerajaan adalah kepunyaanNya, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu).
Ini adalah amalan yang sangat dianjurkan untuk menghapuskan dosa.

Semoga memberi manfaat kepada semua dan kita sentiasa dirahmati & dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, Masajid And Place Of Prayer, hadis no. 597, ms. 97. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 3 July 2025

Doa Setelah Solat Jenazah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Berikut adalah contoh doa ringkas yg boleh diamalkan sebaik selepas solat jenazah.

Sebaik seleasai solat, bolehlah membaca ...
  1. Surah al-Ihklas.
  2. Surah al-Falaq.
  3. Surah an-Nas.

Selepas itu terus baca doa ringkas ini.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ وَٱلصَّلَاةُ وَٱلسَّلَامُ عَلَىٰ أَشْرَفِ ٱلْأَنْبِيَاءِ وَٱلْمُرْسَلِينَ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ . اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ . اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عنا . اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ *. وَصَلَّى ٱللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ وَٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

Nota:
*: Tukarkan kpd عَنْهَا (anha) jika mayat itu perempuan dan عَنْهُمَا (anhuma) jika ramai.

Ertinya: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, dan ke atas keluarganya dan semua sahabatnya. Ya Allah, kami memohon kepadaMu keredhaan dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, dan menyukai keampunan, maka ampunilah kami. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia. Semoga shalawat dan salam tercurah kepada junjungan kami Muhammad, keluarganya, dan seluruh sahabatnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Sila baca juga

Semoga memberi manfaat kepada semua dan ramai lagi yg mampu menjadi imam untuk solat jenazah, insyaAllah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 10 June 2025

Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 2)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Bila menziarah orang sakit, berdoalah kpd mereka untuk kesembuhan.

Anda boleh ikut cara mengstruktur / menyusun doa di sini.

Sebelum memulakan doa, dibolehkan membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Contoh doa adalah seperti berikut. Turutan bacaan: Pembuka doa >> Isi doa >> Penutup doa.

  1. Pembuka doa:

    بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،

  2. Isi doa:

    Bacalah doa ini sebanyak 7 kali:

    أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْم رَبُّ الْعَرْشِ الَعَظِيْم اَن يَّشْفِيْكَ
    As alullaahal 'azhiim rabbal 'arsyil 'azhiim an yasyfiyak.

    Ertinya:"Aku memohon atas nama Allah Yang Maha Agung Pemilik Arassy Yang Maha Agung agar menyembuhkanku."
    Sunan Abu Dawud, hadis no. 3106, status: Sahih. [1]
    Jami' At-Tirmizi, hadis no. 2083, status: Sahih. [2]
    Musnad Imam Ahmad, hadis no. 2137, status: Sahih. [3]

    Selepas itu bacalah doa berikut:

    Yaa Allah,
    Engkaulah penyembuh dari segala penyakit,
    Jadi aku memohon pada Mu sembuhkanlah dan angkat rasa sakit yang dirasa sahabatku,
    Hilangkan rasa sakitnya dan gantikan dengan kesembuhan dan kegembiraan.

  3. Penutup doa.
    وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Sila baca juga Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 1).

Semoga Allah SWT permudahlan segala usaha kita dan sentiasa diredhaiNya.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 3, The Book of Funerals, hadis no. 3106, ms. 559. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Vol. 4, Chapter On Medicine, Hadis no. 2083, ms. 152. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Musnad Imam Ahmad Bin Hambal. Terjemahan oleh Nasiruddin Al-Khattab (2012). Vol. 2, hadis no. 2137, ms. 336. Darussalam Publishers and Distributors.

Membina Struktur Doa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sebaiknya doa itu distruktur atau disusun seperti ini.
  • Pembuka doa.
    Tujuan pembuka doa: Sebelum kita memohon kpd Allah SWT, sebaiknya eloklah kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat.

  • Contoh:
    بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ

  • Isi doa:
    Segala permintaan terhadap Allah SWT. Hendaklah berdoa dgn rasa rendah diri & ikhlas.

  • Contoh:
    Kurniakanlah ilmu kepada kami dan sinarilah hati2 kami dengan hidayahMu.

  • Penutup doa.
    Sekali lagi kita disarankan untuk kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat, seperti semasa pembuka doa.

    Contoh:
    وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Berdoalah, sesungguhnya doa berperanan dalam meraih sesuatu yg diinginkan oleh seseorang. Allah SWT telah menjadikan doa sebagai sebab dalam meraih keampunan dan rahmat daripada-Nya. Begitu juga dalam memohon petunjuk, pertolongan serta rezeki daripada-Nya.

Semoga Allah SWT permudahlan segala usaha kita dan sentiasa diredhaiNya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 8 May 2024

Doa Ringkas Selepas Solat: Part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Jika perlu sila rujuk ke Doa Ringkas Selepas Solat: Part 1 untuk versi doa yg serba ringkas.

Untuk Part 2 ini kita insyaAllah akan bina doa yg agak lengkap berdarsarkan kpd posting awal iaitu Membina Struktur Doa Selepas Solat

Penambahan pada Part 2 adalah pada isi doa, rujuk teks berwarna hijau. (Tiada penambahan pada pembuka & penutup doa).

Pembuka Doa:


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،



Isi Doa:


Tambahan dgn doa yg bermula dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma) dari no. 4 - 7 seperti berikut:

No. 1:

اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ وَاحْشُرْنَا بِالْإِيمَانِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ

No. 2:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

No. 3:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَ

No. 4:

اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

No. 5:

اَللهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

No. 6:

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَد وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ

No. 7:

اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ


Kemudia tambah satu lagi baris doa yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbanaa) iaitu no. 2 & 3 seperti berikut:

No. 1:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

No. 2:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

No. 3:

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Penutup Doa:


وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Sekarang doa selepas solat telah dibina dan boleh dipraktikkan supaya boleh dihafal.

Bagi sy doa ini sudah agak setanding dgn doa2 yg biasa dibaca oleh imam2 di masjid atau surau di tempat kita.

Doa itu sebaiknya RINGKAS & PADAT dan bukannya panjang berjela2.

Elok juga dipraktikkan selepas solat sebagai imam kpd ahli keluarga kita atau di surau di tempat kerja kita semasa solat Zuhur atau Asar.

Semoga Allah SWT permudahlan segala usaha kita dan sentiasa diredhaiNya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 7 May 2024

Doa Ringkas Selepas Solat: Part 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sila rujuk kpd postong sebelum ini tentang membina doa di link berikut:

Mari bina doa ringkas selepas solat dari sini.

Untuk permulaan kita bolehlah menbaca doa serba ringkas sperti berikut:

Pembuka Doa:


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،



Isi Doa:


Ambil doa yg bermula dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma) dari no. 1 - 3 seperti berikut:

No. 1:

اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ وَاحْشُرْنَا بِالْإِيمَانِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ

No. 2:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

No. 3:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَ


Kemudia tambah satu baris doa yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbanaa) contohnya dari no. 1 seperti berikut:

No. 1:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ


Penutup Doa:


وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


Sekarang doa yg serba ringkas selepas solat telah dibina dan boleh dipraktikkan supaya boleh dihafal.

Elok juga dipraktikkan seebagai permulaan dgn membaca doa ini selepas solat sbagai imam kpd ahli keluarga kita.

Semoga Allah SWT permudahlan segala usaha kita dan sentiasa diredhaiNya.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 16 April 2024

Membina Struktur Doa Selepas Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

APA ITU DOA?

Doa ialah satu ucapan permohonan iaitu memohon dari hamba (manusia) kepada Allah SWT dgn hati yg ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah (pertolongan) & juga bagi dijauhkan dari bala bencana dgn cara & adab yg tertentu. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

STRUKTUR DOA

Asasnya doa itu mempunya 3 segmen / bahagian iaitu pembuka doa, isi doa (Body) dan penutup doa. Isi doa pula kita boleh bahagikan ke beberapa segmen yg kita hajatkan tetapi untuk memudahlan sy bahagikan kpd 2 segmen seperti di bawah.

3 asas doa:
  1. Pembuka doa.
  2. Isi doa:
    • Isi doa no. 1: Yg bermula dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma).
    • Isi doa no. 2. Yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbanaa).
  3. Penutup doa.

PEMBUKA DOA

Tujuan pembuka doa: Sebelum kita memohon kpd Allah SWT, sebaiknya eloklah kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat.

Contohnya adalah seperti berikut:

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ للّٰهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلَامُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ اَشْرَفِ اْللأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ،
Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala Sayyidinaa Muhammadin asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain.

Maknanya: Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Rahmat dan keselamatan semoga tercurah kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia dan kepada keluarga dan para sahabatnya semua.

ISI DOA

Dalam pemerhatian sy, tiada susunan doa yg ditetapkan mungkin ia bergantung kpd hajat seseorang. seringkali sy mendengar doa yg dimulai dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma) & diteruskan dgn doa yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbana) dan kembali kpd اَللّٰهُمَّ (Allaahumma) dan seterusnya.

Jadi mengapa tidak kita bahagikan doa2 itu kpd 2 segmen supaya lebih berstruktur iaitu segmen no. 1: Doa yg bermula dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma) dan segmen no. 2: Doa yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbana), seperti di bawah.

Contoh segmen no. 1: Doa yg bermula dgn اَللّٰهُمَّ (Allaahumma).

No. Bacaan Doa Makna
1
اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالْإِيمَانِ (Allahumma ahyina bil iman)
__ وَأَمِتْنَا بِالْإِيمَانِ (Wa amitma bil iman)
__ وَاحْشُرْنَا بِالْإِيمَانِ (Wahsyurna bil iman)
__ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْإِيمَانِ (Wa adkhilnal jannata ma'al iman)
Ya Allah hidupkan kami dengan iman,
__ dan matikan kami dalam iman,
__ dan bangkitkan kami dengan iman,
__ dan masukkan ke syurgaMu dengan iman.
2
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
(Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira)
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka.
3
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَ
(Allahumma-khtim lana bi husnil khatimah, wa la takhtim alaina bi su'il khatimah)
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
4
اَللّٰهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ
(Allahumma innaa nas-aluka ridhoka waljannata wa na'udzuubika min sakhotika wannar)
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon keredaanMu dan syurga, dan kami berlindung dari kemurkaanMu dan neraka.
5
اَللهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ (Allaahumma innaa na’uudzu bika min azaabi jahannam)
__ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ (Wa min azabil kabri)
__ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ (Wa min fitnatil mahya wal mamat)
__ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ (Wa min sharil masihid dajjal)
Ya Allah, kami memohon perlindungan dari seksaan neraka jahanam,
__ dan dari seksaan kubur,
__ dan dari fitnah kehidupan & kematian,
__ dan dari kejahatan al-masih al-Dajjal.
6
اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ
(Allaahumma Innaa Nas’aluka Salaamatan Ftddiin)
__ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَد (Wa aafiya-tan fil jasadi)
__ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ (Wa barakatan firrizqi)
__ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ (Wa iyaadatan fil ilmi)
__ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ (Wa taubatan qablal maut)
__ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ (Wa rahmatan indal maut)
__ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ (Wa maghfiratan ba’dal maut)
Ya Allah! kami memohon kepadaMu keselamatan / kesejahteraan dalam agama,
__ dan keafiatan jasad,
__ dan keberkahan rezeki,
__ dan tambahan ilmu,
__ dan taubat sebelum maut,
__ dan rahmat pada saat datang maut,
__ dan keampunan setelah datang maut.
7
اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ (Allaahumma hawwin alainaa fii sakaraatil maut)
__ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ (Wal afwa indal hisaab)
__ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ (Wan najaata minan naar)
Ya Allah, permudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut,
__ dan keampunan pada semasa hisab,
__ dan keselamatan dari api neraka.

Contoh segmen no. 2: Doa yg bermula dgn رَبَّنَا (Rabbanaa).

No. Bacaan Doa Makna
1
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
(Rabbanaa zalamna anfusana wa-in lam taghfir lana watarhamnalanakoonanna mina alkhasireen)
Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.
2
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
(Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmatan innaka antal wahhaab)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
3
رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Rabbanaa aatinaa fiduunnyaa hasanah wa fil aakhirati hasanah waqinaa ‘adzaa ban naar)
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa neraka

PENUTUP DOA

Tujuan penutup doa: sekali lagi kita disarankan untuk kita memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, keluarga baginda serta para sahabat, seperti semasa pembuka doa.

Contoh penutup doa adalah seperti berikut.

وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Washallallaahu alaa Sayyidinaa Muhammadin wa’alaa aalihiwa Shahbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbil aalamiin.

Maknanya: Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.

Lengkap sudah struktur kandungan doa iaitu pembuka, isi dan penutup seperti di atas.

Nota:
Struktur doa di atas dibina atas dasar untuk menjadi seorang imam. Oleh itu mungkin anda dapat perhatikan contohnya اللَّهُمَّ أَحْيِنَا dan رَبَّنَا atau عَلَيْنَا yg mempunyai bunyi 'naa' di hujubg menunjukkan kata 'kami' atau 'jamak'. Untuk latihan, boleh membaca doa di atas yg menggambarkan seperti berjemaah walaupun solat bersendirian tetapi niat di hati untuk mendoakan ahli2 keluarga, ayah ibu dan rakan2.

Semoga kita daoat menghafal & mengamalkan sedikit demi sedikit hingga menjadi rutin kita selepas selesai mengerjakan solat fardhu atau sunat, insyaAllah.

Semoga bermanfaat kpd semua dan sentiasa diredhai Allah SWT.

Sila baca juga:


والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 14 April 2024

Wirid & Zikir Selepas Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sememangnya bagi seorang lelaki itu diharuskan untuk menyiapkan diri untuk menjadi imamsemasa solat berjemaah untuk keluarga sendiri atau berjemaah di surau atau masjid. Kadang2 yg mengelakkan seseorang itu menjadi imam baik untuk keluarga sndiri adalh kekurangan ilmu untuk berwirid, berzikir & berdoa selepas solat.

Apa itu wirid?

Wirid merupakan bacaan beberapa ayat al-Quran, Contohnyanya Ayatul Kursi) yg digalakkan untuk di amalkan terutamanya setelah selesai melaksanakan solat fardhu. Amalan ini mampu mendekatkan kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T.

Apa itu zikir?

Zikir adalah sebutan yg memuji & mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. Contohnya adalah dgn menyebut tasbih Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ)) yg bererti Maha Suci Allah.

Apa itu doa?

Doa pula adalah memohon kpd Allah SWT dgn meminta kebaikan dariNya dgn penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Berdoa kpd Allah SWT menunjukkan kita adalah hambaNya dan ini juga dapat mengukuhkan hubungan kita dgn Allah SWT.

Di bawah ini adalah cara2 wirid & zikir yg ringkas yg boleh kita amalkan (Sebagai permulaan untuk dipraktis) selepas selesai solat, terutamannya solat fardhu.

Langkah2 Bacaan Catatan
1
Istighfar.

Untuk permulaan boleh hnaya baca:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (Astagfirullah)
Maknanya: "Aku memohon keampunan daripada Allah"

Baca 3X
2
Lafaz pengakuan tauhid

Untuk permulaan boleh hnaya baca:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ (Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu)
Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah".

Jika sudah dibaca, bolehlah menambah bacaan seperti berikut:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
(Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr)
Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu".
Baca 3X.

Bolh dibaca juga 7X atau 10X.
3
Lafaz untuk dijauhkan azab api neraka.

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ (Allāhumma Ajirnā Minan-Nār)
Maknanya: "Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka".
Baca 3X atau 7X
4
Lafaz zikir mohon keselamatan.

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ (Allahumma Antas Salam wa minkas Salam tabarakta Dhal Jalali wal Ikram)
Maknanya: "Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan & daripadaMu keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Baca 1X
5
Baca Ayatul Kursi.
Sila rujuk Ayatul Kursi di sini.
Baca 1X
6
Baca tasbih: سبحان الله (Subhanallah).
Maknanya: "Maha Suci Allah".
Baca 33X
7
Baca tahmid: ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ (Alhamdulillah)
Maknanya: "Segala puji bagi Allah SWT".
Baca 33X
8
Baca takbir: الله أكبر (Alahu Akbar)
Maknanya: "Allah Maha Besar".
Baca 33X
9
Baca lafaz pelengkap tasbih, tahmid & takbir.

Untuk permulaan baca sahaja: الله أكبر (Allahu Akbar) sebagai pelengkap untuk menjadikan jumlah tasbih, tahmid & takbir menjadi 100.

Jika sudah cekap, bolehlah baca seperti di baeah:

اللهُ أَكْبَر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
(Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa. Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāh)
Maknanya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah".
Baca 1X

Dengan langkah 1 hingga 9 seperti di atas, selesai sudah wirid & zikir ringkas yg boleh diamalkan selepass selesai solat.

Wirid & zikir ringkas ini bolehlah dipraktikkan sebagai permulaan untuk amalan berwirid.

Kita tidak perlu tergesa2 untuk mengamalkan wirid atau zikir yg panjang2. Yang penting adalah kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan amalan kita untuk kebaikan kita serta terus merapatkan diri dengan Allah SWT.

Setelah selesai berwirid & berzikir, bolehlah kita terus berdoa. Untuk doa pula sila baca di sini.

Semoga semua mendapat manfaat.

Sila baca juga:


والله أعلمُ بالـصـواب

Monday, 4 March 2024

Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 1)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sakit adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk hambaNya. Setiap orang pasti akan merasai sakit dan menziarahi orang sakit adalah dituntut oleh Islam.

Sila baca tentang 5 hak sesama Islam di sini.

Salah satu sunnah semasa menziarah orang sakit adalah mendoakannya. Rasulullah SAW sendiri telah mengajarkan doa menziarah orang sakit agar segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

Jadi, semasa kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa ini. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.

" اللَّهُمَّ أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "


"Allahumma adzhibil ba'sa rabban nasi, wyasfi antays syafi, La syifa'a illa syifa uka, syifa'an la yughadiru saqaman".

Maksudnya: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.
Sahih Bukhari, hadis #5750. Riwayat dari Sayidina Aishah RA. [1]

Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah ini dan mendapat keberkatan darinya. InsyaAllah. Aaminn.

Baca juga tentang:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 7, Book of Medcicine, Hadis #5750, ms. 355-356. Darussalam Publishers and Distributors.

Saturday, 3 February 2024

Doa Selepas Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sebelum menunaikan solat, umat Islam wajib berwuduk untuk membersihkan anggota daripada hadas kecil. Selepas mengambil wuduk yg sempurna kita disunnahkan untuk berdoa yg amat besar kebaikannya seperti hadis di bawah ini.

"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa:

“أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ”


kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu".
Sahih Muslim. Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234.

Berikut adalah petikan penuh dari Sahih Muslim Hadis #234 di atas:

Diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir: "Kami ditugaskan untuk menjaga unta. Apabila tiba giliran saya, saya membawa mereka (Unta) kembali pada waktu petang dan mendapati Rasulullah SAW sedang berdiri berhadapan sekumpulan ramai. Aku menyertai kumpulan itu ketika Rasulullah SAW berkata: 'Tidak ada seorang muslim pun yang berwudhu dengan baik, kemudian berdiri menghadap kiblat lalu solat dua rakaat dengan fokus (Kusyuk), melainkan syurga baginya'. Saya ('Uqbah) berkata: 'Ini adalah baik'. Lalu seseorang yang berada di hadapan saya berkata: 'Apa yang disebut sebelum ia adalah lebih baik'. Saya melihat beliau adalah 'Umar. Dia berkata: 'Saya tahu kamu baru datang; dia berkata: "Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudhu dan melakukannya sepenuhnya kemudian berkata: 'Ash-hadu An lâ lâha illallâh, Wa Anna Muhammadan 'Abduhu Wa wasuiluh (Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya),' melainkan lapan pintu syurga akan dibukakan kepadanya, dan dia akan masuk melalui mana-mana yang pintu dia kehendaki".

Nota: Teks asal hadis #234 ini adalah dalan English dan saya telah terjemahkanke dalam Bahasa Melayu. Diharap mudah untuk difahami.

Marilah kita bersama2 amalkan hadis ini semoga mendapat manfaat kelak. Aaminn.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 18 January 2024

Azan & Menjawab Azan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang melaungkan seruan azan) .

Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan. [1]

Daripada AbU Sa'id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”.
Sahih Al-Bukhari (611). [2]

Bagaiman Untuk Menjawab Azan?

Berikut adalah lafaz azan berdasarkan Sahih Muslim (842). [3]

Serta cara menjawab azan itu untuk sesiapa yg mendengarnya berdasarkan Sahih Al-Bukhari (611). [2]

No. Lafaz Azan Jawab Azan
1.
الله اكبر
Allah u Akbar (Ulang 2X)
الله اكبر,الله اكبر
Allah u Akbar (Ulang 2X)
2
اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā ilāha illallāh (Ulang 2X)
اشهد ان لا اله الا الله
Ash-hadu allā ilāha illallāh (Ulang 2X)
3.
اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Ulang 2X)
اشهد ان محمدا رسول الله
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh (Ulang 2X)
4.
حي على الصلاة
Hayya 'alas-salāh (Ulang 2X)
لاحول ولا قوة إلا بالله
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah (Ulang 2X)
5.
حي على الفلاح
Hayya 'alal-falāh (Ulang 2X)
لاحول ولا قوة إلا بالله
Laa haula wa laa quwwata illaa billaah (Ulang 2X)
6.
(Hanya untuk azan subuh)
الصلاة خير من النوم
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm (Ulang 2X)
الصلاة خير من النوم
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm (Ulang 2X)
7.
الله اكبر
Allāhu akbar (Ulang 2X)
الله اكبر
Allāhu akbar (Ulang 2X)
8.
لا اله الا الله
Lā ilāha illallāh (Ulang 1X)
لا اله الا الله
Lā ilāha illallāh (Ulang 1X)

Selesai sahaja azan oleh muazzin dan kita menjawab seruan azan itu maka disunatkan juga untuk kita berselawat ke atas Nabi SAW yg dijelaskan dari Sahih Muslim (849) seperti bawah.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amr bin Al-'As bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar muazzin, katakanlah apa yang dia katakan, kemudian bershalawatlah kepadaku kerana sesiapa yang berselawat kepadaku, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali ganda. Sahih Muslim (849). [4]

Semoga perkongsian ini dapat membantu untuk menambah ilmu & amalan kita bersama, insyaAllah.

Sila baca juga tentang doa selepas azan dengan klik di sini.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Irsyad Al-Hadith Siri Ke-116: Bercakap Ketika Azan. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #611, page 358-359. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 1, Hadis #842, page 485. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 1, Hadis #849, page 488. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 17 January 2024

Doa Selepas Azan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa untuk mendoakan kemuliaan, keutamaan & tempat terpuji kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Doanya adalah seperti berikut:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدَانِ الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودَانِ الَّذِي وَعَدْتَهُ


Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Muhammad kemuliaan dan keutamaan serta kurniakan kepada Baginda tempat terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan".

Apakah Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan?

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendengar azan, kemudian dia membaca

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Maka dia akan mendapat syafaatku ".

HR Al-Bukhari, 614.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit manfaat kpd kita semua. Marilah kita bersama2 berdoa selepas azan selesai kerana manfaatnya amat berharga iaitu syafaat daripada Nabi SAW di akhirat nanti.

Sila baca juga tentang azan & cara menjawab azan dengan klik di sini.

Semoga kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelebihan Membaca Doa Selepas Azan.
2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #767: Adakah Ada Doa Selepas Iqamah Sebagaimana Doa Selepas Azan?
3. Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #614, page 359. Darussalam Publishers and Distributors.

Friday, 21 April 2023

Didoakan Malaikat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Beruntungnya orang beriman didoakan Malaikat.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ghaafir ayat 7:

﴿الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Maksudnys: "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala."

Pengajaran:

1. Malaikat yang memikul ‘Arasy dan para malaikat yang ada di sekelilingnya sentiasa menyucikan Allah, mengucapkan syukur atas nikmat-Nya.

2. Para malaikat memohonkan keampunan bagi orang yang mengakui keesaan dan kesucian Allah dari sembahan selain-Nya.

3. Malaikat juga memintakan keampunan kepada Allah bagi orang-orang yang bertaubat, serta menghentikan perbuatan dosa dan maksiat yang telah dilakukan.

4. Malaikat juga memohon agar orang-orang mukmin itu dilindungi dari siksa neraka Jahanam.

5. Ada beberapa golongan yang malaikat mendoakan mereka, iaitu *orang yang bersedekah*, *orang yang menunggu waktu solat*, *golongan yang mengajar kebaikan* dan *orang yang menziarahi org lain kerana Allah*.

a)Orang yang *bersedekah* akan menerima doa daripada para malaikat. Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari:

“Tiada satu pagi yang datang melainkan diutuskan dua malaikat dan salah satu malaikat tersebut berdoa: Wahai Tuhanku, berilah pemberi sedekah gantian (yang lebih baik).”

b) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesungguhnya para malaikat mendoakan ke atas mereka yang *menunggu solat* di tempat solatnya selagi mana dia berada dalam keadaan suci. Doa malaikat: Ya ALLAH ampunkanlah dirinya dan rahmatilah dirinya.”

c) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-Nya serta ahli langit dan bumi sehinggakan semut dalam batu dan ikan di lautan mendoakan *orang yang mengajarkan kebaikan*.”

d) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi:
“Sesiapa yang *melawat orang yang sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLAH* maka nanti akan diseru dengan kata-kata: engkau akan dapat kebaikan, perjalanan engkau akan dipermudahkan dan akan disediakan tempat untuk kau di syurga.”

6. Ayuh, mari kita membanyakkan memohon keampunan pada hari terakhir dalam bulan mulia ini agar kita termasuk golongan yang didoakan malaikat. Semoga kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab serta dijauhkan dari azab api neraka, amin ya Rabb.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 20 April 2023

Doa Menaiki Kenderaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Mari kita bersama2 bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dgn limpah rahmatNya kita dapat mengharungi Ramadhan hingga ke penghujung dan marilah kita bersama2 berdoa agar kita dipertemukan lagi dgn Ramadhan2 akan datang. Salam & selawat juga kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW semoga kita semua diberikan syafaat di akhirat nanti. Aminn.

Mungkin ramai antara kita yg mahu pulang ke kampung untuk berhari raya dgn ayah dan ibu serta ahli keluarga menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam. Sebelum bergerak eloklah membaca doa perjalanan seperti di bawah semoga perjalanan kita selamat dan sampai ke distinasi yg dituju, insyaAllah.
Doa menaiki kenderaan:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf: 13 & 14)

Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan kita. Aminn.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 22 January 2023

Berharap dan Memohon Keampunan Dari Dosa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik RA ia berkata; saya mendengar Rasulullah SAW berkata:

حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلَا أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

Yang maksudnya:

"Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, jika kamu mengharap dan berdoa kepadaKu, Aku pasti akan menghapuskan dosa mu yang telah lalu. Aku tidak akan memperdulikannya lagi. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepadaKu nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiKu dengan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, Aku pasti akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." (HR Tirmizi No: 3463) Status: Hadis Hasan.

Pengajaran dari hadis di atas:

1. Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya.

2. Sebagai hamba, kita sewajarnya sentiasa berharap dan berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa sama ada dosa yang kecil mahupun besar, dosa yang kita sedar atau tidak.

3. Allah akan mengampunkan dosa hambanya melainkan dosa syirik.

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An Nisa’: 110).

4. Berputus asa dari rahmat dan keampunan Allah termasuk dosa besar. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Abdurrazaq:

عن بن مسعود قال أكبر الكبائر الإشراك بالله والأمن من مكر الله والقنوط من رحمة الله واليأس من روح الله

"Daripada Ibnu Mas’ud, ia berkata bahawa di antara dosa besar yang terbesar adalah berbuat syirik pada Allah, merasa aman dari murka Allah dan merasa putus asa dan putus harapan dari ampunan Allah." (HR. Abdurrozaq, 10: 460, dikeluarkan pula oleh Ath Thobroni. Lihat Kitab Tauhid dengan tahqiq Syaikh Abdul Qodir Al Arnauth, hal. 128).

Berusahalah bersungguh-sungguh memohon ampun dari dosa yang lalu dan sentiasa mengharap rahmat dan kasih sayang Allah.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 1 January 2023

Doa Sebelum Memberi Salam Pada Tahhiyat Akhir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat / isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

Berikut adalah doa-doa tersebut:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]

Daripada Aisyah R.anha menceritakan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksudnya: “Adapun Rasullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]

Pastikan kita amalkan doa ini, walaupun ia adalah sunat, sebelum kita memberi salam pada tahhiyat akhir.



والله أعلمُ بالـصـواب