السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ramadhan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah SWT membuka seluasnya pintu ibadah dan memberikan keampunan buat dosa2 kita.
Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa berbanding malam-malam lain yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Tambahan pula, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan berdoa pada setiap malam Ramadhan terutama pada sepuluh malam terakhir.
Apakah doa spesifik yg diajar oleh Rasulullah SAW bila melalui malam Al-Qadar?
Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:
اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [1]
Marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini.
Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita dapat dilaksankan dengan sempurna di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini dan semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Aaminn.
Sila baca juga tentang Lailatulqadar di
sini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment