Page List

Showing posts with label Surah. Show all posts
Showing posts with label Surah. Show all posts

Wednesday, 21 May 2025

Syafaat Al-Quran

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.


Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan ini bakal menjadi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak.

Ini berdasarkan daripada Hadis yg diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Ertinya: "Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafaat kepada pembacanya."
Sahih Muslim, hadis no. 804. [1]

Syafaat merupakan pembelaan yg paling diperlukan ketika berada di Padang Mahsyar kerana pada waktu ini, segala harta dan anak pinak tidak lagi berharga. Tiada bantuan yg boleh diharapkan pada hari tersebut melainkan Al-Quran yg datang membawa syafaat sebagai pembela yg mempertahankan pembacanya.

Mari kita membaca Al-Quran dan jadikan ia rutin dalam hidup kita.

Semoga perkongsian bermanfaat dan sentiasa dalam redha & rahmat Allah. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin Al-Khattab (2007). Vol. 2, The Book Of The Virtues, hadis no. 804, ms. 323. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 9 May 2024

Surah Al-Kahfi: 10 Ayat Pertama & 10 Ayat Terakhir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah kombinasi ayat 1 - 10 & 101 - 110.

Bil. Ayat Bacaan Ayat
1
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا ۜ
2
قَيِّمًا لِّيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيْدًا مِّنْ لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا حَسَنًاۙ
3
مَّاكِثِيْنَ فِيْهِ اَبَدًاۙ
4
وَّيُنْذِرَ الَّذِيْنَ قَالُوا اتَّخَذَ اللّٰهُ وَلَدًاۖ
5
مَّا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ وَّلَا لِاٰبَاۤىِٕهِمْۗ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ اَفْوَاهِهِمْۗ اِنْ يَّقُوْلُوْنَ اِلَّا كَذِبًا
6
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلٰٓى اٰثَارِهِمْ اِنْ لَّمْ يُؤْمِنُوْا بِهٰذَا الْحَدِيْثِ اَسَفًا
7
اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْاَرْضِ زِيْنَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا
8
وَاِنَّا لَجَاعِلُوْنَ مَا عَلَيْهَا صَعِيْدًا جُرُزًاۗ
9
اَمْ حَسِبْتَ اَنَّ اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ كَانُوْا مِنْ اٰيٰتِنَا عَجَبًا
10
اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
101
الَّذِيْنَ كَانَتْ اَعْيُنُهُمْ فِيْ غِطَاۤءٍ عَنْ ذِكْرِيْ وَكَانُوْا لَا يَسْتَطِيْعُوْنَ سَمْعًا
102
اَفَحَسِبَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْٓا اَنْ يَّتَّخِذُوْا عِبَادِيْ مِنْ دُوْنِيْٓ اَوْلِيَاۤءَ ۗاِنَّآ اَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكٰفِرِيْنَ نُزُلًا
103
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْاَخْسَرِيْنَ اَعْمَالًا ۗ
104
اَلَّذِيْنَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا
105
اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِاٰيٰتِ رَبِّهِمْ وَلِقَاۤىِٕهٖ فَحَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيْمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَزْنًا
106
ذٰلِكَ جَزَاۤؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوْا وَاتَّخَذُوْٓا اٰيٰتِيْ وَرُسُلِيْ هُزُوًا
107
اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا ۙ
108
خٰلِدِيْنَ فِيْهَا لَا يَبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلًا
109
قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمٰتِ رَبِّيْ لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ اَنْ تَنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّيْ وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهٖ مَدَدًا
110
قُلْ اِنَّمَآ اَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوْحٰٓى اِلَيَّ اَنَّمَآ اِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌۚ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَاۤءَ رَبِّهٖ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَّلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهٖٓ اَحَدًا ࣖ

Semoga kita sentiasa di rahmati & diredhai Allah SWT.

Baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 2 May 2024

Surah Al-Kahfi: 10 Ayat Terakhir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah surah Al-Kahfi untuk 10 ayat terkahir, ayat 101 - 110.

101. ۨالَّذِيْنَ كَانَتْ اَعْيُنُهُمْ فِيْ غِطَاۤءٍ عَنْ ذِكْرِيْ وَكَانُوْا لَا يَسْتَطِيْعُوْنَ سَمْعًا
(Allażīna kānat a'yunuhum fī giṭā`in 'an żikrī wa kānụ lā yastaṭī'ụna sam'ā)

Makna: (Iaitu) orang2 yg mata (hati)-nya dalam keadaan tertutup dari ingat kepadaKu dan mereka tidak sanggup mendengar.

102. اَفَحَسِبَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْٓا اَنْ يَّتَّخِذُوْا عِبَادِيْ مِنْ دُوْنِيْٓ اَوْلِيَاۤءَ ۗاِنَّآ اَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكٰفِرِيْنَ نُزُلًا
(A fa ḥasiballażīna kafarū ay yattakhiżụ 'ibādī min dụnī auliyā`, innā a'tadnā jahannama lil-kāfirīna nuzulā)

Makna: Maka adakah orang2 kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk2 yg disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang2 kafir itu sebagai tempat tetamu.

103. قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْاَخْسَرِيْنَ اَعْمَالًا ۗ
(Qul hal nunabbi`ukum bil-akhsarīna a'mālā)

Makna: Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang2 yg paling rugi amal-amal perbuatannya?.

104. اَلَّذِيْنَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا
(Allażīna ḍalla sa'yuhum fil-ḥayātid-dun-yā wa hum yaḥsabụna annahum yuḥsinụna ṣun'ā)

Makna: (Iaitu) orang2 yg telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105. اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا بِاٰيٰتِ رَبِّهِمْ وَلِقَاۤىِٕهٖ فَحَبِطَتْ اَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيْمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَزْنًا
(Ulā`ikallażīna kafarụ bi`āyāti rabbihim wa liqā`ihī fa ḥabiṭat a'māluhum fa lā nuqīmu lahum yaumal-qiyāmati waznā)

Makna: Merekalah orang2 yg kufur ingkar akan ayat2 Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal2 mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106. ذٰلِكَ جَزَاۤؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوْا وَاتَّخَذُوْٓا اٰيٰتِيْ وَرُسُلِيْ هُزُوًا
(żālika jazā`uhum jahannamu bimā kafarụ wattakhażū āyātī wa rusulī huzuwā)

Makna: (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107. اِنَّ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنّٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا ۙ
(Innallażīna āmanụ wa 'amiluṣ-ṣāliḥāti kānat lahum jannātul-firdausi nuzulā)

Makna: Sesungguhnya orang2 yg beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108. خٰلِدِيْنَ فِيْهَا لَا يَبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلًا
(Khālidīna fīhā lā yabgụna 'an-hā ḥiwalā)

Makna: Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah daripadanya.

109. قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمٰتِ رَبِّيْ لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ اَنْ تَنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّيْ وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهٖ مَدَدًا
(Qul lau kānal-baḥru midādal likalimāti rabbī lanafidal-baḥru qabla an tanfada kalimātu rabbī walau ji`nā bimiṡlihī madadā)

Makna: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110. قُلْ اِنَّمَآ اَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوْحٰٓى اِلَيَّ اَنَّمَآ اِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌۚ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَاۤءَ رَبِّهٖ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَّلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهٖٓ اَحَدًا ࣖ
(Qul innamā ana basyarum miṡlukum yụḥā ilayya annamā ilāhukum ilāhuw wāḥid, fa mang kāna yarjụ liqā`a rabbihī falya'mal 'amalan ṣāliḥaw wa lā yusyrik bi'ibādati rabbihī aḥadā)

Makna: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Semoga surah Al-Kahfi 10 ayat terakhir ini dapat kita bersama amalkan pada hari Jumaat, insyaAllah.

Cara membaca surah Al-Kahfi, ayat 101 - 110 adalah seperti berikut. Kredit kpd original content creator.


Sila baca juga:


والله أعلمُ بالـصـواب

Surah Al-Kahfi: 10 Ayat Pertama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berikut adalah surah Al-Kahfi untuk 10 ayat pertama, ayat 1 hingga 10.

1. اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلٰى عَبْدِهِ الْكِتٰبَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهٗ عِوَجًا ۜ
(al-ḥamdu lillāhillażī anzala 'alā 'abdihil-kitāba wa lam yaj'al lahụ 'iwajā)

Makna: Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Kitab (Al-Quran) kpd hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok (Terpesong).

2. قَيِّمًا لِّيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيْدًا مِّنْ لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِيْنَ الَّذِيْنَ يَعْمَلُوْنَ الصّٰلِحٰتِ اَنَّ لَهُمْ اَجْرًا حَسَنًاۙ
(qayyimal liyunżira ba`san syadīdam mil ladun-hu wa yubasysyiral-mu`minīnallażīna ya'malụnaṣ-ṣāliḥāti anna lahum ajran ḥasanā)

Makna: Sebagai bimbingan yg lurus, untuk memperingatkan akan siksa yg sangat pedih dari sisiNya dan memberikan kabar gembira kepada orang2 mukmin yg mengerjakan kebajikan bahawa mereka akan mendapat balasan yg baik.

3. مَّاكِثِيْنَ فِيْهِ اَبَدًاۙ
(mākiṡīna fīhi abadā)

Makna: Mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

4. وَّيُنْذِرَ الَّذِيْنَ قَالُوا اتَّخَذَ اللّٰهُ وَلَدًاۖ
(wa yunżirallażīna qāluttakhażallāhu waladā)

Makna: Dan untuk memperingatkan kepada orang yg berkata, "Allah mengambil seorang anak".

5. مَّا لَهُمْ بِهٖ مِنْ عِلْمٍ وَّلَا لِاٰبَاۤىِٕهِمْۗ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ اَفْوَاهِهِمْۗ اِنْ يَّقُوْلُوْنَ اِلَّا كَذِبًا
(mā lahum bihī min 'ilmiw wa lā li`ābā`ihim, kaburat kalimatan takhruju min afwāhihim, iy yaqụlụna illā każibā)

Makna: Mereka sama sekali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata2 yg keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan (sesuatu) kebohongan belaka.

6. فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلٰٓى اٰثَارِهِمْ اِنْ لَّمْ يُؤْمِنُوْا بِهٰذَا الْحَدِيْثِ اَسَفًا
(fa la'allaka bākhi'un nafsaka 'alā āṡārihim il lam yu`minụ bihāżal-ḥadīṡi asafā)

Makna: Maka barangkali engkau (Muhammad) akan mencelakakan dirimu karena bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kpd keterangan ini (Al-Quran).

7. اِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْاَرْضِ زِيْنَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ اَيُّهُمْ اَحْسَنُ عَمَلًا
(innā ja'alnā mā 'alal-arḍi zīnatal lahā linabluwahum ayyuhum aḥsanu 'amalā)

Makna: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yg terbaik perbuatannya.

8. وَاِنَّا لَجَاعِلُوْنَ مَا عَلَيْهَا صَعِيْدًا جُرُزًاۗ
(wa innā lajā'ilụna mā 'alaihā ṣa'īdan juruzā)

Makna: Dan Kami benar2 akan menjadikan (pula) apa yg di atasnya menjadi tanah yang tandus lagi kering.

9. اَمْ حَسِبْتَ اَنَّ اَصْحٰبَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيْمِ كَانُوْا مِنْ اٰيٰتِنَا عَجَبًا
(am ḥasibta anna aṣ-ḥābal-kahfi war-raqīmi kānụ min āyātinā 'ajabā)

Makna: Apakah engkau mengira bahwa orang yg mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yg menakjubkan?

10. اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
(iż awal-fityatu ilal-kahfi fa qālụ rabbanā ātinā mil ladungka raḥmataw wa hayyi` lanā min amrinā rasyadā)

Makna: (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, "Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kpd kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yg lurus bagi kami dalam urusan kami".

Semoga surah Al-Kahfi 10 ayat pertama ini dapat kita bersama amalkan pada hari Jumaat, insyaAllah.

Cara membaca surah Al-Kahfi, ayat 1 - 10 adalah seperti berikut. Kredit kpd original content creator.


Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب

Surah Al-Kahfi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apa Itu Surah Al-Kahfi?

Surah Al-Kahfi, surah Makkiyah, adalah surah ke-18 dlm al-Quran. Mempunyai 110 ayat. Walaupun ada 4 peristiwa (plot) yg diceritakan dalam surah ini iaitu mengenai:
  1. Ashabul Kahfi: Plot fitnah kpd akidah, iman atau kepercayaan.
  2. Pemilik dua taman / kebun: Plot fitnah kpd harta atau material.
  3. Kisah antara Nabi Musa dan Nabi Khidir: Plot fitnah kpd ilmu, pengetahuan & informasi.
  4. Nabi Zulkarnain & Yakjuj Makjuj: Plot fitnah kpd kekuasaan, kepimpinan & politik.
Tetapi kita mungkin lebih synonim dgn kisah Ashabul Kahfi yg bermakna penghuni2 gua atau pemuda2 yg lari menyelamatkan akidah mreka dari raja yg zalim & tidak berimam kpd Allah.

Apa Kepentingan Surah Ini?

Banyak manfaat / kelebihan membaca Surah Al-Kahfi ini. Kita juga disunatkan untuk membacanya pada malam Jumaat atau hari Jumaat berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.”
Sahih Muslim #1883. [1]

Fitnah dajal adalah antara fitnah terbesar akhir zaman. Orang yang mengejar dunia dan meninggalkan agama akan terikut dengan ajaran dajal yg menyesatkan. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah dajal ini. Aaminn.

Semoga kita mendapat manfaat dari sessi pencerahan yg serba ringkas ini untuk Surah Al-Kahfi.

Semoga kita sentiasa di rahmati & diredhai Allah SWT.

Baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, the Book of The Virtues, ms. 327, Hadis #1883. Darussalam Publishers and Distributors.

Sunday, 14 April 2024

Ayat Kursi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ayat Kursi adalah merupakan ayat ke 255 dalam Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat ini menerangkan mengenai keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas dan kebesaranNya sebagai pencipta alam ini.

Surah Al-Baqarah, ayat 255:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


Ayat Kursi rumi:

> Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum,
> La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
> lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard,
> Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi,
> Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
> wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a,
> Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
> wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.

Terjemahan Ayat Kursi adalah seperti berikut:

> Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
> Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
> Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
> Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
> Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
> Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
> Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Cara membacanya adalah seperti berikut. Kredit kpd original content creator.



والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 14 December 2023

Surah An-Nas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah An-Nas, iaitu surah Makkiyyah terdiri daripada 6 ayat.Ia diturunkan selepas surah Al-Falaq. Nama An-Nas diambil dari “An-Nās” yg berulang kali disebut dalam surah ini yg ertinya manusia.

Surah An-Nas ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang pentingnya kita semua berlindung kepada Allah SWT sebagai pelindung mutla daripada segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia, samada ia datang daripada jin mahupun manusia (Contohnya sihir).

Berikut adalah 6 ayat dari Surah An-Nas.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab (yang memelihara dan menguasai) manusia."

مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢
Raja manusia.

إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣
Sembahan manusia.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤
Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.

ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
daripada (golongan) jin dan manusia.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 8 December 2023

Surah Al-Ikhlas

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah ini lebih dikenali dgn name Surah al-Ikhlas kerana orang yang meyakini isi kandungannya akan menjadi ikhlas dalam menjalankan agama Allah SWT, dan orang yang mati dengan ikhlas, akan dijauhkan daripada api neraka. (Rujuk Tafsir Mafatih al-Ghaib karangan Imam Fakhruddin ar-Razi, 32/161).

Surah ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat seperti berikut.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢
Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan: Al-Kafi #1061. Pejabat Mufti Wilayah Prseketuan.

Sunday, 12 February 2023

Al-Quran - Ringkasan Kandunagn

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Di bawah ini adalah catattan ringkas tentang Al-Quran. Semoga bermanafaat. InsyaAllah.

No. Soalan Jawaban
1
Berapa jumlah Surah dlm al-Quran 114 Surah
2
Berapa jumlah Juz dlm al-Quran 30 Juz
3
Berapa jumlah Hizb dlm al-Quran 60 Hizb
4
Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran 6236 Ayat
5
Berapa jumlah Kata dlm al-Quran?, dan Berapa Jumlah Hurufnya 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf
6
Siapa Malaikat yang disebut dlm al-Quran Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.
7
Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran 14 Sajdah
8
Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dlm Al-Quran 25 Nabi
9
Berapa Jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa", al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah & al-Nashr
10
Berapa Jumlah Surah Makiyah dlm al-Quran? sebutkan 86 Surat, selain surah Madaniyah seperti No. 9 di atas
11
Berapa Jumlah Surah yg dimulai dgn huruf dlm al-Quran 29 Surah.
12
Apakah yg dimaksud dgn Surah Makiyyah?, sebutkan 10 saja Surah Makiyyah adalah Surah yg diturunkan di Makkah sebelum Hijrah, seperti: al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq
13
Apakah yg dimaksud dgn Surah Madaniyyah? sebutkan lima saja Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan di Madinah setelah Hijrah, seperti: al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj
14
Siapakah nama para Nabi yg disebut dlm Al-Quran Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw
15
Siapakah satu-satunya nama wanita yg disebut namanya dlm al-Quran Maryam binti Imran
16
Siapakah satu-satunya nama Sahabat yg disebut namanya dlm al-Quran Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37
17
Apakah nama Surah yg tanpa Basmalah Surah at-Tawbah
18
Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah Surah al-Naml
19
Apakah nama Surah yg bernilai seperempat al-Quran Surah al-Kafirun
20
Apakah nama Surah yg bernilai sepertiga al-Quran Surah al-Ikhlas
21
Apakah nama Surah yg menyelamatkan dari siksa Qubur Surah al-Mulk
22
Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang pekan Surah al-Khafi
23
Apakah ayat yg paling Agung dan dlm Surah apa? Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255
24
Apakah nama Surah yg paling Agung dan berapa jumlah ayatnya? Surah al-Fatihah, tujuh ayat
25
Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)
26
Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77
27
Pada Kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa? ayat no Berapa? وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19
28
Ayat apakah bila dibaca setiap habis Sholat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam syurga Ayat Kursi
29
Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa? Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman
30
Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa? Ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthaffifiin ayat No. 10
31
Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran? pada Surah apa? Ayat berapa? Ayat No 282 Surah al -Baqarah

والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 12 November 2022

Surah Al-Fatihah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

Berikut adalah 7 ayat Al-Fatihah seperti berikut.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ ٱ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Cara membacanya adalah seperti berikut.



والله أعلمُ بالـصـواب