السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
InsyaAllah minggu depan 1 Ramadhan 1445 (12 Mar 2024) akan tiba. Bulan Ramadhan yg sentiasa kita nantikan akan menjelma. Bulan yg penuh barakah untuk umat Islam semua.
Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat dinyatakan di sini ialah:
✅ 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙉𝙞𝙖𝙩
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙤𝙖
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 & 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣
✅ 𝙌𝙞𝙮𝙖𝙢
Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya:
Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Sahih Bukhari #38. [1]
Oleh itu marilah sama2 kita menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Belief, Hadis #38, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment