Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Ancaman untuk orang yg melalaikan solat ... begitulah tajuk khutbah Jumaat hari ini 19 Januari 2024 di Selangor. Semoga jemaah yg hadir dapat mempelajari dari khutbah begitu pentingnya untuk kita semua menjaga solat kita supaya sentiasa dilaksanakan dan sempurna.

Point2 penting khutbah Jumaat adalah seperti berikut.
Solat adalah ketetapan yg diwajibkan ke atas orang2 yg beriman yg tertentu waktunya. Islam dibina atas lima perkara utama dan mendirikan solat merupakan salah satu daripadanya (Rujuk Rukun Islam). Kewajipan mendirikan solat terletak di atas bahu umat islam yang mukallaf lelaki mahupun perempua.
Apakah kepentingan solat?
- Membersih dosa kecil: Solat yg istiqamah membersihkan diri kita daripada dosa2 kecil lalu membawa diri kita dekat dgn Allah SWT & mendapat rahmayNya.
- Menjadikan hati suci & bersih dari sifat2 tercela.
- Mencegah diri dari perbuatan keji & mungkar.
- Hati menjadi tenang & tenteram.
Apakah ancaman jika melalaikan solat?
- Azab yg dahsyat:
Akan diazab dgn azab yg dahsyat di dalam neraka. Rujukan: Surah Al-Muddaththir, ayat 42-43 yg maksudnya: "Melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka. Orang yang bersalah itu menjawab kami tidak masuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat". - Murka Allah:
Bertemu Allah dalam keadaan dimurkai oleh allah. - Murtad:
Seorang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kefarduannya. Rujukan: Fiqhul islam Profesor Dr. Wahba Az-Zuhaili rahimahullahu taala. - Fasik:
Tidak solat kerana malas dan tidak peduli hukumnya. - Dosa paling besar:
Meninggalkan solat lima waktu dgn sengaja tergolong dalam dalam dosa yang paling besar dan lebih besar dosanya daripada membunuh merampas harta orang lain berzina mencuri dan meminum minuman keras. Rujukan: kitab As-Solah Ibnu Dayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu taala. - Kafir:
Menafikan kewajipan solathadis. Riwayat muslim.
Apakah perlu dilakaukan jika meninggalkan / melalaikan solat?
- Segera bertaubat.
- Menggantikan solat dengan segera pada waktu yang lain.
Marilah kita tanamkan tekad dalam diri dan menyeru ahli keluarga kita untuk terus bersama2 istiqamah mendirikan solat fardu lima waktu melakukan solat secara berjemaah di masjid atau surau. Sempurnakanlah solat kita dengan melakukan solat2 sunat seperti solat sunat qabliyah dan juga ba'diyah.
Demikianlah ringkasan dari khutbah Jumaat 19 Januari 2024 di negeri Selangor yg menekankan kepentingan menjaga solat kita.
Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan & rahmat Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Teks Khutbah Jumaat 19 Januari 2024.
No comments:
Post a Comment