Page List

Monday, 16 March 2026

Siapa Itu Wahabi?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sudah lama sangat saya mencari2 apa yg dimaksudkan dengan Wahabi ini. Sering saya mendengar tuduhan kpd orang2 tetentu, mengelarkan mereka itu Wahabi. Jadi apa sebenarnya Wahabi?

Walaupun sudah lama perkataan Wahabi berada di masyarakat dan jabatan agama memberi imej negetif kpd Wahabi ini, namum sampai sekarang jabatan agama masih gagal memberi penerangan secara bertulis maksud Wahabi ini. Mungkin ada senarai orang2 yg mereka gelar sebagai Wahabi dan itu sahaja nampaknya yg jabatan2 agama mampu lakukan.

Pengkajian (Researches) sekian lama mencari maksud Wahabi, apa yg Wahabi lakukan, apa yg Wahabi fahami dan apa yg Wahabi mahu sampaikan telah memberi saya satu pandangan yg neutral terhadap mereka (Yang digelar Wahabi oleh jabatan agama Islam).

Wahabi adalah ...
  1. Seseorang atau kumpulan yg berlapang dada menerima pandangan dari 4 mazhab utama dalam usul fiqh. Mazhab utama adalam Hanafi, Hanbali, Maliki & Syafie. Mereka ini akan mempraktikkan fiqh yg lebih kuat / praktikal setelah membandingkan fiqh dari empat2 mazhab tersebut.

    Contohnya ...
    • Membayar zakat menggunakan wang ringgit dan bukannya padi beras, harum manis atau kelapa sawit mahupun ternakan seperti lembu / kambing walaupun sumber pendapatan mereka adalah product tersebut. Membayar zakat menggantikan sumber makanan asas dengan wang ringgit adalah berdasarkan mazhab Hanafi, bukannya mazhab Syafie dan yg ;lainnya.

    • Membayar cebgkeram (Deposit) untuk pembelian sesuatu barang contohnay untuk memebeli kereta baru adalah figh dari mazhab Hanbali. Ini yg banyak terjadi dalam pembelian barangan seperti motosikal dan kereta. Jumhur fuqaha yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpandangan jual beli ini tidak sah. [1]

    Jadi sesiapa yg mempraktikkan figh selain dari mazhab Syafie berkemungkinan akan digelar Wahadi disebabkan mereka berlapang dada menerima pakai pandangan dari mazhab lain selain dari mazhab syafie.

  2. Seseorang atau kumpulan yg mahu mempraktik sunnah Nabi SAW, mahu menginggalkan apa2 amalan yg tiada asal-usul atau rujukan atau dasar kpd Nabi SAW. Rujukan adalah dari Al-Quran, hadis2 Nabi SAW dari kitab2 seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, At-Tirmizi sebagainya yg berdasatrkan hadis yg berstatus sahih atau hasan.

    Mereka ini tidak memparktikkan hadis dhaif dan mauduk.

    Sila baca tentang kategori hadis melaui pautan di sini.

  3. Contohnya cara berzikir setelah solat fardhu. ...

    • Sunnahnya adalah mengikut sahih muslim seperti di sini, sila klik link ini.

    • Individu atau kumpulan yg digelar wahabi tidak akan menambah bacaan Al-Fatihah dan bertahlil beramai2 sebelum berdoa. Membaca Al-Fatihah atau bertahlil selespas solat fardhu sebelum berdoa ini tidak sabit atau tidak ada asas (Bukan sunnah).

      Membaca Al-Fatihah atau bertahlil sudah tentu boleh dilakukan setelah selesai solat fardhu (Selepas berdoa dan bersurai). Apa yg nak ditekanlan di sini adalah tempatnya itu tidak sunnah.

      Juga, puak yg digelar wahabi tidak amalkan apa2 yg tiada asas dari Nabi SAW seperti tahlilan kematian, membaca surah Yaseen 3 kali serta doa tertentu semasa malam nifsu Syaaban, puasa sunat bulan Rejab dan berbagai lagi yg diparktik di kalangan masyarakat Melayu.

Jadi apa yg saya boleh simpulkan ... Wahabi adalah mereka yg menerima pandangan kesmua 4 mazhab utama dgn lapang dada serta mahu mempraktik sunnah Nabi SAW.

Saya tidak pasti bagaimana persepsi negatif yg ditimbulkan oleh jabatan2 agama terhadap kumpulan ini sehinggakan mereka (Jabatan agama) masih gagal membuat definisi secara bertulis apa yg mere maksudkan dengan Wahabi.

Semoga perkingsian ini membawa manfaat kpd kita semua. Semoga juga kita semua sentiasa berada dalam rahmat & redha Allah SWT. AAminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (2016). Al-Kafi #424: Hukum Jual Beli Secara Urbun (Deposit>.

Tuesday, 10 March 2026

Mencari Malam Lailatul Qadar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Mencari malam Lailatul Qadar paling utama dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan, khususnya, tetapi tidak semestinya, malam ganjil (21, 23, 25, 27, 29) dengan memperbanyakkan solat, bacaan al-Quran, doa, sedekah dan sebagainya.

Terdapat banyak perkongsian di laman2 social tentang semacam formula untuk mengagak malam lailatul qadar tersebut. Tetapi peercayalah tidak satu pun formula itu berdasarkan hadis / sunnah, ia hanyalah fikiran semata. Jangan kita terus mempercayainya.

Hanya ada satu hadis boleh digunakan untuk menentukan malam Lailatul Qadar tetapi hanya diketaui keesokan harinya iaitu semasa pagi esoknya matahari terbit tidak terang, berwarna merah lembut, dan tidak menyilaukan pada pagi hari. Rujukan: Sahih Muslim, hadis no. 762. [1].

Maknanya tidak ada sesiapa yg tahu dgn tepat bila berlakunya malam lailatul qadar itu sehingga pagi esoknya.

Maka beruntunglah kpd sesiapa yg beramal soleh pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Rujukan: Sahih Bukhari, hadis mo. 2022. [2]

Bagi pendapat saya segala tanda2 malam lailautul qadar yg tersebar di kalangan kita itu adalah hanya mitos, tidak ada asas atau hanya mungkin pengalaman peribadi seseorang yg perlu pengesahan.

Antara mito berlakunya malam lailatul qadar ...


Lailatul qadr ni perkara ghaib. Nabi SAW sendiri pun tak tahu bila. Yg penting kita usahakan bgn setiap malam dan berdoa terus kpd Allah. semoga kita bertambah ketaqwaan kpdNya sehingga selesai Ramadhan nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 3, The Book of Fasting, hadis no. 762, ms. 257. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Superiority Of The Night Of Qadr, hadis no. 2022, ms. 141. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 9 March 2026

Bacaan Wirid Selepas Solat Sunat Witir

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Bacaan sunnah yang dianjurkan selepas memberi salam solat witir adalah membaca zikir "Subhanal Malikil Quddus" (سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ) sebanyak tiga kali. Pada sebutan ketiga, disunatkan untuk meninggikan suara sedikit sebagai tanda pengagungan kepada Allah SWT

Mari kita membaca mengikut sunnah seperti di bawah ...

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Ertinya: "Maha Suci Tuhan yang Maha Mengusai & maha Suci."
Bacalah sebanyak 3 kali dan di sunatkan bacaan kali ke-3 ditinggikan suara.

Rujukan: Sunan An-Nasa'i, hadis no. 1733. Status: Sahih. [1]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga kita semua mendapat rahmat & di dalam redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sunan An-Nasa'i. Terjemahan oleh Nasiruddin al-Khattab - Canada (2007). Vol. 2, The Book Qiyam Al-Lail, ms. 519, hadis no. 1733. Maktaba Darus Salam.