Page List

Sunday, 14 April 2024

Ayat Kursi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ayat Kursi adalah merupakan ayat ke 255 dalam Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran. Ayat ini menerangkan mengenai keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas dan kebesaranNya sebagai pencipta alam ini.

Surah Al-Baqarah, ayat 255:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


Ayat Kursi rumi:

> Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum,
> La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
> lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard,
> Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi,
> Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
> wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a,
> Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
> wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.

Terjemahan Ayat Kursi adalah seperti berikut:

> Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
> Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
> Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
> Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
> Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
> Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
> Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Cara membacanya adalah seperti berikut. Kredit kpd original content creator.



والله أعلمُ بالـصـواب

Wirid & Zikir Selepas Solat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sememangnya bagi seorang lelaki itu diharuskan untuk menyiapkan diri untuk menjadi imamsemasa solat berjemaah untuk keluarga sendiri atau berjemaah di surau atau masjid. Kadang2 yg mengelakkan seseorang itu menjadi imam baik untuk keluarga sndiri adalh kekurangan ilmu untuk berwirid, berzikir & berdoa selepas solat.

Apa itu wirid?

Wirid merupakan bacaan beberapa ayat al-Quran, Contohnyanya Ayatul Kursi) yg digalakkan untuk di amalkan terutamanya setelah selesai melaksanakan solat fardhu. Amalan ini mampu mendekatkan kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T.

Apa itu zikir?

Zikir adalah sebutan yg memuji & mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. Contohnya adalah dgn menyebut tasbih Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ)) yg bererti Maha Suci Allah.

Apa itu doa?

Doa pula adalah memohon kpd Allah SWT dgn meminta kebaikan dariNya dgn penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Berdoa kpd Allah SWT menunjukkan kita adalah hambaNya dan ini juga dapat mengukuhkan hubungan kita dgn Allah SWT.

Di bawah ini adalah cara2 wirid & zikir yg ringkas yg boleh kita amalkan (Sebagai permulaan untuk dipraktis) selepas selesai solat, terutamannya solat fardhu.

Langkah2 Bacaan Catatan
1
Istighfar.

Untuk permulaan boleh hnaya baca:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (Astagfirullah)
Maknanya: "Aku memohon keampunan daripada Allah"

Baca 3X
2
Lafaz pengakuan tauhid

Untuk permulaan boleh hnaya baca:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ (Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu)
Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah".

Jika sudah dibaca, bolehlah menambah bacaan seperti berikut:
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
(Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr)
Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu".
Baca 3X.

Bolh dibaca juga 7X atau 10X.
3
Lafaz untuk dijauhkan azab api neraka.

اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ (Allāhumma Ajirnā Minan-Nār)
Maknanya: "Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka".
Baca 3X atau 7X
4
Lafaz zikir mohon keselamatan.

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ (Allahumma Antas Salam wa minkas Salam tabarakta Dhal Jalali wal Ikram)
Maknanya: "Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan & daripadaMu keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Baca 1X
5
Baca Ayatul Kursi.
Sila rujuk Ayatul Kursi di sini.
Baca 1X
6
Baca tasbih: سبحان الله (Subhanallah).
Maknanya: "Maha Suci Allah".
Baca 33X
7
Baca tahmid: ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ (Alhamdulillah)
Maknanya: "Segala puji bagi Allah SWT".
Baca 33X
8
Baca takbir: الله أكبر (Alahu Akbar)
Maknanya: "Allah Maha Besar".
Baca 33X
9
Baca lafaz pelengkap tasbih, tahmid & takbir.

Untuk permulaan baca sahaja: الله أكبر (Allahu Akbar) sebagai pelengkap untuk menjadikan jumlah tasbih, tahmid & takbir menjadi 100.

Jika sudah cekap, bolehlah baca seperti di baeah:

اللهُ أَكْبَر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
(Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa. Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāh)
Maknanya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah".
Baca 1X

Dengan langkah 1 hingga 9 seperti di atas, selesai sudah wirid & zikir ringkas yg boleh diamalkan selepass selesai solat.

Wirid & zikir ringkas ini bolehlah dipraktikkan sebagai permulaan untuk amalan berwirid.

Kita tidak perlu tergesa2 untuk mengamalkan wirid atau zikir yg panjang2. Yang penting adalah kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan amalan kita untuk kebaikan kita serta terus merapatkan diri dengan Allah SWT.

Setelah selesai berwirid & berzikir, bolehlah kita terus berdoa. Untuk doa pula sila baca di sini.

Semoga semua mendapat manfaat.

Sila baca juga:


والله أعلمُ بالـصـواب

Sunday, 7 April 2024

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2024 (1445H)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji hanya milik Allah SWT.

Marilah kita bersyukur dgn segala nikmat yg tidak terukur yg telah diberikan. Nikmat iman, nikmat islam, sampai nikmat sihat walafiat sehingga kita mampu untuk mengharungi Ramadhan hingga ke penghujungnya, insyaAllah.

InsyaAllah kita semua akan menyambut Hari Raya 1 Syawal pada 10 April 2024.

Semoga kita dpt menyambutnya dgn penuh gembira & keredhaan Allah SWT.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.


Saturday, 30 March 2024

Doa Malam Lailatul Qadar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ramadhan adalah bulan pengampunan di mana pada bulan ini Allah SWT membuka seluasnya pintu ibadah dan memberikan keampunan buat dosa2 kita.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT telah menjadikan satu malam yang istimewa berbanding malam-malam lain yang mana dilipat gandakan setiap amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Tambahan pula, kita juga dituntut untuk memperbanyakkan berdoa pada setiap malam Ramadhan terutama pada sepuluh malam terakhir.

Apakah doa spesifik yg diajar oleh Rasulullah SAW bila melalui malam Al-Qadar?

Daripada Aisyah RA, bahawa beliau bertanya Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan. Nabi SAW bersabda:

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [1]

Marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini.

Semoga Allah SWT memberi kita kesihatan yang baik agar segala amal ibadah kita dapat dilaksankan dengan sempurna di bulan Ramadhan yang masih berbaki ini dan semoga Allah SWT mempertemukan kita dengan malam al-Qadar. Aaminn.

Sila baca juga tentang Lailatulqadar di sini.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.

Friday, 29 March 2024

Hina Kalimah Allah: Mari Kita Bertindak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sekarang ini kafir2 sudah cukup berani menghina agama Islam dengan contohnya meletakkan nama Allah di stokin dan dijual di kedai contohnya KK Mart.


Kafir2 itu dengan mudah memohon maaf atas tindakan mereka itu. Mereka sangka dengan membuat sidang akhbar dan memohon maaf ... masalah atau kesilapan mereka akan selesai serta orang Islam akan maafkan macam itu sahaja.

Tuhan kita Allah SWT wajib kita pertahankan dengan apa cara sekalipun. BOIKOT adalah salah satu cara untuk bertindak untuk mengatakan kita orang Islam menentang sebarang cubaan atau tidakan menghina agama Islam.

Jangan kita terpengaruh dengan penjelesan dari mereka contohnya dari Persatuan Peruncit Malaysia yang mengatakan bahawa tindakan boikot akan membuat pelabur akan lari dari melabur di negara kita ini. Pekerja Islam yg berkerja contohnya di KK Mart juga tidak perlu mempertahankan KK Mart contohnya berkata ... KK Mart tu tersilap, maafkan saje la ye. Atau berkata ... nanti kalau KK Mart tutup, mane saya nak kerja. Berhati2 dengan response anda sebab kalimah Allah SWT itu jauh lebih bermakna dan bernilai dari segala pandangan yg menyokong kedai itu.

Segala tindakan anda termasuk response di media social seperti Tik Tok akan di pertanggungjawabkan, dipersoalkan serta diperhalusi di akhirat nanti. Macam mane nak menjawab soalan di akhirat nanti seperti ... apa yg telah dilakukan di dunia dulu untuk mempertahanlan agama Islam, Allah serta Nabi SAW? Semoga anda bersedia.

Sekarang ini mari kita bersama2 menyokong membeli produk2 yg dibuat oleh orang Islam. Pastikan duit gaji kita yg kita dapat dari titik peluh kita disalurkan kepada syarikat kepunyaan orang Islam untuk memperkuatkan ummah dari segi ekonomi, pengaruh dan kuasa. Conbtohnya ... kalau saya beli minyak masak brand Knife (Kepunyaan kafir) sudah tentu dia tak bayar zakat. Tapi kalau saya beli minyak brand Saji, garam Faiza, mehun Faiza, kicap Jalen, sos Rohaya, serbuk cili Adabi, susu pekat Saji, tepung Bidara etc ... mereka insyaAllah bayar zakat yg akan memberi impak positif kepada masyakat Islam di negara ini.

Mari kita bersama2 bertindak.

Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 20 March 2024

Surau Al-Ghazali, UniKL-MFI, Bangi, Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di surau ni.

Wednesday, 13 March 2024

Sahur & Keberkatannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.

Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. [1]


Hukum bersahur adalah sunah yg sangat dituntut jadi kita semua dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Mengapa sahur sangat dianjurkan?

Sahur Membezakan Puasa Orang Islam & Puasa Agama Lain


Bersahur adalah perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh "Amr bin Al-'A RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."
Sahih Muslim #1096. [2]

Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air atau sebutir tamar / kurma.

Sahur Terdapat Keberkatan


Sangat dianjurkan bersahur kerana terdapat keberkatan padanya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."
Sahih Bukhari #1923. [3]

Kesimpulan


Marilah kita bersama2 melakukan sunnah ini iaitu bersahur yg terdapat kebaikan & keberkatannya seperti mengamalkan sunnah Nabi SAW, mendapat keberkatan & kebaikan kesihatan serta memberi kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian seperti biasa..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, insyaAllah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-127: Apakah Yang Dimaksudkan Keberkatan Pada Sahur?
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 3, Book of Fasting, ms. 160, Hadis #1096. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book of As-Saum, Hadis #1923, ms. 92. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 7 March 2024

Cara Menyambut Ramdhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.

InsyaAllah minggu depan 1 Ramadhan 1445 (12 Mar 2024) akan tiba. Bulan Ramadhan yg sentiasa kita nantikan akan menjelma. Bulan yg penuh barakah untuk umat Islam semua.

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat dinyatakan di sini ialah:

✅ 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙉𝙞𝙖𝙩
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙤𝙖
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 & 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣
✅ 𝙌𝙞𝙮𝙖𝙢

Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Sahih Bukhari #38. [1]

Oleh itu marilah sama2 kita menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Belief, Hadis #38, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.

Tuesday, 5 March 2024

Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu

Monday, 4 March 2024

Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 1)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sakit adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk hambaNya. Setiap orang pasti akan merasai sakit dan menziarahi orang sakit adalah dituntut oleh Islam.

Sila baca tentang 5 hak sesama Islam di sini.

Salah satu sunnah semasa menziarah orang sakit adalah mendoakannya. Rasulullah SAW sendiri telah mengajarkan doa menziarah orang sakit agar segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

Jadi, semasa kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa ini. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.

" اللَّهُمَّ أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "


"Allahumma adzhibil ba'sa rabban nasi, wyasfi antays syafi, La syifa'a illa syifa uka, syifa'an la yughadiru saqaman".

Maksudnya: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.
Sahih Bukhari, hadis #5750. Riwayat dari Sayidina Aishah RA. [1]

Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah ini dan mendapat keberkatan darinya. InsyaAllah. Aaminn.

Baca juga tentang:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 7, Book of Medcicine, Hadis #5750, ms. 355-356. Darussalam Publishers and Distributors.