Page List

Saturday, 15 April 2023

Zakat Fitrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.

Tidak lama lagi dlm 6 hari lagi insyaAllah kita akan menyambut 1 Syawal dan ini bermakna hanya tinggal 6 hari lagi untuk kita membayar zakat fitrah kpd amil yg dilantik oleh pihak berkuasa. Saya sarankan untuk kita semua membayar zakat fitrah ini secepat mungkin untuk mengelakkan segala kerumitan bila mahu membayar di saat2 akhir.


Hukum Zakat Fitrah

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap individu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Nota: Sumber rujukan dari Pusat Pungutan Zalat (PPZ), MAIWP.

Kadar bayaran zakat fitrah ini berbeza-beza mengikut negeri oleh itu sila layari portal bayaran zakat online setiap negeri seperti di bawah atau bertanya kpd amil di tempat anda tinggal.

Bayarlah zakat fitrah dgn segera. Jangan tunggu hingga di saat2 akhir Ramadhan untuk megelakkan sebarang kerumitan seperti sukar untuk mangakses portal bayaran online yg sesak.

Jika tidak dapat berjumpa dgn mana2 amil, kita boleh juga bayar secara online seperti melalui link pautan di bawah:


Selamat membayar zakat fitrah semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment