
Monday, 4 May 2026
Sistem Baru Pemilihan Jemaah Haji
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Tahniah saya ucapkan kpd Tabunh Haji kerana telah memperkenalkan satu sistem tawaran menunaikan haji yg realistik lagi praktikal. Ini dapat memastikan hanya yg mengambil serius / bersungguh-sungguh utk mengerjakan haji akan terpilih.
Tabung Haji (TH) bakal memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik untuk menggantikan sistem lama. Kalau dulu sistemnya "Siapa Cepat, Dia Dapat", sekarang ia bertukar kepada "Siapa Sedia, Dia Berangkat".
Sekarang, pendaftaran awal bukan lagi jaminan mutlak. TH akan beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar sedia dari segi Istito’ah (Kemampuan).
Ada 3 kriteria utama yang TH lihat sekarang:
✅ Simpanan Mencukupi: Simpanan minimum RM15,000 dalam akaun menjadi faktor penentu.
✅ Tahap Kesihatan: Hanya jemaah yang benar-benar sihat dan "fit" akan diprioritaskan.
✅ Kesiagaan: Walaupun seseorang itu baru mendaftar, kalau cukup syarat kewangan dan kesihatan, peluang untuk berangkat tetap tinggi.
Kenapa sistem ini dibuat?
Sebab sebelum ini, banyak kes kuota haji tidak terisi kerana ramai jemaah terpaksa menolak tawaran pada saat akhir akibat masalah kewangan atau faktor kesihatan. Dengan sistem baru ini, TH mahu memastikan kuota haji negara sentiasa dipenuhi oleh mereka yang sudah "Ready to Go".
Sama-samalah kita menyokong sustem baru yg memberi manfaat kpd yg bersubngguh-sungguh mahu menegerjakan haji dgn memenuhi syarat2 seperti terus meningkat tabungan seperti yg diperlukan.

Badal Haji - Berhati-Hati Lah!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Sering kali bila tiba musim haji tentu banyak tawaran untuk badal haji. Kos yg murah lagi tidak masuk akal mungkin memerangkap orang ramai seperti berikut ...
Gambar Sebagai Hiasan
Tuan / puan,
Berhati-hati lah dengan perkara2 yg tidak masuk akal / scammer.
Pada 3 Mei 2025, Persatuan Mahasiswa Arab Saudi (Persada) Cawangan Madinah telah mengeluarkan satu notifikasi kenyataan rasmi yg penting lagi sangat berguna kpd sesiapa yg berhajat membuat badal haji. Isu kos badal haji yg murah itu adalah satu scam yg perlu dielakkan.Kos sebenar berdasarkan kenyataan rasmi itu untuk membuat badal haji bagi seseorang boleh mencecah SAR 8000 atau lebih kurang RM 9100. Jadi amat mustahil jika kos nya ditawarkan semurah RM 2100 seperti gambar hiasan di atas.
Ini adalah kenyataan rasmi dari PERSADA pada 3 Mei 2025 itu ...
Tuan / puan, berhati-hati lah dgn tawaran badal haji yg murah lagi tidak masuk akal supaya tidak kena scam nanti.
والله أعلمُ بالـصـواب
Subscribe to:
Posts (Atom)

