Page List

Showing posts with label Zakat & Sedekah. Show all posts
Showing posts with label Zakat & Sedekah. Show all posts

Thursday, 13 March 2025

Segerakan Bayaran Zakat Fitrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tertarik saya mendengar khutbah Jummat pada minggu lepas 7 Mar 2025 (6 Ramadhan 1446) keluaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang mengapa kita harus mencepatkan bayaran zakat fitrah.

Saya quote di bawah ini khutbah Jumaat berkenaan.

"Sebagai umat Islam, kita digalakkan agar menunaikan zakat fitrah lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.Menurut Mazhab Syafie, hukum menunaikan zakat fitrah adalah sah jika dilakukan sejak awal Ramadhan dan tidak semestinya ditunaikan pada malam satu Syawal atau pagi Hari Raya."

Saya terus teringat agak2 tahun 1979 (Masih di sekolah rendah lagi) saya telah didatangi oleh seorang dari masjid di kampung dan memberikan saya RM16 sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ya, saya adalah bekas asnaf.


Apa yg saya ingin tekan di sini adalah sungguh lebih baik jika dpt segerakan pembayaran zakat fitrah supaya pihak berwajib dapat menyerahkan zakat anda kepada asnaf2 lebih awal untuk mereka membuat persiapan Hari Raya dgn lebih baik dan teratur. Cuba bayangkan jika wang zakat itu hanya dpt disalurkan kpd asnaf hanya beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya, ini sudah tentu asnaf2 mungkin akan mengalami kesuntukan masa untuk persiapan raya.

Senmoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kpd pembaca.Semoga kita sentiasa di dalam lindungan & redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 12 December 2023

Sudah Ke Bayar Zakat Pendapatan 2023?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tinggal lebih kurang 2 minggu lagi utk tahun 2023 berakhir tapi dan ... sudah ke anda bayar zakat pendapatan anda?

Boleh klik di sini untuk penerangan serba ringkas tentang zakat.

Selamat membayar zakat semoga segala urusan dipermudahkan & diberkati rezeki oleh Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 15 April 2023

Zakat Fitrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.

Tidak lama lagi dlm 6 hari lagi insyaAllah kita akan menyambut 1 Syawal dan ini bermakna hanya tinggal 6 hari lagi untuk kita membayar zakat fitrah kpd amil yg dilantik oleh pihak berkuasa. Saya sarankan untuk kita semua membayar zakat fitrah ini secepat mungkin untuk mengelakkan segala kerumitan bila mahu membayar di saat2 akhir.


Hukum Zakat Fitrah

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap individu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Nota: Sumber rujukan dari Pusat Pungutan Zalat (PPZ), MAIWP.

Kadar bayaran zakat fitrah ini berbeza-beza mengikut negeri oleh itu sila layari portal bayaran zakat online setiap negeri seperti di bawah atau bertanya kpd amil di tempat anda tinggal.

Bayarlah zakat fitrah dgn segera. Jangan tunggu hingga di saat2 akhir Ramadhan untuk megelakkan sebarang kerumitan seperti sukar untuk mangakses portal bayaran online yg sesak.

Jika tidak dapat berjumpa dgn mana2 amil, kita boleh juga bayar secara online seperti melalui link pautan di bawah:


Selamat membayar zakat fitrah semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 15 January 2023

Mengapa Kita Perlu Bersegera Bersedekah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Allah SWT berfirman pada Surah Al-Munafiqun Ayat 10:

وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَـٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ ١٠

Yang bermaksud:

"Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Pada ayat ini, Allah SWT menganjurkan agar orang-orang mukmin membelanjakan sebagian rezeki yang telah dikaruniakan kepadanya, sebagai tanda syukur atas nikmat-Nya. Contoh adalah bersedekah / imfaq kepada anak-anak yatim, orang-orang fakir miskin, surau / masjid atau sesiapa yang amat memerlukan dan sebagainya. Perkara memberi sedekah / imfaq ini adalah untuk dijadikan bekal di hari kemudian dan sudah dapat dirasakan kesannya semasa di didalam alam kubur (Barzah) lagi lebih2 lagi ketika berada di akhirat.

Janganlah kekayaan itu hanya untuk diwarisi oleh para waris kita yang belum tentu akan membelanjakan / memanafaatkan dengan sebaik2nya dijalan Allah yang akan merugikan dan mengakibatkan kekecewaan kita. Kekayaan yang ada pada seseorang walau banyak sekalipun tidak akan dapat membantu dia di hari kemudian jika tiada sumbangan ke jalan Allah contohnya sedekah jariah.

Ingatalh hanya tiga macam yang akan menjadi milik kita sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi SAW yang bersabda:

Mutharrif bin Syu'bah meriwayatkan dari ayahnya berkata, "Aku mendatangi Nabi saw, sedangkan beliau sedang membaca ayat 'alhakumut-takatsur." Lalu Nabi SAW bersabda, "(Ada seorang) manusia mengatakan 'hartaku-hartaku." Nabi SAW bersabda lagi, "Wahai manusia, kamu tidaklah memiliki harta (yang kamu kumpulkan), melainkan apa yang kamu makan maka telah habis, apa yang kamu pakai maka telah lusuh, dan apa yang kamu sedekahkan maka telah berlalu." (Riwayat Muslim)

Belanjakan harta benda kita untuk kemanfaatan dunia dan akhirat. Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di hari kemudian.

Janganlah ditangguh2 sampai datang sakaratul maut dan janganlah pula berandai2 kalau2 umur masih panjang atau kematian masih boleh ditunda. Kita harus membelanjakan harta benda kepada jalan2 yang diredhai Allah dan beramal baik semoga menjadi di kalangan orang2 yang soleh sebelum ajal tiba karena apabila ajal telah sampai, tiada yang dapat diubah atau mahu dibelanjakan, disedekahkan lagi. Bila ajal sampai tiada yang dapat menangguhkannya. Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di hari kemudian.

Tontonlah video klip dibawah ini yang menerangkan apa yang diinginkan sangat oleh orang yang telah meninggal / mati. Semoga bermenafaat InsyaAllah.



والله أعلمُ بالـصـواب

Saturday, 24 December 2022

Sudah Ke Bayar Zakat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tak sampai beberapa hari lagi tahun 2022 akan berakhir tapi ... sudah ke anda bayar zakat pendapatan anda?

Apa itu zakat?

Dari segi bahasa, perkataan zakat yang berasal daripada bahasa Arab bermaksud bersih, suci dan berkat. Pengertiannya adalah dalam konteks membersihkan harta, juga diri sendiri daripada sifat kedekut dan bakhil.

Dari sudut syarak, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Syarat wajib berzakat adalah beragama Islam, merdeka, baligh dan berakal, manakala harta itu perlu cukup nisab dan haul serta dimiliki secara sempurna.

Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat pendapatan adalah di dalam kategori zakat harta.

Zakat pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan melalui gaji dan pendapatan lain Menurut Dr Yusof al-Qaradawi di dalam kitab Fiqh al-Zakat, pekerjaan manusia seperti doktor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan sebagainya tidak kira bekerja dengan kerajaan atau swasta di mana mereka bekerja dan diberi gaji bulanan secara tetap, pendapatan yang diperolehi itu dipanggil al-mal al-mustafad. Ia wajib dizakatkan bila sudah mencapai syaratnya.

Kewajipan zakat ke atas pendapatan adalah berdasarkan daripada firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, 267.

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),

Sebelum membuat bayaran zakat pendapatan, terdapat item-item atau perkara yang mempunyai perbelanjaan khusus harus ditolak terlebih dahulu seperti diri sendiri, isteri dan anak-anak. Untuk mengetahui jumlah pendapatan yang harus ditolak sebelum melaksanakan zakat pendapatan, eloklah pergi ke kaunter zakat berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat.

Zakat pendapatan yang dikenakan ke atas seseorang individu adalah pendapatan tahunan tolak perbelanjaan yang disebut seperti di atas dan baki daripadanya adalah disebut pendapatan bersih. yang mana akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% sahaja.

Pergilah ke ke kauter zakat berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma untuk jumalh yang akan dizakatkan.

Banyak faedah membayar zakat dan salah satunya adalah untuk keberkatan rezeki.

والله أعلمُ بالـصـواب