Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Ramadan Berlalu Pergi: Apa Yang Kita Tinggalkan? Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan, dan pembebasan daripada api neraka. Ia datang sebagai tetamu yang mulia, memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, mensucikan hati, dan memperbaiki amalan. Namun, seperti tetamu, Ramadan juga akan pergi meninggalkan kita dengan satu persoalan besariaitu ...
Apakah kita benar2 telah memanfaatkan Ramadan ini?
- Adakah puasa kita meninggalkan bekas / kesan?
- Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:
“Wahai orang2 yg beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” - Oleh itu matlamat utama puasa adalah TAQWA. Jika selepas Ramadan kita kembali kpd dosa lama, lalai dalam solat, dan kurang menjaga akhlak, maka kita perlu bertanya pada diri sendiri: adakah Ramadan benar2 membentuk kita?
- Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 183:
- Amal Ibadah yg Berterusan.
- Diriwayatkan oleh Aishah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
“Amalan yg paling dicintai oleh Allah adalah yg berterusan, walaupun sedikit.”
Sahih Bukhari, hadis no. 6465. [1]
Perkara yg sama diriwayatkan melalui Alqamah yg diberitahu oleh Aishah RA.
Sahih Muslim, hadis no. 783. [2]
Ramadan mengajar kita untuk bangun malam, membaca Al-Quran, bersedekah, dan berdoa. Jangan biarkan amalan-amalan ini berhenti sebaik sahaja Ramadan berlalu. Jadikan ia sebahagian daripada rutin kehidupan.
- Diriwayatkan oleh Aishah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
- Istiqamah Selepas Ramadan.
- Ramadan adalah madrasah untuk melatih jiwa dan mendidik hati. Namun, kejayaan Ramadan bukan diukur pada ibadah yg kita lakukan dalam bulan ini sahaja, tetapi pada sejauh mana kita dapat mengekalkan perubahan selepas ia berlalu.
- Para ulama mengatakan ...
“Tanda diterimanya amal seseorang dalam Ramadan ialah apabila dia menjadi lebih baik selepas Ramadan.”
Jika kita berusaha untuk tetap menjaga solat berjemaah, membaca Al-Quran, dan menjauhi maksiat, itu tanda bahawa kita benar-benar mendapat manfaat daripada Ramadan. -
Ramadan akan pergi, tetapi Allah tetap ada. Syawal menjelang, tetapi taqwa perlu terus dipertahankan. Maka, tanyakan pada diri kita:
- Adakah dosa-dosa kita telah diampunkan?
- Adakah hati kita semakin dekat dengan Allah?
- Adakah Ramadan ini menjadi titik perubahan dalam hidup kita?
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan memberi kekuatan untuk terus beristiqamah selepas Ramadan. Jangan biarkan Ramadan hanya menjadi kenangan, tetapi jadikan ia titik perubahan dalam hidup kita.
“Allahumma taqabbal minna innaka Antas-Sami’ul ‘Alim, wa tub ‘alayna innaka Antat-Tawwabur-Rahim.” (YYa Allah, terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang).
Aamiin, ya Rabbal ‘alamin. Smoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam redha Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 8, The Book of Ar-Raqaq (Softening of the Hearts), Hadis no. 6465, ms. 258. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, Book ofThe Travellers, Hadis no. 783, ms. 304. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment