السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Setiap insan pasti melakukan kesilapan yg mungkin dibuat secara terang-terangan atau dalam keadaan tidak dilihat orang. Allah SWT yg maha agung lagi maha mengasihi hamba-Nya sentiasa memberi peluang kpd hamba-Nya untuk memohon kampunan serta keredhaan. Jadi mohonlah keampunan dari Allah atau dgn kata mudah bertaubat yg mana hukumnya adalah wajib.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.anh beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ إِلَى آخِرِ الآيَةِ
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ
Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]
Sunan Abu Dawud, hadis no. 1521, status: Hasan. [1]
Berdasarkan hadis di atas, baginda Nabi SAW memberikan suatu cara untuk seseorang yg telah melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dgn cara mengambil wuduk dgn sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat yg dikenali dgn name solat sunat taubat dan dituruti dgn istighfar kepada Allah SWT.
Juga penting untuk diberi perhatian di dalam kita bertaubat itu menurut Imam al-Nawawi, seorang ulama ahli hadis dan fiqh dalam kitab Riyadhus Shalihin, ada tiga cara taubat kita diterima Allah SWT iaitu
Hendaklah kita menjauhi dosa atau maksiat dilakukan.
Menyesal atas dosa yang kita lakukan.
Berazam tidak mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan.
Riyadhus Shalihin. ms. 17. [2]
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya TIDAK SAH.
Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain contohnya harta / benda / title / wang ringgit / kenderaan / merosakkan harta benda orang lain / dal lain2, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas dan ditambah satu syarat lagi iaitu:
Pulangkan kembali harta / benda / title / wang ringgit / kenderaan / dal lain2 kepada yang empunya hak sebenar.
Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan.
Riyadhus Shalihin. ms. 41-42 [2]
Semoga pencerahan dari Ustaz Azhar Idrus ini dapat memberi manfaat.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 2, The Book of Witr, ms. 217, Hadis no. 1521. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Riyadhus Shalihin - Imam An-Nawawi (2016). Bab 2 Taubat, ms. 17 & 41-42. Shahih.
No comments:
Post a Comment