Page List

Saturday, 1 April 2023

Solat Sunat Tasbih

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Di bawah ini adalah ulasan dari JAKIM (2013) tentang solat tasbih.

Mengenai solat ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi’iyah bahawa solat tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadis2 yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup. Walaupun hadis2 tersebut tidak kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai’l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.

Solat sunat Tasbih ini boleh dilakukan pada siang atau malam hari. Jika di lakukan di malam hari diasingkan empat rakaat dgn 2 salam dan jika di siang hari diteruskan terus 4 rakaat dgn 1 salam.

Bacaan tasbih:

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪْ ﻭَﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮْ

Cara2 untuk melakukan solat tasbih.

No. Langkah-Langkah (Steps) Bilangan Bacaan Tasbih Catatan
1
Lafaz niat:

Waktu siang: "Sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala.”

Waktu malam: Sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala."
Tiada bacaan tasbih Jika waktu siang, solat adalah 4 rakaat dgn 1 salam.

Segalan rukun solat hendaklah dipatuhi.
2
Berdiri betul 15 Tasbih dibaca selepas Al-Fatihah dan surah (Toada surah khusus di sini).
3
Rukuk 10 Tasbih dibaca selepas bacaan rukuk
سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
4
I’tidal 10 Tasbih dibaca selepas bacaan I'tidal
... سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
5
Sujud 10 Tasbih dibaca selepas bacaan sujud:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
6
Duduk antara 2 sujud 10 Tasbih dibaca selepas bacaan antara 2 sujud:
... رب اغفر لي
7
Sujud kedua 10 Tasbih dibaca selepas bacaan sujud
8
Duduk istirehat / tasyahhud 10 Tasbih dibaca semasa dudku istirehat dan sebelum bangun atau duduk tasyahhud (Tasbih dibaca selepas habis membaca ... اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَ)
-
Jumalh bacaan tasbih 75 Jumlah untuk setiap rakaat.

Kesimpulannya jumlah bacaan tasbih bagi setiap rakaat adalah 75.

Oleh kerana jumlah rakaat adalah 4, jadi jumlah keseluruhan bacaan tasbih adalah

4 rakaat X 75 = 300.



Peringatan:

  • Jika terlupa membaca tasbih pada salah satu tempatnya, bolehlah digantikan pada tempat berikutnya supaya tetap mencukupi bilangan tasbihnya sebanyak 300 kali.
  • Ketika duduk tahiyyat bacalah bacaan tahiyyat terlebih dahulu kemudian barulah baca tasbih.

Selepas memberi salam hendaklah berdoa kepada Allah SWT.

Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment