Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Saban tahun semasa solat terawih di bulan Ramadhan perkara ini terus terjadi. Muslimat2 tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah di surau atau masid. Walaupun solat itu sah tetapi ganjaran solat berjemaah mungkin tidak diperolehi.
Tiada sesiapa yg mengetahui dgn tepat sebab mengapa pihak muslimat enggan merapatkan saf serta enggan memenuhi saf yg hadapan dahulu sebelum mengisi saf2 di belakang. Mungkin ini terjadi kpd segelintir muslimat tetapi yg sahihnya saf2 muslimat tidak dipenuhi atau dirapatkan.
Apakah sebab sebenarnya?
Hanya muslimat yg terlibat lebih mengetahui mengapa merela enggan memenuhi saf di hadapan dan merapatkan saf.
Saya mengambil peluang ini untuk berkingsi satu hadis yg diriwaykan oleh Ibnu Mas’ud yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا
Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.
Sunan Abi Daud, No. 570.
Nota: Sunan Abu Dawud menyatakan hadis ini adalah dhaif tetapi Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim. [2]
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:
يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla".
Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550. [2]
Nota: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban. [2]
Oleh yg demikian berdasarkan kpd kedua2 hadis di atas ... apakah yg boleh dikatakan mengapa saf2 muslimat tidak rapat / lompong / berjarakan semasa solat berjemaah terutamanya semasa solat terawih?
Adakah praktik muslimat2 itu tidak selari dgn hadis2 itu yg mengatakan tempat afdal solat muslimat adalah di bilik di dalam rumah mereka?
Hanya Allah SWT yg maha mengetahui.
Kalau tidak rapat saf, berjarakan atau lompong, maka tiada ganjaran solat berjemaah iaitu 27 kali ganda ganjaran seperti hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Umar yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
Sahih Bukhari, no. 645. [3]
Para muslimat sekalian tiada salahnya untuk solat berjemaah di surau atau masjid. Yg penting adalah semasa berjemaah saf2 hendaklah dirapatkan, diluruskan dan memenuhi dahulu saf2 hadapan. Ini diperkuatkan oleh satu hadis oleh Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:
تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاَتٌلاَ
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian”.
Sunan Abu Dawud, no. 565, Status: Hasan. [4]
Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Baca juga:
Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 351, Hadis no. 570. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #936: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis no. 645, The Book of Adhan, ms. 372. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 349, Hadis no. 565. Darussalam Publishers and Distributors.
No comments:
Post a Comment