Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sememangnya bagi seorang lelaki itu diharuskan untuk menyiapkan diri untuk menjadi imamsemasa solat berjemaah untuk keluarga sendiri atau berjemaah di surau atau masjid. Kadang2 yg mengelakkan seseorang itu menjadi imam baik untuk keluarga sndiri adalh kekurangan ilmu untuk berwirid, berzikir & berdoa selepas solat.
Apa itu wirid?
Wirid merupakan bacaan beberapa ayat al-Quran, Contohnyanya Ayatul Kursi) yg digalakkan untuk di amalkan terutamanya setelah selesai melaksanakan solat fardhu. Amalan ini mampu mendekatkan kita dengan pencipta kita, Allah S.W.T.
Apa itu zikir?
Zikir adalah sebutan yg memuji & mengingati Allah SWT, samada dengan menyebut zatNya atau sifatNya atau memujiNya dengan segala jenis puji-pujian. Contohnya adalah dgn menyebut tasbih Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ)) yg bererti Maha Suci Allah.
Apa itu doa?
Doa pula adalah memohon kpd Allah SWT dgn meminta kebaikan dariNya dgn penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Berdoa kpd Allah SWT menunjukkan kita adalah hambaNya dan ini juga dapat mengukuhkan hubungan kita dgn Allah SWT.
Di bawah ini adalah cara2 wirid & zikir yg ringkas yg boleh kita amalkan (Sebagai permulaan untuk dipraktis) selepas selesai solat, terutamannya solat fardhu.
Langkah2 | Bacaan | Catatan |
---|---|---|
Istighfar. Untuk permulaan boleh hnaya baca: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (Astagfirullah) Maknanya: "Aku memohon keampunan daripada Allah" Jika sudah cekap bolehlah menambah bacaan seperti berikut: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه (Astagfirullahal-‘Adzīm, Allāzī Lā Ilāha Illā Huwal-Ḥayyul-Qayyūm, Wa Atubu Ilaih) Maknanya: "Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya". |
Baca 3X | |
Lafaz pengakuan tauhid Untuk permulaan boleh hnaya baca: لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ (Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu) Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah". Jika sudah cekap bolehlah menambah bacaan seperti berikut: لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ (Lā Ilāha Illallāhu Waḥdahu Lā Syarīka Lahu, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Syai-In Qadīr) Maknanya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu". |
Baca 3X. Bolh dibaca juga 7X atau 10X. |
|
Lafaz untuk dijauhkan azab api neraka. اَللَّهُمَّ أَجِرْنِـى مِنَ النَّارِ (Allāhumma Ajirnā Minan-Nār) Maknanya: "Ya Allah, jauhkanlah kami dari azab api neraka". |
Baca 3X atau 7X | |
Lafaz zikir mohon keselamatan. اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ (Allahumma Antas Salam wa minkas Salam tabarakta Dhal Jalali wal Ikram) Maknanya: "Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan & daripadaMu keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan". |
Baca 1X | |
Baca Ayatul Kursi. Sila rujuk Ayatul Kursi di sini. |
Baca 1X | |
Baca tasbih: سبحان الله
(Subhanallah). Maknanya: "Maha Suci Allah". |
Baca 33X | |
Baca tahmid: ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
(Alhamdulillah) Maknanya: "Segala puji bagi Allah SWT". |
Baca 33X | |
Baca takbir: الله أكبر
(Alahu Akbar) Maknanya: "Allah Maha Besar". |
Baca 33X | |
Baca lafaz pelengkap tasbih, tahmid & takbir. Untuk permulaan baca sahaja: الله أكبر (Allahu Akbar) sebagai pelengkap untuk menjadikan jumlah tasbih, tahmid & takbir menjadi 100. Jika sudah cekap, bolehlah baca seperti di baeah: اللهُ أَكْبَر كَبِيرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (Allāhu Akbar Kabīraw Wa Al-Ḥamdu Lillāhi Kathīraw Wa Subḥānallāhi Bukrataw Wa Aṣīlaa. Lā Ilāha Illā Allāhu Waḥdahu Lā Sharīka Lah, Lahul-Mulku Wa Lahul-Ḥamdu Yuḥyī Wa Yumītu Wa Huwa ‘Alā Kulli Shay’in Qadīr. Wa Lā Ḥawla Wa Lā Quwwata Illā Billāhil-‘Aliyyil-‘Aẓīm, Astaghfirullāh) Maknanya: "Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah". |
Baca 1X |
Dengan langkah 1 hingga 9 seperti di atas, selesai sudah wirid & zikir ringkas yg boleh diamalkan selepass selesai solat.
Wirid & zikir ringkas ini bolehlah dipraktikkan sebagai permulaan untuk amalan berwirid.
Kita tidak perlu tergesa2 untuk mengamalkan wirid atau zikir yg panjang2. Yang penting adalah kita sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk meningkatkan amalan kita untuk kebaikan kita serta terus merapatkan diri dengan Allah SWT.
Setelah selesai berwirid & berzikir, bolehlah kita terus berdoa. Untuk doa pula sila baca di sini.
Semoga semua mendapat manfaat.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment