Monday, 29 December 2025
Ahli Kubur Pulang Ke Rumah Atau Ke Dunia?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Memang terdapat kitab2 yg tidak tahu asal usulnya, yg tidak disahkan menerangkan perkara karut khurafat ini. Terdapat juga yg bergelar ustad, guru sebagainya yg memberitahu khurafat ini. Maka terdapatlah di kalangan masyarakat yg mempercayai khurafat yg percaya bahawa ahli kubur akan pulang ke rumah atau dunia mungkin pada setiap malam Jumaat atau hari2 tertentu seperti malam 27 Ramadhan dan lain2.
Mempercayai ahli kubur pulang ke rumah untuk apa sebab sekalipun adalah satu kepercayaan yg bertentrangan dgn Al-Quran.
Allah SWT berfirman pada Surah Al-Mu'minuun ayat 99-100.
99: حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ٱرْجِعُونِ
"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -"
100: لَعَلِّىٓ أَعْمَلُ صَـٰلِحًۭا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّآ ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَا ۖ وَمِن وَرَآئِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)."
Tuan / puan,
Jelas sekarang bahawa Allah SWT langsung tidak membenarkan untuk roh di barzakh pulang ke dunia untuk melakukan sedekah atau amal soleh. Ini berdasarkan Al-Quran yg tiada keraguan di dalamnya.
Cuba bayangklan jika Allah tidak benarkan roh pulang ke dunia untuk melakukan amal soleh, masakan Allah membenarkan roh2 itu pulang untuk menziarahi keluarga mereka. Roh pulang ke dunia atau ke rumah adalah satu kepercayaan yg karut / khurafat yg perlu dihapuskan. Segala pemberitahuan / penyebaran perkara ini mesti dihentikan segera.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Friday, 19 December 2025
Apa Kita Katakan Pada Mayat Ini?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Pernahkah tuan2 / puan2 menghadiri serta melakukan solat jenazah kemudian habis solat jenazah, samada imam atau seseorang yg di dalam jemaah semasa solat jenazah tadi bertanyakan "Apa kita katakan pada jenazah / mayat ini?", lalu kita berkata "Baik".
Tuan2 / puan2 sekalian tiada salahnya jika menjawab "baik" jika kita ...
- Semasa hidupo jenazah, kita mengetahui yg dia adalah orang baik, soleh, banyak menolong, banyak menderma dan lain2.
- Kita mengatakan "baik" dengan rela / ikhlas hati iaitu tanpa disoal terlebih dahulu.
- Bukan terpaksa atau terdorong disebabkan orang sekeliling kita mengatakan "baik".
- Jangan jawab apa2 atau diam sahaja atau jawab "saya tidak tahu".
- Serahkan sahaja pada Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
