Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts
Thursday, 9 October 2025
Tidak Mahu Boikot?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tuan / puan sekalian kita mesti berhenti memberi sokongan dan membeli (Menyokong) segala bentuk produk dan servis yang sebahagian hasil keuntungannya disalurkan kepada yahudi laknatullah yang menzalimi srta membunuh saudara2 kita di Gaza. Contoh barangan yang menyokong secara langsung atau tidak langsung yahudi adalah seperti berikut ...
Secara peribadi saya sgt terperanjat dengan kemyataan Mufti WP yg beliau tidak pernah memboikot McDonalds mungkin dengan alasan syarikat itu membayar zakat.
Sila baca perincian di Urusan Malaysia Mufti WP tidak pernah boikot McD.
Tuan / puan jangan kita terpengaruh dgn pendapat sebegini walau dia datang dari orang yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran agama. Kita mesti teruskan boikot terhadap syarikats2 yg pro-yahudi yang btelah menzalimi serta membunuh saudara2 kita di Gaza.
Semoga Allah sentiasa meredhai & merahmati kita semua. Aaminn.

Wednesday, 3 September 2025
Berhati-Hati Lah Kita Semua
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
“Dahulu saya berkata, lindungilah Gaza, lindungilah rakyat Palestin... Hari ini saya berkata kepada kamu semua, lindungilah diri kamu sebelum terlambat.” Pesanan yang disampaikan oleh Sheikh Ali al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, yang menyeru dengan tegas kepada umat agar segera sedar dan bertindak serius serta segera dalam menghadapi penjajah Zionis dan perancangannya. Beliau menegaskan bahawa kelalaian hari ini mungkin dibayar dengan hilangnya tanah air dan terlepasnya peluang terbaik untuk mengekang penjajah Zionis.
Berhati-hati lah kita semau dan terus berdoa kpd Allah SWT untuk keselamatan kita dan saudara2 kita di Gaza.Monday, 14 April 2025
Gaza Menunjukkan Siapa Munafik Di Kalangan Kita
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Berbanyak terima kasih kepada saudara2ku di Gaza kerana asbab kamu semua MUNAFIK yg berkata ... akulah Islam dan aku cintakan Nabi SAW terbongkar / terserlah / diketahui umum.
Siapa yg munafik?
Tuan2 dan puan2 kita semua akan menjawab di hadapan Allah SWT nanti di akhirat tentang apa yg kita telah lakukan terhadap saudara2 kita di Gaza.
والله أعلمُ بالـصـواب
- Seseorang yg tidak menzahirkan kekufuran dgn cara menyembunyikan di dalam hati dan pada masa yg sama menzahirkan keimanan secara berpura-pura.
- Berpura-pura percaya atau setia kpd agama tetapi sebenarnya dalam hatinya tidak suka (selalu) mengatakan sesuatu yg tidak sesuai / sama dgn perbuatannya.
- Orang yg pada zahirnya mengaku keesaan Allah SWT dan kerasulan Nabi SAW tetapi sebenarnya tidak berimam.
- Orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg dikatakan, disampaikan, diwar2kan, diberitakan, dimanifeskan secara lisan atau melalui media social seperti Whatsapp, Facebook dan Tik Tok.
- Berapa ramai yg hanya berdiam diri (Buat tak tahu) bila Islam / Allah / Nabi SAW dihina oleh orang bukan Islam.
- Berapa ramai yg bila umat Islam di Gaza diserang / dibunuh / dizalimi tetapi langsung tidak mearsa apa2 untuk melakukakan apa2 yg dianggap minima seperti berdoa untuk mereka.
- Berapa ramai pemimpin2 Islam yg hanya berdiam diri bila umat Islam di Gaza dizalimi dan dibunuh.

Wednesday, 2 April 2025
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Untuk Gaza
Selamat Hari raya Aidil Fitri buat semua saudara2 Islamku di Gaza.
Semoga kamu semua sentiasa di dalam redha dan rahmat Allah SWT.
Juga diberi kekuatan dan tabah untuk meneruskan perjuangan.
Kredit kpd original content creator
Wednesday, 19 March 2025
Negara Yemen Menyokong Palestin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Israel yahudi laknatullah pada selasa 18 Mar 2025 telah menyerang / mengebom saudara2 kita di Gaza di bulan Ramadhan ini. Dilaporkan sekurang2nya 200 saudara kita terkorban.
Hanya ada satu negara Islam sahaja yg berani menyokong Palestin dalam konflik iaitu Yemen. Yemen telah menyerang balik ketenteraan Amerika yg begitu jelas menyokong tindakan ganas lagi zalim Israel yahudi terhadap saudara2 kita di Gaza.
Memang ada orang kita yg memendang sinis terhadap Yemen yg dikatakan syiah.
Persoalannya sekarang mengapa Yemen yg dikatakan syiah itu datang membantu & meyokong perjuangan saudara2 kita di Gaza???
Jawapannya adalah disebabakan pemimpin2 dari negara Islam TERMASUK DIRI KITA yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, yg mengaku cintakan Nabi SAW hanya duduk diam, membisu & berpeluk tubuh bila mengetahui sengsaranya saudara2 kita dizalimi di Gaza.
Adakah anda sebahagian dari mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah yg hanya mahu diam membisu dan berpeluk tubuh itu? Hanya anda sendiri mampu menjawabnya.
Doa buat saudara2ku di Gaza/Palestin ...
‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahMu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu."
Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 22 November 2024
Israel Negara Haram
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Negara haram israel ini wujud pada tahun 1948 disebabkan komplot negara barat termasuk USA. Wajib untuk kita tidak mengiktiraf negara ini.
Soalan: Adakah saya mengiktirah israel? Jawapan: Tidak. Soalan: Adak israel berhak untuk mempertahankan negaranya? Jawapan: Tidak. Soalan: Apakah hak yg israel ada? Jawapan: Hak yang ada hanyalah untuk keluar dari bumi Palestin tanpa syarat.
Mari kita terus berdoa atau memyumbang semampu boleh untuk kesejahteraan saudara2 Islam kita di bumi Gaza. Semoga kita sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT.Yahudi Amat Kejam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Marilah kita bersama2 berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn.
‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahMu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu."
Siapa lagi yg mahu mendoakan saudara2 kita di sana kalau bukan kita yg sesama Islam.
Saya amat sedih bila melihat/mendengar/membaca umat Islam yg mempunyai syahadah tetapi sangat sinis, tidak sensitif malah melekehkan segala usaha untuk membantu, paling minima mendoakan saudara sesama Islam kita yg dizalimi oleh yahudi laknatullah di bumi Gaza.
Jangan kita berkata ... "Masalah saudara2 kita di Palestine bukan masalah kita". Di akhirat nanti kita akan dipersoalkan ke atas segala tindakan, kata2, penderian kita.

Thursday, 1 August 2024
Zionis Bunuh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh Di Iran
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Zionis bunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran. (Berita Harian, 1 Ogos 2024)
Innalillahiwainnailaihirojiun (إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ).
Semoga Allah membalas beliau dgn segala kebaikan dan menempatkan rohnya bersama dgn syuhada2.
Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT & sentiasa di dalam lindungaNya.
Tuesday, 27 February 2024
Benteng Terakhir Al-Aqsa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Kita mestilah terus berdoa, minima yg kita boleh lakukan selain dari menyumbang dan mengatakan sokongan kita kepda perjuangan saudara2 kita di Platestin.
Tuan / puan secara fiziknya pejuang Platestin itu adalah benteng terkahir Al-Aqsa jadi sudah menjadi harapan kita untuk melihat pejuang Paltestin untuk gigih berjuang dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
Saya mungkin sudah tidak nampak lagi apa2 perjuangan untuk mempertahankan Al-Aqsa yg akan dilakukan oleh pemimpin negara2 Arab Islam di sekeliling bumi ambiya' itu.
Marilah kita bersama2 terus berdoa untuk kemenangngan umat Islam dan bumi Al-Aqsa terus dijaga dan dimiliki oleh umat Islam. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Friday, 1 December 2023
Kafir Murtad
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Perkara ini harus dipandang serius oleh orang Islam di Malaysai ini. Hukumnya adalah jelas iaitu KAFIR / MURTAD kpd orang2 Islam yang ...
- Menyokong kaum yahudi Israel laknatullah yang menyerang, menindas, merampas dan membunuh kaum Islam di Palestin.
- Menghina Islam secara terbuka / tidak terbuka.
- Bertindak menyokong pendapat & tindakan orang kafir yg menyekat syiar Islam.
- Tidak melakukan solat jenazah utk mereka walaupun mengaku Islam. Hukumnya haram.
- Tidak menanam mereka di kawasan perkuburan Islam.
Monday, 13 November 2023
Mengapa Hamas Menyerang Negara Haram Israel
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Jangan kita tertipu dan dipengaruhi oleh media atau informasi yg datang dari Barat contohnya CNN etc. Ada byk berita kebenaran yg dipalsukan / dipesongkan atau tidak disiarkan.
Rakyat Palestin saban hari disiksa, dianaya dan dibunuh dgn kejam oleh Yahudi laknatullah dan sila tanya diri anda adakah berita sedemikian disiarkan oleh media termasuk di negara sendiri? Kekejaman yahudi ini sudah terlampau dan apa yang menjadi trigerring point untuk Hamas melakukan serangan terhadap negara haram Israel pada 7 Oktober 2023 lalu adalah segala kemungkaran dan maksiat yang yahudi lakukan di dalam Masjid Al-Aqsa. Segala kemungkaran dan maksiat yg dilakukan ini langsung tidak disiarkan oleh media barat termasuk di negara kita ini.
Permainan media ini juga berjaya membentuk pemikiran atau pendapat publik yg kononnya Hamas lah yg memulakan perang ini. Amat malang sekali bila ade orang kita yg terpengaruh dgn mengatakan mengapa Hamas 'menjolok sarang tebuan' tanpa menyelidiki fakta sebenar dan hanya bergating pada berita / informasi dari barat atau yahudi laknatullah.
Di sini sy sertakan satu informasi tentang kemungkaran yg dilakukan oleh yahudi laknatullah di Masjid Al-Aqsa yg membuat Hamas mengambil tindakan menyerang negara Haram Israel itu.
Nota: Kredit kpd original content creator utk video di bawah.
والله أعلمُ بالـصـواب
Umat Islam Wajib Pertahankan Al Aqsa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sesungguhnya Masjidil Aqsa adalah kota suci umat Islam. Ia adalah tempat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mi'raj Rasulullah SAW. Masjidil Aqsa yang disebut sebagai "bumi yang kami berkatinya" menunjukkan secara jelas kemuliaan Masjidil Aqsa. Ramai para Rasul lahir dan pernah berhijrah ke situ.

Wednesday, 1 November 2023
Sejarah Plaestin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Konflik yg berlaku berlarutan antara Palestin dan Israel seudah tentu menaikkan minta kita untuk mengetahui tentang sejarah negara Palestin itu & mengapa Israel begitu bersungguh untuk merampas Masjidil Aqsa. Seperti yg kita sedia maklum, Palestin pada awalnya dihuni oleh umat Islam yang perlahan-lahan tersingkir dan menjadi wilayah Israel.
Di sini sy sertakan satu video menerangkan serba sedikit sejarah Palestin yg disampaikan oleh Uztaz Amin. Mari kita bersama2 mempelajari dari video ini & semoga bermanfaat.
والله أعلمُ بالـصـواب
Thursday, 19 October 2023
Doa Untuk Perjuangan Palestin
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SesungguhNya doa adalah senjata orang mukmin.
Marilah kita bersama2 berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn.
‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”
“Sungguh hati ini sedih dan geram melihat kezaliman Israel yang menyerang penduduk Palestin dan menggempur kesucian umat Islam beribadah dgn aman.
“Serangan demi serangan dilakukan Israel sehingga mengorbankan ramai penduduk Palestin tidak berdosa termasuk kanak2.
“Kami menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memanjatkan doa dan pengharapan kepada Allah demi kesejahteraan saudara kita di sana sebagai solidariti mempertahankan bumi Palestin.”
Aaminn.
Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Membantu Keperluan Mujahid Mendapat Ganjaran.
عن زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه: مَنْ جَهَّز غَازِياً فِي سَبِيلِ الله فَقَد غَزَا، وَمَنْ خَلَّف غَازِياً في أهلِه بخَير فقَد غزَا
Daripada Zaid bin Khālid Al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Bukhari No: 2843) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Orang yang membantu mempersiapkan keperluan bagi orang yang berjihad di jalan Allah seperti menyediakan kenderaan, senjata serta barang keperluannya maka ia akan mendapat pahala seperti orang yang berjihad. Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan, orang tersebut mendapat pahala dengan sebab perang.
2. Orang yang membantu menjaga kebajikan ahli keluarga para mujahid seperti memenuhi keperluan mereka, membantu hal ehwal urusan keluarga mereka, juga akan mendapat pahala seolah-olah mereka turut pergi berperang.
3. Gaza telah dikepung dari darat, laut dan udara sejak 16 tahun yang lalu dan ia merupakan penjara terbuka yang terbesar di dunia malah sentiasa diserang tentera rejim apartheid Israel. Usahakan apa sahaja bantuan yang kita mampu termasuk peperangan media, bersolidariti dengan rakyat Palestin seperti demo, surat bantahan, bantuan kewangan dan sebagainya. Moga ia menjadi sebahagian daripada jihad kita.
4. Orang yang menolong orang lain dalam ketaatan kepada Allah, maka baginya pahala seperti pahala orang tersebut. Jika memberi bantuan kepada penuntut ilmu dalam membelikan buku-buku untuknya, membayar yuran pengajiannya, membiayai keperluannya, maka baginya pahala seperti pahala penuntut ilmu tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahala penuntut ilmu tersebut.
5. Marilah kita membantu saudara Muslim kita di Gaza dengan segala kemampuan yang kita ada.
Marilah kita seminimanya berdoa untuk perlindungan dari Allah SWT untuk saudara2 & pejuang2 Islam kita di Palestine untuk kesabaran, kekuatan dan kemenanagn. Aaminn.
Sila baca seterusnya tentang kepentingan Palestine kepada umat Islam di sini.
والله أعلمُ بالـصـواب
Nota:
Perkongsian dari Ust Ajmain, 19 Okt. 2023.
Wednesday, 11 October 2023
Palestin: Pengtingnya Kepada Umat Islam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Al-Aqsa yg terletak di Palestin adalah tempat yg sangat saya ingin lawati. Malangnya umat Islam terpaksa mengharungi sekatan yg letat oleh yahudi laknatullah. Semoga Al-Aqsa akan dibebaskan secepat mungkin. InsyaAllah.
Mengapa kita memberikan perhatian kepada Palestin & selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis? Mengapa Palestin begitu rapat dgn hati kita?
Byk sebab mengapa Palestin itu sgt rapat dgn kita & mengapa kita wajib mempertahankannya. Di bawah ini adalah sebahagian sebab2 yg kita kena ambil peduli.
TEMPAT TINGGAL NABI-NABI
Sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi.- Nabi Ibrahim عليه السلام hijrah ke Palestin.
- Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi Palestin.
- Nabi Daud عليه السلام tinggal di Palestin dan membangun mihrabnya.
- Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari Palestin. Kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).
- Di Palestin juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.
BANYAK MUKJIZAT
Banyak mukjizat yang terjadi di Palestin, diantaranya.- kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.
- Maryam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.
- Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestin, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di Palestin, di antaranya kisah Talut dan Jalut.
KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM
- Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke Palestin (Baitul Maqdis), dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan ketika baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).
ISRAK & MIKRAJ
- Demikian juga ketika Rasulullah SAW melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.
MASJID KEDUA DITENTUKAN ALLAH DI MUKA BUMI
- Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”
PEMBUKAAN & PEMBEBASAN OELH ISLAM
- Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (Pembukaan) negeri kecuali Palestin, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.
- Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.
TAMBAHAN PENERANGAN TENTANG PALESTIN
- Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis? - Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. - Oleh kerana itu, tanah Palestin & Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.
- Adakah pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah? - Ya, Allah SWT mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3). - Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah." - Allah SWT berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)
- Kredit kepada original writer.
- Pihak saya telah edit untuk mengstruktur semula bagi pemudaham pemahaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)