Page List

Tuesday, 6 February 2024

Solat Sunat Rawatib Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Diharap anda telah membaca tentang solat sunat qabliyah & ba'diyah di post sebelum, jika belum sila kilk di sini.

SOLAT SUNAT QABLIYAH JUMAAT

Dalam banyak pembacaann, mendengar & kaji selidik dari sumber2 yg dipercayai mempunyai 'weight' atau kredibeliti contohnya penerangan dari pejabat2 mufti negeri, kitab / buku, bacaan ilmiah, buku tentang solat dll, telah menjurus utk berpendapat bahawa tidak disunatkan untuk solat qabliyah Juaamt, walaupun terdapat khilaf antara ulama & ilmuan.

Kesimpulan yg dibuat adalah solat selepas azan pertama pada waktu solat fardhu Jumaat itu hanyalah solat sunat mutlak dan bukan solat qabliyah.

Untuk memahami bagaimana keputusam ini dicapai, eloklah kita fahami terlebih dahulu turutan proses solat fardhu Jumaat di zaman Rasullullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA.

Di bawah ini adalah sumber2 yg dirujuk & digunakan utk memahami turutan proses serta syarat-syaratnya.

Pada zaman Rasulullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA, azan pertama hanya akan dilaungkan selepas memenuhi 2 syarat berikut:
  1. Telah masuk waktu (Tergelincir matahari).
  2. Imam (Contohnya Rasulullah SAW) telah naik ke atas mimbar & memberi salam.
Di bawah ini adalah hadis2 yg diambil dari sumber2 yg kredibel untuk menyokong syarat2 melaungkan azan pertama itu.
  • Diriwayatkan oleh Az-Zuhri: Saya mendengar As-Sä'ib bin YazId mengatakan "Pada masa hidup Rasulullah SAW, Abu Bakar dan 'Umar Radi-Allahu anhu untuk solat Jumaat azan biasa dimulakan / dilaungkan selepas Imam duduk di atas mimbar".
    Sahih Bukhari Hadis #916 [1]
  • Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan: "Saya menyukai apabila adzan pada hari Jumaat dikumandangkan ketika imam telah memasuki masjid dan duduk pada tempat khutbah dengan posisi agak tinggi seperti kayu atau pelapa kurma, mimbar, lantai atau yang lain. Kemudian muadzin mengumandangkan adzan. Apabila telah selesai, imam berdiri lalu menyampaikan khutbahnya, tidak lebih dari itu".
    Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268-269 [2]
  • Imam Syafi’i juga berkata: “Para sahabat yang berada di zaman Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu apabila tiba hari Jumaat, mereka akan mengejakan shalat sehingga Umar bin Khathab keluar. Tatkala Umar telah datang dan duduk di atas mimbar, muadzin kemudian mengumandangkan adzan".
    Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273 [3]
  • Juga diperjelaskan lagi di dalam kitab Fathul Baari: Ibnu khuzaimah dalam riwayat Waki' dari Abu Dzi'b menyebutkan, azan yang dilakukan poda masa Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar adalah dua adzan (dua kali) pada hari Jumaat. Ibnu Khuzaimah mengatakan bahwa maksud "dua adzan" adalah adzan dan qamat.
    Fathul Baari, Jilid 5, ms. 109 [4]
  • Tambahan, juga di dlalam Fathul Baari mengatakan bahawa Rasulullah SAW keluar -untuk melaksanakan shalat Jumaat - apabila matahari telah condong ke barat (Tergelincir), kemudian beliau berkhutbah dan melaksanakan shalat Jumaat.
    Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210. [5]
  • Ini juga selari dengan penjelasan dari Imam Syafi’i yg mengatakan bahawa azan Jumaat tidak dikumandangkan sebelum matahari tergelincir.
    Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 268. [6]
  • Perkara ini diterangkan lebih mendalam di dalam Kitab Al Umm bahawa “Rasul SAW berdiri dengan tegak pada tingkat kedua setelah tingkat yang digunakan untuk istirahat (duduk), kemudian beliau memberi salam dan duduk. Apabila muadzin telah selesai mengumandangkan adzan, beliau kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama. Kemudian beliau duduk, lalu berdiri dan membaca khutbah kedua. Perkataan ini sejalan dengan nmakna hadits.”
    Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 278. [7]

Melalui hadis2 diatas bolehlah diringkas bahawa turutan proses / tertib untuk solat Jumaat di zaman Rasulallah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA adalah seperti berikut:
  1. Masuk waktu solat Jumaat (Matahari tergelincir).
  2. Rasullah SAW masuk ke dalam masjid.
  3. Rasullah SAW naik ke atas mimbar, memberi salam & duduk.
  4. Muazin melaungkan azan. (Juga dipanggil azan pertama).
  5. Rasiulallah SAW kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama.
  6. Kemudian Rasulallah SAW duduk, lalu berdiri kembali dan membaca khutbah kedua hingga habis.
  7. Muazin melaungkan iqamat. (Juga dipanggil azan kedua).
  8. Solat fardhu Jumaat dimulakan.

Di antara 8 proses / tertib di atas, tidak wujud sebarang dalil / rekod / riwayat yg menerangkan bahawa Rasulullah SAW atau para sahabatnya radhiallahu 'anhum melaksanakan solat sunat qabliyah Jumaat.

Bahkan 8 proses di atas berlaku secra berturutan sehingga menolak wujudnya sebarang kemungkinan untuk melakukan solat sunat qabliyah Jumaat.

Ini disokong dgn kesimpulan yg dipetik dari kitab Fathul Baari yg jelas menyatakan bahawa "tidak ada alasan bagi pendapat yang mengatakan disunahkannya melaksanakan shalat sunah sebelum solat Jumaat, tetapi solat tersebut adalah solat sunah secara mutlak.
Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210. [8]

Mungkin Ada Kekeliruan?

Mungkin timbul kekeliruan di sini ... tentang jumlah azan pada solat Jumaat. Dinyatakan dari Sahih Bukhari, hadis #916: Pada zaman Rasulallah SAW, Saydina Abu Bakar & Umar RadiyaLlahu anhuma, jumlah azan hanyalah 2 iaitu:
  • Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
  • Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.

Tetapi bermula dari zaman Saydina Uthman RA, azan telah bertambah menjadi 3 seperti berikut:
  • Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
  • Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.
  • Azan ketiga: TAMBAHAN azan yg dilaungkan SEBELUM masuk waktu zohor.

Apakah tujuan azan ketiga itu?

Tambahan azan (Azan ketiga) dilaungkan sebelum masuk waktu zohor (Jumaat) dan bertujuan sebagai PERINGATAN AWAL (ALERT) disebabakan oleh jumlah umat Islam di ketika itu telah menjadi ramai. Azan itu dilaungkan di tempat ramai (Tidak semestionya berdekatan dgn masjid) seperti di pasar. Tujuannya adalah untuk orang ramai menyiapkan diri & bersegera ke masjid untuk fardhu Jumaat. Tiada rekod / hujah / riwayat yg menyatakan pada zaman Uthman RA atau Ali RA, umat Islam melaksanakan solat qabliyah Jumaat selepas azan ketiga itu.
Sahih Muslim, Vol. 2, Book 13, No. 35. [9]

Ini juga disokong oleh petikan dari Sahih Bukhari #912. Diriwayatkan oleh As-Sa'ib bin Yazid: "Semasa khalifah 'Uthman ketika orang Islam bertambah bilangannya, azan ketiga di Az-Zaurä telah ditambah. Abu 'Abdullah berkata Az-Zaura adalah tempat di pasar Al Madinah".
Sahih Bukhari. Vol. 2, ms. 36, #912. [10]

Mungkin ada yg mengatakan hadis dari Sahih Bukhari hadis #627 yg berbunyi "Di antara setiap 2 azan (Iaitu azan & iqamah) ada solat (Sunat) - Baginda mengulanginya hingga 3 kali - bagi yang menghendakinya". [11]

Fathul Baari menjelaskan bahawa sesungguhnya dalil (Hadis) ini bersifat keumumumam. Disyorkan bila ia bertemu dgn hadis2 yg khusus tentang ketiadaan solat sunat qabliyah Jumaat, maka eloklah kita ikuti hadis2 yg khusus itu.

Fokus juga harus diberi kpd maksud 'antara 2 azan' itu. Maksud 'antara 2 azan' adalah antara azan & iqamat seperti yg ditafsir oleh [Sahih Bukhari, Vol. 1, ms. 363, Hadis #624]. Ia tidak bermaksud antara 2 azan solat Jumaat (Azan ketiga & azan pertama) sebagaimana yang wujud sekarang ini. Seperti yg telah dijelaskan di sini, pada zaman Rasullah SAW hanya ada satu azan & satu iqamat sehingga pada zaman Sayidina Uthman RA di mana tambahan azan ketiga dilakukan sebelum masuk waktu dan yg hanya bertujuan untuk memberi 'PERINGATAN AWAL' untuk menyiapkan diri & bersegera ke masjid disebabakan umat Islam telah bertambah ramai.

Segala selidikan & pembacaan saya tidak menunjukkan adanya sebarang rekod / dalil / riwayat yg mensabitkan atau memungkinkan wujudnya solat sunat qabliyah Jumaat.


SOLAT SUNAT BA'DIYAH JUMAAT:

Untuk solat sunat ba'diyah Jumaat, para ulamak bersepakat mengatakan bahawa solat sunat selepas Jumaat adalah sunat dan termasuk rawatib ba’diyah. [12]

Di bawah ini disertakan hadis2 berkaitan.

Diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Umar: Rasulullah SAW pernah solat dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat selepasnya. Beliau juga pernah solat dua rakaat selepas solat Maghrib di rumahnya, dan dua rakaat selepas solat 'Isya'. Beliau tidak pernah solat sesudah solat Jumaat hingga beliau keluar (dari Masjid), kemudian beliau solat dua rakaat di rumah. [13]

Daripada Ibnu 'Umar radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan solat selepas Jumaat sebanyak dua rakaat di rumahnya. [14]

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang telah mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia solat selepasnya empat rakaat". [15]

Berdasarkan hadis2 di atas, solat sunat selepas Jumaat adalah sunnah dan boleh dilakukan 2 atau 4 rakaat.


KESIMPULAN:

Kesimpulan untuk solat sunat rawatib Jumaat adalah:
  • Tiada sunnah untuk sunat qabliyah. Jika mahu bolehlah lakukan solat sunat mutlak. (Selepas azan pertama).
  • Melakukan solat sunat ba'diyah: 4 rakaat (2 salam) atau hanya 2 rakaat. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut tentang solat sunat ba'diyah Jumaat.

Ringkasan adalah seperti di bawah:

Solat Fardhu Solat Qabliyah Solat Ba'diyah
Bilangan rakaat
Hukum
Bilangan rakaat
Hukum
Jumaat
Tiada
Tiada
4 / 2 rakaat
Muakkad


Penting:
Bila berlaku perbezaan penderian, kita eloklah menghormati penderian yg berbeza. Yang penting adalah kita bersama2 istiqamah mengerjakan solat sunat rawatib ini dan agar sentiasa dlm redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, Hadis #916, ms. 38. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268 - 269. Pustaka Azzam.
[3] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273. Pustaka Azzam.
[4] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 109. Pustaka Azzam.
[5] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[6] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268. Pustaka Azzam.
[7] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 278. Pustaka Azzam.
[8] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[9] Sahih Muslim. Vol. 2, Book 13, No. 35. Riwayat oleh As-Saib bin Yazid.
[10] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, #912, ms. 36. Darussalam Publishers and Distributors.
[11] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #627, ms. 364. Darussalam Publishers and Distributors.
[12] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Ftwa ke-67: Solat Qabliyah Dan Ba'diyah Jumaat.
[13] Sahih Muslim. Jilid 2, Buku 13, No. 59.
[14] Sunan Abu Daud. Kitab as-Solat, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, No: 1132.
[15] Sahih Muslim. Kitab al-Jum'ah, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, Hadis no: 881.


No comments:

Post a Comment