Page List

Saturday, 3 February 2024

Doa Selepas Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sebelum menunaikan solat, umat Islam wajib berwuduk untuk membersihkan anggota daripada hadas kecil. Selepas mengambil wuduk yg sempurna kita disunnahkan untuk berdoa yg amat besar kebaikannya seperti hadis di bawah ini.

"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa:

“أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ”


kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu".
Sahih Muslim. Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234.

Berikut adalah petikan penuh dari Sahih Muslim Hadis #234 di atas:

Diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir: "Kami ditugaskan untuk menjaga unta. Apabila tiba giliran saya, saya membawa mereka (Unta) kembali pada waktu petang dan mendapati Rasulullah SAW sedang berdiri berhadapan sekumpulan ramai. Aku menyertai kumpulan itu ketika Rasulullah SAW berkata: 'Tidak ada seorang muslim pun yang berwudhu dengan baik, kemudian berdiri menghadap kiblat lalu solat dua rakaat dengan fokus (Kusyuk), melainkan syurga baginya'. Saya ('Uqbah) berkata: 'Ini adalah baik'. Lalu seseorang yang berada di hadapan saya berkata: 'Apa yang disebut sebelum ia adalah lebih baik'. Saya melihat beliau adalah 'Umar. Dia berkata: 'Saya tahu kamu baru datang; dia berkata: "Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudhu dan melakukannya sepenuhnya kemudian berkata: 'Ash-hadu An lâ lâha illallâh, Wa Anna Muhammadan 'Abduhu Wa wasuiluh (Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya),' melainkan lapan pintu syurga akan dibukakan kepadanya, dan dia akan masuk melalui mana-mana yang pintu dia kehendaki".

Nota: Teks asal hadis #234 ini adalah dalan English dan saya telah terjemahkanke dalam Bahasa Melayu. Diharap mudah untuk difahami.

Marilah kita bersama2 amalkan hadis ini semoga mendapat manfaat kelak. Aaminn.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment