السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat rawatib ialah solat yang mengiringi solat2 fardhu, sebelum atau selepas solat fardhu itu. Solat sunat rawatib ini terbahagi kpd 2 iaitu Qabliyah (sebelum) & Ba'diyah (selepas). Waktu solat sunat qabliyah adalah antara azan pertama dan kedua (Iqamah). Unruk ba'diyah pula bolehlah dilakukan selepas solat fardhu.
Solat rawatib ini terbahagi kepada 2:
- Sunat muakkad: Ibadah yg sangat dituntut, digalakkan, diutamakan dan hampir mendekati wajib serta mendapat ganjaran yg amat besar dari Allah SWT.
- Sunat ghairu muakkad: Ibadah tambahan yang memiliki ganjaran tersendiri juga, namun tidak sebesar dari ibadah sunat muakkad.
Solat sunat rawatib yg muakkad adalah 12 rakaat seperti berikut:
- 2 rakaat sebelum solat Subuh.
- 4 rakaat sebelum solat Zohor.
- 2 rakaat selepas solat Zohor.
- 2 rakaat selepas solat Maghrib.
- 2 rakaat selepas solat Isyak.
Solat sunat rawatib yang ghairu muakkad pula adalah 6 rakaat seperti berikut:
- 2 rakaat sebelum solat Asar.
- 2 rakaat sebelum solat Maghrib.
- 2 rakaat sebelum solat Isyak.
Ada banyak kelebihan atau fadhilat solat sunat rawatib dan di sini disertakan sebahagian hadis yang menceritakan tentang kelebihan solat sunat tersebut. Semoga kita diberikan kekuatan untuk mengamalkannya, insyaAllah.
Rujukan Solat Sunat Subuh (Qabliyah):
Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "2 rakaat solat sunat fajar (Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh) lebih baik dari duniadan isinya".
(Hadis riwayat Muslim). [1]
Rujukan Solat Sunat Zohor (Qabliyah & Ba'diyah):
Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang menjaga 4 rakaat sebelum Zohor dan 4 rakaat selepasnya, nescaya Allah mengharamkan dirinya dari api neraka."
(Hadis riwayat Ahmad dan lain2 dari Ummu Habibah). [1]
Rujukan Solat Sunat Asar (Qabliyah):
Daripada Ummu Salamah R.’Anha: "(Suatu hari) Rasulullah SAW tidak sempat solat dua rakaat sebelum Asar, maka Baginda menggantikannya selepas Asar".
Sunan al-Nasa’ie (587). [2]
Rujukan Solat Sunat Maghrib (Ba'diyah):
"Tidak terhitung betapa kerapnya Baginda Rasullullah SAW mengerjakan solat 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat sebelum fajar, dengan membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas".
(Hadis riwayat Inbu Majah dan at-Tirmizi). [1]
Rujukan Solat Sunat Isyak (Ba'diyah):
Ibn ʻUmar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang solat isyak berjemaah dan solat empat rakaat sebelum dia keluar daripada masjid, seolah-olah dia mendirikannya pada malam al-Qadr".
(Riwayat al-Tabrani). Nota: Pejabat Mufti WP menyimpulkan bahawa hadis utk 4 rakaat ba'diyah Isyak boleh diamalkan walaupun disifat sebagai daʻif dan daʻif jiddan. [2]
Rujukan Solat Sunat Qabliyah & Ba'diyah Keseluruhan:
1. Daripada Ummu Habibah RA bahawa Rasullulah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang solat sehari semalam 12 rakaat maka akan dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga iaitu 4 rakaat sebelum solat Zohor dan 2 rakaat sesudahnya, 2 rakaat sesudah solat Maghrib, 2 rakaat sesudah solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh." Riwayat at-Tirmizi - Sahih. [3]
2. "Barangsiapa solat 12 rakaat sehari semalam, maka akan dibangunkan baginya sebuah rumah di syurga. Ummu Habibah berkata: "Maka aku tidak akan meninggalkan 12 rakaat itu semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam". Dan Anbasah juga berkata: "Maka aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari Ummu Habibah". Dan 'Amru bin Aus juga berkata: "Aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendnegarnya dari Anbasah". Nu'man bin Salim juga berkata: "Aku tidak akan meninggalkannya semenjak aku mendengarnya dari 'Amru bin Aus". Telah menceritakan kepadaku Abu Ghassan Al Misma'i telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Dawud dari Nu'man bin Salim dengan sanad seperti ini; "Siapa yang solat sunnah 12 rakaat dalam sehari, maka akan dibangunkan baginya rumah di dalam surga".
(HR. Muslim: 1198). [3]
Rujukan Untuk Tiada Solat Ba'diyah Subuh & Asar:
Hadis yg melarang solat sunat selepas Subuh dan Asar bila Abu Sa’id al-Khudri R.A meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yg maksudnya: "Tiada solat selepas Subuh sehinggalah matahari naik, dan tiada solat selepas Asar sehingga matahari terbenam".
Sahih al-Bukhari (586). [4]
Sangat besar ganjaran yg disampaikan melalui hadis2 di atas maka sebaiknya kita tidak meninggalkan solat2 sunat rawatib ini.
bawah ini adalah ringkasan untuk solat sunat rawatib sebagai rujukan.
Solat Fardhu |
Solat Qabliyah |
Solat Ba'diyah |
Bilangan rakaat |
Hukum |
Bilangan rakaat |
Hukum |
|
|
|
|
|
Subuh |
2 rakaat |
Muakkad |
Tiada |
Tiada |
Zohor |
4 rakaat |
Muakkad |
2 rakaat |
Muakkad |
Asar |
2 rakaat |
Ghairu muakkad |
Tiada |
Diharamkan solat sunat ba'diyah Asar kecuali solat sunat lain yg bersebab |
Maghrib |
2 rakaat |
Ghairu muakkad |
2 rakaat |
Muakkad |
Isyak |
2 rakaat |
Ghairu muakkad |
2 rakaat |
Muakkad |
No comments:
Post a Comment