Usrah35
Monday, 31 August 2026
Umat Islam Dizalimi Di India & Nepal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tuan2 / puan2, saudara2 Islam kita sedang dizalimi di India & Nepal sejkarang ini. Masjid dirosakkan & dibakar, Al-Quran dipijak & dimusnahkan, rumah org Islam di musnahkan & di bakar, orang Islam di seksa disekat dari beramal ibadat, dan di halau dari kampung mereka.,/br>
Marilah kita bersama2 mendoakan keselamatan kpd saudara2 Islam kita di sana.
‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di India serta Nepal’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di India & Nepal daripada kekejaman hindu extremema.”
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu."
Aaminn.
Allah Bersemayam Di Atas Arasy (Istawa' Alal Arasy)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Jika ditanya perihal di manakah Allah? Katakanlah: "Allah itu di langit."
Ini adalah berdasarkan hadis sahih berikut...
Ketika Mu’awiyah Bin al-Hakam as-Sulamy ingin memerdekakan hambanya (Jariyyah/hamba wanita) , beliau membawanya kepada Rasulullah SAW.
Rasulullah bertanya kepada hamba tersebut: "Di manakah Allah (aina Allah)?" Jawab hamba itu: "Allah di langit (fis samaa’)." Baginda Rasulullah bertanya lagi: "Siapakah aku?". Jawab hamba itu lagi: "Engkau adalah Rasulullah." Dan kemudian baginda Rasulullah bersabda, "Merdekakanlah dia, kerana dia seorang mukminah (Wanita yang beriman).
Hadis Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Kitab al-Janaiz wa Mawadhi’ as-Sholat, bab “Tahrimil Kalam fi Sholat wa Naskh Ma Kana Min Ibahah” (537) (33) dari Mu’awiyah bin al-Hakam as-Sulami. Juga diriwayatkan sekalian Jema’ah ahli Hadis, antaranya Imam Malik, Abu Daud, ad-Darimi, an-Nasai’e.
Sesungguhnya Allah SWT itu bersemayam di atas ‘arsy-Nya yang mana selayak-Nya sebagaimana yang dia sendiri menetapkannya sesuai dengan Kemuliaan-Nya dan berdasarkan penerangan dalil-dalil Firman Allah SWT sendiri:
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)
الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُدَبِّرُ الأمْرَ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan." (Yunus: 3)
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرً
"Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad SAW)." (al-Furqaan: 59)
Dan begitu banyak dalil-dalil al-Qur’an yang lain yang mana begitu jelas yang menunjukkan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy di langit. Tidak harus wujud penamaan sifat yang lain dengan nama yang lain bagi menggantikan kalimah istawa’ yang mana telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri kepada dirinya. Siapa kita yang mahu menukarkan kalimah istawa’ (Bersemayam) kepada istawla’ (Tinggi, berkuasa, memiliki)? Adakah kita orang yang layak, sedangkan kita tidak langsung mengetahui. Adakah akal kita telah benar-benar bijak sehingga mampu menukar ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sendiri ke atas diri-Nya?
Terdapat tujuh ayat, di mana Allah menyatakan dan menetapkan yang Dirinya itu bersemayam di ‘arsy dengan menggunakan kalimah istawa’ ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ). Dan andainya Allah mahu menamakannya dengan nisbahan yang lain, tentu Allah sudah menunjukkannya dengan jelas. Adalah kesilapan yang disengajakan yang paling besar andainya ada di antara mereka (manusia) menukar-nukar kalimah al-Qur’an yang telah sedia ditetapkan oleh Allah dengan kalimah-kalimah yang lain menurut akal, prasangka, dan hawa nafsu. Maha Suci Allah dari semua itu.
فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الأنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (as-Syuura: 11)
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang Yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
وَلِلَّهِ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.” (al-A’raaf: 180)
Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan di dalam Kitab Tahid-nya (maksudnya) dalam menafsirkan ayat ini:
Bahawa wajib - Menetapkan nama-nama (asma’) untuk Allah s.w.t. seperti mana Allah menetapkannya, dan maka siapa yang menafikannya bererti ia telah menafikan apa yang telah ditetapkan Allah dan juga bererti dia telah menentang Allah s.w.t.
Bahawasanya Allah s.w.t. mengancam orang-orang yang ilhad (menyelewengkan) dalam asma’-Nya dan Dia akan membalas perbuatan mereka yang buruk itu.
Berkata Sheikh Soleh Abdullah Fauzan seterusnya; dalam tujuh ayat di dalam Qur’an ini (7:54, 12:3, 13:2, 20:5, 25:59, 32:4, 57:4) lafaz istawa’ datang dalam bentuk dan lafaz yang sama. Maka hal ini menyatakan bahawa yang dimaksudkan adalah maknanya yang hakiki yang tidak menerima ta’wil, iaitu ketinggian dan keluhuran-Nya di atas ‘arsy.
‘Arsy menurut bahasa Arab adalah singgahsana untuk raja. Sedangkan yang dimaksudkan dengan ‘Arsy di sini adalah singgahsana yang mempunyai beberapa kaki yang dipikul oleh malaikat, ia merupakan atap bagi semua makhluk (rujuk al-Mu’min ayat 7 dan al-Haqqah ayat 17). Sedangkan bersemayamnya Allah di atasnya (‘arsy) adalah yang sesuai dengan keagungan-Nya. Kita tidak mengetahui kaifiyah (cara-nya), sebagaimana kaifiyah sifat-sifat-Nya yang lain. Akan tetapi kita hanya menetapkannya sesuai dengan apa yang kita fahami dari maknanya dalam bahasa Arab, sebagaimana sifat-sifat lainnya, kerana memang al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab.
Manakala yang berikut pula adalah dalil-dalil yang mengukuhkan lagi kenyataan yang Allah itu di langit.
Pusat Pemerintahan Allah juga di Langit (Mentadbir Dari Langit).
أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
“Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahan-Nya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu Dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?” (al-Mulk: 16)
يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ
“Allah mentadbirkan segala urusan dari langit ke bumi; Kemudian urusan itu naik kepada-Nya...” (as-Sajdah: 5)
Manakala berikut, menunjukkan naik-nya amalan.
Amalan-amalan yang baik itu akan naik kepada Allah. Apabila istilah naik digunakan, bermakna kedudukannya mestilah menghala ke atas. Ke atas adalah dimaksudkan menuju ke tempat yang tinggi, iaitu langit.
مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ
“Kepada Allah-lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya).” (al-Fatheer: 10)
Manakala berikut, dalil menunjukkan bahawa Jibril itu naik menghadap Tuhanya-Nya
تَعْرُجُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ
“Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Rabb.” (al-Ma’arij: 4)
Begitu juga dalil yang berikut ini, iaitu di mana Fir’aun memperolok-olokkan kenyataan nabi Musa a.s.:
وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا هَامَانُ ابْنِ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَبْلُغُ الأسْبَابَ, أَسْبَابَ السَّمَاوَاتِ فَأَطَّلِعَ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلا فِي تَبَابٍ
“Dan Firaun pula berkata: "Hai Haman! binalah untukku sebuah bangunan Yang tinggi, semoga Aku sampai ke jalan-jalan (yang Aku hendak menujunya) "(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya Aku dapat melihat Tuhan Musa; dan Sesungguhnya Aku percaya Musa itu seorang pendusta!" Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya Yang buruk itu untuk dipandang baik, serta ia dihalangi dari jalan Yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke Dalam kerugian dan kebinasaan. (al-Mu’min: 36-37)
Maka, barangsiapa mengatakan Allah itu tidak di langit atau memepermainkan (mendustakan) pernyataan yang menunjukkan Allah itu di langit, maka dia menyerupai Fir’aun yang mempermainkan kata-kata Musa a.s..
Allah Mengangkat (Menunjukkan Naik Ke Atas) Isa Ke Sisi-Nya
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
"(ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu…" (Ali Imran: 55)
بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
“Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (an-Nisa’: 158)
Kedudukan Allah Yang Di Atas.
يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)." (an-Nahl: 50)
Perihal Penurunan al-Qur’an (Dari Langit).
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٩٢)نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأمِينُ (١٩٣)عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (١٩٤)بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ)
“Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. ia dibawa turun oleh malaikat Jibril Yang amanah. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (ia diturunkan) Dengan bahasa Arab Yang fasih serta terang nyata. (as-Syu’ara: 192-195).
تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ
“Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (az-Zumar: 1).
Berita-Berita Langit.
وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا (٨)وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا
“Dan Bahawa Sesungguhnya Kami telah berusaha mencari berita langit, lalu Kami dapati langit itu penuh Dengan pengawal-pengawal Yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api Yang menyala. Padahal Sesungguhnya Kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya – para malaikat); maka sekarang sesiapa Yang cuba Mendengar, akan mendapati api Yang menyala Yang menunggu merejamnya.” (al-Jin: 8-9).
Dan sekian banyak lagi dalil-dalil al-Qur’an yang jelas menunjukkan Allah itu di langit di ‘arsy-Nya. Begitu juga dengan perihal kisah nabi isra’ dan mikraj, di mana nabi menuju ke langit.
Dalil daripada atsar (sahabat Rasulullah s.a.w.).
Umar al-Khathab menyatakan bahawa:
“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).” (al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)
Riwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);
“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191).
Hujah Para imam Ahlus Sunnah wa-al-Jama’ah (dan para Tabi’ Tabi’ien):
Telah berkata Imam abu Hanifah:
“Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir.”
Telah berkata Imam Malik Bin Annas:
“Allah berada di langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat dan tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya.”
Telah berkata imam as-syafi’e:
“Dan Allah di atas ‘arsy-Nya di atas langit-Nya.”
Telah berkata Imam Ahmad:
“Benar! Allah di atas ‘arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan-Nya.”
Telah berkata imam at-Tirmidzi:
“Telah berkata ahli ilmu: Dan Ia (Allah) di atas ‘arsy sebagaimana Ia telah menetapkan diri-Nya.”
(Rujukan daripada Kitab al-‘Uluw, oleh Imam az-Zhahabi)
Telah berkata imam Ibnu Khuzaimah:
“Barangsiapa yang tidak menetapkan sesungguhnya Allah di atas ‘arsy-Nya Ia istiwa’ di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhan-Nya (setelah hujah ditegakkan)... (Sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya Ma’rifah ‘ulumil-Hadits, halaman 84)
Telah berkata Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:
“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.” (Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)
Berikut pula saya membawakan kata-kata ibnu Katheer di dalam tafseernya, yang mana mentafsirkan ayat “summas tawa ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ)” sebagai di bawah (petikan di bawah).
Berikut kita lihat kata-kata Al-Hafidz Ibnu Katsir Rahimahullah:
“Adapun firman-Nya:
“Kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsy. (al-a’raaf: 54)
Orang-orang mempunyai berbagai pendapat dalam permasalahan ini dan sekarang bukanlah tempatnya untuk membahasnya secara luas, namun dalam perkara ini, kita menempuh mazhab para salafus-Soleh seperti imam Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, as-Syafi’e, Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahawaih dan lain-lain dari kalangan para imam kaum muslimin, baik yang dahulu mahupun yang sekarang, iaitu membiarkan sebagaimana datangnya tanpa takyif, tasybih dan ta’thil. Apa yang terbersit (tergambar) di dalam benak fikiran orang-orang Musyabbih (yang menyamakan sifat Allah dengan makhluk-Nya) tidak terdapat pada Dzat allah s.w.t., sebab Allah sedikitpun tidak sama dengan makhluk-Nya. Allah berfirman (maksudnya):
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang maha mendengar lagi Maha melihat.” (as-Syuura: 11)
Bahkan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang imam yang bernama Nu’aim bin Hammad al-Khuza’i, guru kepada imam al-Bukhari: “Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka dia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa yang telah disifatkan Allah terhadap Dzat-Nya, maka ia telah kafir. Apa yang Allah sebutkan tentang sifat-sifat-Nya dan yang Rasulullah s.a.w. sebutkan tentang sifat-sifat Allah tidak merupakan tasybih (penyerupaan Allah dengan Makhluk). Barangsiapa yang menetapkan untuk allah apa yang dengan jelas telah tercantum dalam ayat dan hadith-hadith sahih yang sesuai engan kemulian Allah serta menafikan dari Dzat Allah semua sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan petunjuk.” (Tafseer al-‘Azim, Ibnu Kather)
Jelaslah bahawa, hakikat-nya para imam itu sendiri seperti ibnu Katheer, as-Syafi’e, imam Ahmad bin Hanbal, imam Malik, dan lain-lain adalah bersama para salaf dalam menyatakan bahawa Allah itu bersemayam di ‘arsy selaras dengan keagungan-Nya tanpa ta’wil dan ta’til.
هَؤُلاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ آلِهَةً لَوْلا يَأْتُونَ عَلَيْهِمْ بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
“maka tidak ada Yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.” (al-Kahfi: 15)
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Dikumpulkan & Disusun oleh:
Nawawi – http://an-nawawi.blogspot.com
Rujukan:
1. itab al-Ibaanah al-usul ad-Diyanah, Imam Abu Hasan al-Asy’ary.
2. Kitab ‘Aqidah Shahih Penyebab Selamatnya Seorang Muslim, al-Hafizd Abu Bakar al-Humaidi, Pustaka Imam as-Syafi’e, Indonesia.
3. al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, imam Abu Jaafar at-Thahawi.
4. al-‘Uluw, al-imam az-Zhahabi.
5. Fatwa Hamawiyyah Kubra, Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
6. Tafseer Ibnu Katheer, e-Book Terbitan Darussalam (english version).
7. at-Tauhid Lish-Shafil Awwal al-'Ally, Sheikh Dr. Soleh Fauzan Bin Fauzan Bin Abdullah al-Fauzan.
Jangan Kafirkan Orang Lain
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Saya dgn izin Allah dapat menghadiri satu kuliah Maghrin di suatu tempat dan tajuk kuliah itu adalah "sifat wujud zat Allah'. Orang yg bergelar ustaz yg memberi kuliah itu ada mengatakan sesiapa yg berkata Allah berada di atas (Arsy?) itu kafir (Beliau mengkias kata2 dari ustaz lain).
Bagi saya ini sepatutnya tidak berlaku. Allah SWT berfirman perkara yg sama di dalam 7 surah yg berlainan di dalam Al-Quran ...
ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ
Ertinya: "Ia (Allah) bersemayam di atas Arasy". Saya cadangkan janganlah kita menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas untuk mempersoalkan keberadaan Allah sehingga sanggup mengatakan sesiapa yg mengatakan Allah berada di atas Arasy itu kafir sebab memerlukan tempat. اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ. والله أعلمُ بالـصـوابFriday, 17 July 2026
Bayar Upah Kepada Yang Solat Jenazah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Mengapa ambil upah untuk solat jenazah???
Solat jenazah itu sendiri tidak boleh dikenakan bayaran upah kerana ia adalah ibadah fardu kifayah yang wajib dilakukan secara ikhlas. Memang terdapat segelintir dari masyarakat yg mengamalkannya, ini per;u dihentikan. Solat jenazah perlu dilakukan dgn ikhlas. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn. والله أعلمُ بالـصـوابThursday, 18 June 2026
Tiada Aalasan Untuk Tidak Solat
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Daripada ‘Imran bin Husin RA yang mana beliau berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda:
"Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung."
Sahih Bukhari, hadis no. 1117 [1].
Mungkin video ini mampu memberi kesedaran kpd kita semua. Kredit kpd. original content creator.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of Abridged Prayers, hadis no. 1117, ms. 136. Darussalam Publishers and Distributors.
Monday, 8 June 2026
Ikut Sahaja Telunjuk Si Kafir
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Apabila Muslim sendiri menyokong si kafir dalam menghalang usaha kebaikan untuk Islam, maka ketahuilah ia adalah satu kehinaan buat Muslim. Allah menempelak kaum munafiq yang mencari kemuliaan di sisi orang kafir sedangkan kemuliaan itu adalah milik Allah. Firman Allah:
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
Ertinya: “orang (munafiq) itu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat mereka dan meninggalkan orang yang beriman. Apakah mereka (orang-orang munafik itu) mencari kemuliaan dari orang kafir itu, kerana sesungguhnya kemuliaan itu adalah milik Allah.” (al-Nisa: 139)
Ketika pembukaan Kota Qubrus (Cyprus), Saidina Abu Darda didapati menangis setelah kaum Muslim memperoleh kuasa. Melihatkan keadaan ini Jubayr ibn Nufayr menegur Abu Darda. Kata beliau: Apa yang membuatkan engkau menangis pada hari Allah memuliakan kita (dengan memberi kemenangan buat Islam)? Berang mendengar perkataan tersebut, Abu Darda menjawab:
وَيْحَكَ مَا أَهْوَنَ الْخَلْقَ عَلَى اللَّهِ إِذَا تَرَكُوا أَمْرَهُ ! بَيْنَمَا هِيَ أُمَّةٌ قَاهِرَةٌ ظَاهِرَةٌ عَلَى النَّاسِ لَهُمُ الْمُلْكُ إِذْ تَرَكُوا أَمْرَ اللَّهِ فَصَارُوا إِلَى مَا تَرَى .
Ertinya: “Celakalah engkau (wahai Zubayr). Tidak ada makhluk yg paling hina di sisi Allah apabila mereka meninggalkan perintah Allah. Umat ini sedang memiliki kekuatan, namun apabila mereka meninggalkan urusan Allah maka engkau akan menyaksikan apa yang akan berlaku. (Abu Nuaim, Hilya al-Auliya).
Pendirian Abu Darda di sini amat jelas. Kemenangan menguasai kerajaan bukanlah matlamat terakhir perjuangan mereka. Malah yang lebih utama adalah memartabatkan Islam di dunia ini. Malah Abu Darda menegaskan bahawa:
وَيْحَكَ مَا أَهْوَنَ الْخَلْقَ عَلَى اللَّهِ إِذَا تَرَكُوا أَمْرَهُ
Ertinya: “tidak ada makhluk yang paling hina apabila mereka meninggalkan perintah Allah.”
Dengan sebab itu Saidina Umar menegaskan bahawa kita hanya akan dikurniakan kemuliaan (izzah) dengan Islam. Tegas Umar:
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة من دونه أذلنا الله
Ertinya: “Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bilamana kita mencari kemuliaan selain dari Islam, maka Allah akan menghina kedudukan kita.
Andai sekiranya ada satu usaha yang selari dengan kehendak Islam, maka ahli politik Islam wajib membantu Islam. Sekiranya usaha kebaikan tersebut dihalang oleh kafir, maka si Muslim wajib membantu Islam. Apabila mereka takut kepada kafir, saksikanlah bahawa ia adalah satu kehinaan.
Semoga Allah membimbing kita.
والله أعلمُ بالـصـواب
Cetusan dari:
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Monday, 4 May 2026
Sistem Baru Pemilihan Jemaah Haji
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tahniah saya ucapkan kpd Tabunh Haji kerana telah memperkenalkan satu sistem tawaran menunaikan haji yg realistik lagi praktikal. Ini dapat memastikan hanya yg mengambil serius / bersungguh-sungguh utk mengerjakan haji akan terpilih.
Tabung Haji (TH) bakal memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik untuk menggantikan sistem lama. Kalau dulu sistemnya "Siapa Cepat, Dia Dapat", sekarang ia bertukar kepada "Siapa Sedia, Dia Berangkat".
Sekarang, pendaftaran awal bukan lagi jaminan mutlak. TH akan beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar sedia dari segi Istito’ah (Kemampuan).
Ada 3 kriteria utama yang TH lihat sekarang:
✅ Simpanan Mencukupi: Simpanan minimum RM15,000 dalam akaun menjadi faktor penentu.
✅ Tahap Kesihatan: Hanya jemaah yang benar-benar sihat dan "fit" akan diprioritaskan.
✅ Kesiagaan: Walaupun seseorang itu baru mendaftar, kalau cukup syarat kewangan dan kesihatan, peluang untuk berangkat tetap tinggi.
Kenapa sistem ini dibuat?
Sebab sebelum ini, banyak kes kuota haji tidak terisi kerana ramai jemaah terpaksa menolak tawaran pada saat akhir akibat masalah kewangan atau faktor kesihatan. Dengan sistem baru ini, TH mahu memastikan kuota haji negara sentiasa dipenuhi oleh mereka yang sudah "Ready to Go".
Sama-samalah kita menyokong sustem baru yg memberi manfaat kpd yg bersubngguh-sungguh mahu menegerjakan haji dgn memenuhi syarat2 seperti terus meningkat tabungan seperti yg diperlukan.

Badal Haji - Berhati-Hati Lah!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Sering kali bila tiba musim haji tentu banyak tawaran untuk badal haji. Kos yg murah lagi tidak masuk akal mungkin memerangkap orang ramai seperti berikut ...
Gambar Sebagai Hiasan
Tuan / puan,
Berhati-hati lah dengan perkara2 yg tidak masuk akal / scammer.
Pada 3 Mei 2025, Persatuan Mahasiswa Arab Saudi (Persada) Cawangan Madinah telah mengeluarkan satu notifikasi kenyataan rasmi yg penting lagi sangat berguna kpd sesiapa yg berhajat membuat badal haji. Isu kos badal haji yg murah itu adalah satu scam yg perlu dielakkan.Kos sebenar berdasarkan kenyataan rasmi itu untuk membuat badal haji bagi seseorang boleh mencecah SAR 8000 atau lebih kurang RM 9100. Jadi amat mustahil jika kos nya ditawarkan semurah RM 2100 seperti gambar hiasan di atas.
Ini adalah kenyataan rasmi dari PERSADA pada 3 Mei 2025 itu ...
Tuan / puan, berhati-hati lah dgn tawaran badal haji yg murah lagi tidak masuk akal supaya tidak kena scam nanti.
والله أعلمُ بالـصـواب
Thursday, 9 April 2026
Masjid Pusat Songkhla (Songkhla Central Mosque)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni. Satu masjid yg indah walaupun minimalis.
Monday, 16 March 2026
Siapa Itu Wahabi?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Sudah lama sangat saya mencari2 apa yg dimaksudkan dengan Wahabi ini. Sering saya mendengar tuduhan kpd orang2 tetentu, mengelarkan mereka itu Wahabi. Jadi apa sebenarnya Wahabi?
Walaupun sudah lama perkataan Wahabi berada di masyarakat dan jabatan agama memberi imej negetif kpd Wahabi ini, namum sampai sekarang jabatan agama masih gagal memberi penerangan secara bertulis maksud Wahabi ini. Mungkin ada senarai orang2 yg mereka gelar sebagai Wahabi dan itu sahaja nampaknya yg jabatan2 agama mampu lakukan.
Pengkajian (Researches) sekian lama mencari maksud Wahabi, apa yg Wahabi lakukan, apa yg Wahabi fahami dan apa yg Wahabi mahu sampaikan telah memberi saya satu pandangan yg neutral terhadap mereka (Yang digelar Wahabi oleh jabatan agama Islam).
Wahabi adalah ...
- Seseorang atau kumpulan yg berlapang dada menerima pandangan dari 4 mazhab utama dalam usul fiqh. Mazhab utama adalam Hanafi, Hanbali, Maliki & Syafie. Mereka ini akan mempraktikkan fiqh yg lebih kuat / praktikal setelah membandingkan fiqh dari empat2 mazhab tersebut.
Contohnya ...
- Membayar zakat menggunakan wang ringgit dan bukannya padi beras, harum manis atau kelapa sawit mahupun ternakan seperti lembu / kambing walaupun sumber pendapatan mereka adalah product tersebut. Membayar zakat menggantikan sumber makanan asas dengan wang ringgit adalah berdasarkan mazhab Hanafi, bukannya mazhab Syafie dan yg ;lainnya.
- Membayar cebgkeram (Deposit) untuk pembelian sesuatu barang contohnay untuk memebeli kereta baru adalah figh dari mazhab Hanbali. Ini yg banyak terjadi dalam pembelian barangan seperti motosikal dan kereta. Jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpandangan jual beli ini tidak sah. [1]
- Seseorang atau kumpulan yg mahu mempraktik sunnah Nabi SAW, mahu menginggalkan apa2 amalan yg tiada asal-usul atau rujukan atau dasar kpd Nabi SAW. Rujukan adalah dari Al-Quran, hadis2 Nabi SAW dari kitab2 seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, At-Tirmizi sebagainya yg berdasatrkan hadis yg berstatus sahih atau hasan. Mereka ini tidak memparktikkan hadis dhaif dan mauduk. Sila baca tentang kategori hadis melaui pautan di sini. Contohnya cara berzikir setelah solat fardhu. ...
- Sunnahnya adalah mengikut sahih muslim seperti di sini, sila klik link ini.
- Individu atau kumpulan yg digelar wahabi tidak akan menambah bacaan Al-Fatihah dan bertahlil beramai2 sebelum berdoa. Membaca Al-Fatihah atau bertahlil selespas solat fardhu sebelum berdoa ini tidak sabit atau tidak ada asas (Bukan sunnah). Membaca Al-Fatihah atau bertahlil sudah tentu boleh dilakukan setelah selesai solat fardhu (Selepas berdoa dan bersurai). Apa yg nak ditekanlan di sini adalah tempatnya itu tidak sunnah. Juga, puak yg digelar wahabi tidak amalkan apa2 yg tiada asas dari Nabi SAW seperti tahlilan kematian, membaca surah Yaseen 3 kali serta doa tertentu semasa malam nifsu Syaaban, puasa sunat bulan Rejab dan berbagai lagi yg diparktik di kalangan masyarakat Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)









