السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Ingatlah wahai kita semua yg kita ada perjanjian dgn pencipta kita iaitu Allah SWT. Kita bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan yg disembah dan akan patuh kpd segala perintah-Nya. Patuh kpd utusan-Nya iaitu Nabi kita Muhammad SAW. Janganlah kita cuba untuk menggugat perjanjian ini.
PERJANJIAN
Perjanjian ini jelas telah direkodkan di dalam Surah al-A‘raf ayat 172 seperti di bawah.
Ertinya:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat
anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia
jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan
firman-Nya): "Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: "Benar
(Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”
TUJUAN PENCIPTAAN
Sekarang apa pula tujuan kita diwujudkan di dunia ini oleh Allah SWT. Tujuan kewujudan manusia adalah diterangkan di dalam surah Az-Zariyat ayat 56 seperti di bawah.
Ertinya:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku"
Tujuan penciptaan adalah hanya untuk beribadah kpd Allah SWT. Ibadah adalah janji antara hamba dan Pencipta mereka. Ianya adalah suatu Perjanjian yg telah berlaku semenjak azali lagi dan tiada seorang pun anak2 Adam yang terlepas melainkan dirinya mesti menyembah Allah dan beribadah kepada-Nya.
Ibadah ini bukan hanya tidak syirik, solat, puasa dan sedekah. Ianya merangkumi skop yg lebih luas seperti menjauhi dari urusan riba, menegakkan undang2 syariah, berdakwah, dan mempertahankan agama dan utussn-Nya (Contoh Nabi Muhammad SAW) daripada dihina / dicerca sebagainya.
JIKA PATUH PADA PERJANJIAN & TUJUAN PENCIPTAAN
Jika patuh kita akan berjaya di dunia & akhirat seperti diterangkan di dalam Surah
Al-Hajj ayat 77 seperti di bawah.
Ertinya:
"“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
JIKA TIDAK PATUH PADA PERJANJIAN
Akibatnya amatlah pedih / dahsyat seperti firman2 Allah di bawah.
Dari Surah Ibrahim ayat 7:
Ertinya:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur pasti Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar maka sesungguhnya azab-Ku sangat keras / pedih.”
Juga dari Surah Al-Hajj ayat 22.
Ertinya:
“Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: “Rasalah kamu azab seksa yang membakar!”
KESIMPULAN
Kita wajib ingat & mengingatkan tentang perjanjian antara kita dan Allah sebelum kewujudan kita di dunia ini. Kita juga wajib patuh kpd tujuan penciptaan kita iaitu untuk beribadah kpd Allah SWT. Jika kita patuh dgn perjanjian dan tujuan penciptaan maka nikmatnya amatlah jela, sama juga jika ingkar ... akibatnya juga amat jelas iaitu azab yg keras lagi pedih dari Allah.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment