Page List

Tuesday, 24 February 2026

Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apabila tiba Ramadan, mungkin timbul isu bilangan rakaat solat tarawih menjadi perbincangan hangat. Satu perbincangan yg sejak dari dahulu lagi berlaku dan eloklah untuk kita semua mengambil pendirian untuk berlapang dada. Dipersilakan sesdiapa sahaja yg mahu solat 11 rakaat (8 rakaat tarawih & 3 solat sunat witir) dan dipersilakan juga sesiapa yg mahu solat 23 rakaat (20 rakaat tarawih & 3 solat sunat witir).

Ada satu content video yg sangant baik untuk kita sama2 fahami perihal perbezaan bilangan solat sunat tarawih ini. Sila fahami video di bawah. Kredit kepada Dr. Rozaimi dan original content creator.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati & dilindungi Allah SWT di dalam bulan Ramadan yg mulia ini. Aaminn.

Wednesday, 18 February 2026

Ramadhan Mubarak 2026

Selamat menyambut Ramadhan & berpuasa untuk semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Aaa,inn.


Tuesday, 3 February 2026

Nifsu Syaban & Baca Surah Yaseen 3 Kali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Nisfu Syaban adalah malam pertengahan bulan Syaban. Ia dikira selepas masuk waktu Maghrib pada 15 Syaban. Malam ini dianggap istimewa karena merupakan momen pengampunan dosa, pengangkatan amal manusia, dan dibukanya pintu rahmat Allah SWT. Umat Islam dianjurkan memperbanyak ibadah, zikir, dan doa pada momen ini sebagai persiapan diri menyambut Ramadhan.

Tetapi dalam pencarian saya selama ini, saya tidak menjumpai sebarang dalil (Hadis) bersifat sahih atau hasan yg mengkhususkan bacaan surah Yaseen sebanyak 3 kali pada malam nifsu Syaban. Contohnya membaca surah Yaseen dan diiringi dgn doa2 tertentu sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib yg dilakukan secara beramai2 atau berjemaah.

Mungkin ada anatara kita berkata ... apa salahnya baca Yaseen 3 kali, kita bukannya berkaraoke pun, bagus apa baca surah Yaseen. Tuan2 / puan2 pengkhususan satu2 amalan agama memerlukan dalil yg khusus dan tiada dalil khusus untuk memebaca surah Yaseen sebanyak 3 kali pada malam nifsu Syaban.

Membaca Yaseen 3 kali pada malam nisfu Syaban hanyalah merupakan amalan tradisi yg popular, namun ia TIDAK mempunyai dasar daripada petunjuk khusus (Hadis sahih) daripada Nabi Muhammad SAW.

Apa yg boleh kita lakukan adalah melakukan / memperbanyakkan amalan2 yg biasa kita lakukan seperti membaca Al-Quran, qiamullail, zikir, dan berdoa untuk pengampunan dosa kita.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب