السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Salam Ramadhan Mubarak untuk semua.
Rasanya baru semalam kita mula berpuasa, dah tinggal 10 malam terakhir sahaja lag ... 10 malam terakhir ni nak buat apa kita semua?
Malam2 ini adalah peluang untuk kita tingkatkan amal ibadah, dalam misi mencari Lailatul Qadar.
Pada malam alQadr, malaikat dan Jibril turun dengan membawa rahmat dan ketenangan, menjadikannya satu malam yang penuh keberkatan sehingga terbit fajar. Ayuh kita sama2 berusaha meraih keistimewaan malam ini dengan memperbanyakkan amalan, bersedekah, dan membantu mereka yang memerlukan.
Kebanyakkan kita akan mlakukan qiamullail untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Semoga Allah SWT sentiasa meredhai kita semua dan kita berjaya menemukan Lailatul Qadar pada tahun ini.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment