Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Semasa kita mahu memulakan solat berjemaah, kita telah biasa mendengar lafaz dari imam seperti di bawah ini ...
Tuntutan untuk meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid, surau mahupun di rumah adalah menjadi satu keperluan berdasarkan kp hadis2 sahih di bawah.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RAbahawa Rasullullah SAW bersabda
أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ
Maksudnya: "Luruskanlah saf-saf kalian, sesungguhnya aku dapat melihat kalian dari balik punggungku.” Dan setiap orang dari kami merapatkan bahunya kepada bahu sahabatnya, dan kakinya pada kaki sahabatnya.”
Sahih Bukhari, hadis no. 725. [1]
Juga di dalam riwayat yang lain oleh An-Nu'man bin Bashir bahawa Rasulullah SAW amat menekan pentingnya untuk meluruskan saf dan merapatkan saf sehingga diibaratkan seperti sedang meluruskan anak panah:
كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُسَوِّي صُفُوْفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا القِدَاحَ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ حَتَّى كَادَ أَنْ يُكَبِّرَ فَرَأَى رَجُلاً بَادِيًا صَدْرُهُ فَقَالَ: عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ سُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ.
Maksudnya: "Rasulullah SAW telah meluruskan saf kami seolah-olah beliau sedang meluruskan anak panah, sehingga beliau melihat bahawa kami telah memahaminya. Kemudian pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri mahu solat sehingga beliau hendak mengucapkan Allahu Akbar, dan beliau melihat seorang lelaki yang menonjol dadanya (Tidak lurus saf), maka beliau bersabda: Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan menimbulkan perselisihan di antara muka kamu."
Sahih Muslim, hadis no. 436. [2]
Apakah pengajaran dari kedua2 hadis di atas?
- Amat penting untuk kita lurus & rapatkan saf semasa solat berjemaah.
- Jika tidak, Allah akan menimbulkan perselisihan di antara kita.
- Lurus & rapatkan saf semoga ganjaran berjemaah 27 kali ganda dapat dicapai, insyaAllah. Rujuk kpd ganjaran solat berjemaah.
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Adhan, hadis no. 725, ms. 410. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of As-Salat, ms. 550, Hadis no. 436. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment