Page List

Friday, 7 March 2025

Ganjaran Solat Berjemaah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apakah ganjaran yg diperolehi jika kita solat berjemaah di masjid atau surau?

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Sahih Bukhari, no. 645. [1]

Maka dgn ini kaum muslimim amat digalakkan untuk solat berjemaah untuk memperolehi ganjaran ini.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Adhan, Hadis no. 645, ms. 372. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment