- Orang Sufi Mendakwa Dirinya Dapat Menyingkap Dan Mengetahui Mukasyafaat(Ilmu Ghaib).
- Sengaja Ke Kuburan-Kuburan Untuk Bertabarruk (Meminta Keberkahan) Kepada Penghuni Kuburan(Si Mati).
- Orang Sufi Mendakwa Mereka Dapat Melihat Rasul ﷺ Dalam Keadaan Terjaga (Yaqazah).
- Mengaku Bahwa Mereka Mengambil Ilmu Dari Allah Secara Langsung Tanpa Melalui Perantara Nabi ﷺ.
- Orang Sufi Berpendapat Bahwa Allah Menciptakan Nabi ﷺ Dan Nur Muhammad Allah Menciptakan Segala Sesuatu.
- Ajaran Tasawuf Mempunyai Banyak Tareqat-Tareqat.
- Islam Hanya Mempunyai Satu Jalan Saja Iaitu Jalan Nabi Muhammad ﷺ .
- Mengaku Bahwa Mereka Mengambil Ilmu Dari Allah Secara Langsung Tanpa Melalui Perantara Nabi ﷺ.
- Golongan Sufi/Tasawuf Telah Membawa Ramai Penganutnya Ke Alam Fantasi, Khayalan Dan Syubahat Yang Bertentang Dengan Syara’.
- Teori Ajaran Kesufian Ini Seolah-Olah Menginginkan Agar Agama Islam Menjadi Suatu Metos.
- Pemujaan Secara Melampau Terhadap Syeikh-Syeikh.
- Mengkeramatkan Kubur Para Syeikh.
Friday, 25 September 2026
Jalan Selamat & Sesat - Part 2
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Di harap tuan / puan sudan membaca Jalan Selamat & Sesat - Part 1
BAHAGIAN 2: BUKTI DALIL, VIDEO DAN GAMBAR KESESATAN GOLONGAN SUFI.
Oleh Abdul Aziz bin Abdullah al-Husaini.
Tuesday, 22 September 2026
Al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Al-Ibanah 'an Usul al-Diyanah adalah kitab berisi penjelasan aqidah Salaf Ahlul Hadith yang ditulis oleh Imam Abul Hasan Al-Asyaari, juga dikenali dgn Imam Asyaari (Ash'ari)
setelah beliau bertaubat dari pemikiran Muktazilah dan Kullabiyah yang telah beliau anut selama empat puluh tahun. Selepas peristiwa mengejutkan di Masjid Jamek Kota Basrah, saat beliau melepas jubah sambil berkata: “Aku melepaskan seluruh aqidah yang ku yakini dahulu seperti aku melepas jubahku ini”, beliau terus aktif menulis bantahan terhadap pemikiran dan aqidah kaum Muktazilah.
Tuan / puan sekalian, Imam Ash'ari adalah seorang ahli sunnah waljammah dan sumbangan beliau ke dalam dunia Islam tidak boleh dinafikan.
Salah satu di antara karya penting beliau di dalam memutihkan pegangan beliau adalah buku Al-Ibanah ‘an Usul ad-Diyanah ini. Kitab al-Ibanah adalah kitab terakhir yg dikarang beliau. Kitab ini membuktikan kebenaran taubat Imam Abul Hasan Al-Asyaari dari pemikiran Muktazilah dan bukti bahawa beliau adalah seorang pengikut manhaj salaf sejati. Ia bagaimana pun sempat mengundang polemik apabila ada pihak yang tidak dapat menerima Al-Ibanah sebagai kitab karangan beliau yang terakhir. Bahkan ada yang berpandangan segala pegangan beliau di dalam Al-Ibanah dibuat kerana taqiyah dan tidak mewakili pegangan beliau yang sebenar.
Penjunjung tauhid sifat 20 sanggup mengatakan bahawa kitab al-Ibanah ini telah diubah isinya oleh orang yg mereka gelar "Wahabi". Saya yakin tuduhan ini tidak benar sama sekali.
Mengapa Mereka Penjunjung tauhid Sifat 20 Menolak Kitab al-Ibanah?
Jawapannya mudah ... disebabkan oleh Imam Abu Hasan dgn jelas menegaskan yg Allah berada di atas arasy. (Berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran: Klik di sini untuk keterangan lanjut).
Snapshot dari kitab al-Ibanah tentang keberadaan Allah;
Kitab al-Ibanah, ms. 195. [1]
Imam Ash'ari menegaskan (Dalam English):
The most beneficent (Allah) istawa (Rose over) the (Mighty) Throne (in a manner that suits his Majesty). [1]
Imam Ash'ari menegaskan (Terjemahan ke bahasa Melayu):
Yang Maha Pemurah (Allah) bersemayam di atas Arasy (yang Agung) (dengan cara yang sesuai dengan keagungan-Nya). [1]
Bagi saya, penegasan oleh Imam Ash'ari di dlm kitabnya Al-Ibanah, kitab terakhir beliau menjelaskan yg beliau memperakui bahawa Allah SWT berada di atas Arasy seperti yg si firmankan oleh Allah SWT di dlm Al-Quran.
Mengapa masih lagi enggan menerima kenyataan ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ (Allah bersemayam di atas Arasy) dan sanggup memegang pendapat berdasarkan kekuatan akal yg sangat terbatas hingga mengatakan "Allah itu tidak bertempat" yg jelas bertentangan dgn firman Allah dlm Al-Quran? والله أعلمُ بالـصـواب .
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Imam Abu Al-Hasan (Ali bin Ismail Ash'ari). Translated by Abu Mohamed Mosdtafa Lamci. Al-Ibanah Fi Osoul Ad-Diyanah, ms. 195. Dar Makkah International Publishing And Distribution.
Thursday, 17 September 2026
Fahami Betul2 Rukun Imam Ke-3
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Seperti ramai tahu rukun imam itu ada 6:
- Beriman kepada Allah SWT.
- Beriman kepada nabi-nabi.
- Beriman kepada kitab-kitab,
- Beriman kepada malaikat-malaikat,
- Beriman kepada hari kiamat.
- Beriman kepada qada' dan qadar.
Friday, 11 September 2026
Mengapa Tidak Setuju Allah SWT Berada Di Atas Arasy?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Mengapa enggan akui Allah SWT berada di atas arsy?
Dalam pengajian sy, tidak akui Allah di atas arasy mungkin hanya disebabkan oleh kepercayaan mereka (Penjunjung sifat 20) dgn sifat pertama iaitu Wujud.
Mengikut penjunjung aliran tauhid sifat 20, maksud sifat Wujud bagi Allah SWT ialah "Sesuatu yang tidak bertempat, tidak berarah dan tidak berjisim, maka cara melihatnya juga dengan tidak bertempat, tidak berarah, tidak secara berhadapan, tidak dengan pancaran cahaya serta tidak berjarak. Jika tidak dengan cara sebegini, maka apa yang dilihat itu bukanlah Allah SWT, bahkan selain-Nya." [1]
Jadi jelas sekarang pentafsiran sifat wujud pada mereka itu bertentangan dgn firman Allah iaitu ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ yg ertinya "Ia (Allah) bersemayam di atas Arasy". Firman Allah ini disebut sebanyak 7 kali di dalam surah yg berlainan di dalam Al-Quran.
Malangnya mereka lebih memilih untuk menjunjung pentafsiran yg menggunakan kekuatan akal dari memilih mengatakan bahwa Allah berada di atas arasy.
Tuan / puan, janganlah kita menggunakan kekuatan akal kita yg sangat terbatas lalu tidak akur dgn firman Allah ini.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan kita sentiasa dirahmatai dan diredhai Allah. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Kitab Akidah Tahawiyyah, 62. Dari Pejabat Agama Wilayah Persekutuan (2023). Al-Afkar #123.
Tuesday, 8 September 2026
Tanah Lambang Kuasa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pertahanlanlah tanah orang Islam supaya kita tidak hilang KUASA yg akhirnya kita akan tertekan, dikuasai dan mudah dimanipulasi.
Sila tonton video di bawah dan fahami betul2 isinya bagaimana negara Palestin tergadai disebabkan penjualan tanah2 mereka kpd yahudi laknatuallah. Akhirnya mereka semua dikuasai, dizalimi dan akhirnya dihalau dari negara mereka sendiri.
Tanah bukan sekadar untuk bercucuk tanam, membina rumah atau bangunan, membuat saliran atau membuat kolam. TANAH ADALAH LAMBANG KUASA. Kuasa seperti untuk mengawal, merancang, menentukan hala tuju, menguasai dan lain2 lagi.
Pertahanlanlah tanah orang Islam supaya kita tidak hilang KUASA yg akhirnya kita akan tertekan, dikuasai dan mudah dimanipulasi.
Sila tonton video di bawah dan fahami betul2 isinya bagaimana negara Palestin tergadai disebabkan penjualan tanah2 mereka kpd yahudi laknatuallah. Akhirnya mereka semua dikuasai, dizalimi dan akhirnya dihalau dari negara mereka sendiri.
Jalan Selamat & Sesat - Part 1
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
SUFI TASAWUF.
Sufi Tasawuf Yang Merosakkan Akidah Umat Islam: Golongan Mendahului Akal Dengan Qiyas-Kasyaf-Dzauq Dan Meninggalkan Dalil Quran Dan Hadis
BAHAGIAN 1: AJARAN TASAWUF MEROSAKKAN AGAMA ISLAM.
Oleh Abdul Aziz bin Abdullah al-Husaini.
ISI UTAMA.
Imam Syafie rhm: “Seandainya seorang menjadi sufi (bertasawwuf) di pagi hari, niscaya sebelum datang waktu Zhuhur, engkau tidak dapati dirinya, kecuali menjadi orang bodoh”. (al-Manaqib lil Baihaqi 2/207)
Ambillah Agama Islam Seluruhnya (An-Nisa':65) & Barangsiapa Menentang Rasul Sesudah Jelas Kebenaran, Kami Biarkan Ia Leluasa Kesesatannya Dan Akan Dimasukkan Ke Jahanam (An-Nisa:115). Artikel kajian, syarah kitab akidah dan persoalan semasa di mazuddin.wordpress.com / mazuddin2.wordpress.com / jalanselamat1.wordpress.com
- Pandangan Masyhur Imam Syafie Kepada Golongan Sufi Tasawuf.
- Akidah Islam Bersandarkan Kepada Quran, Hadis Dengan Kefahaman Sahabat – Bukan Qiyas, Akal Atau Kasyaf.
- Hujah Sufi Tasawuf Sentiasa Mendahulukan Qiyas Akal Berbanding Dalil Quran & Hadis – Kisah Rasulullah Menegur Umar Supaya Hanya Fokus Kepada Quran.
- Ideologi Sufi Menyebabkan Akidah Islam Terpesong – Sebahagian Menganggap Ajaran Sufi Benar.
- Barat Memecahbelahkan Umat Islam Dengan Menyemarakkan Ajaran Sesat Sufi.
- Ajaran Sufi Menarik Minat Umat Islam Dengan Slogan Menyucikan Hati & Membina Akhlak.
- Sufi Merasakan Tasawuf Ialah Asas Amalan Islam & Mendakwa Sahabat Pelopor Ajaran Sufi – Ia Dakwaan Tanpa Bukti.
- Ajaran Sufi Tasawuf Menjauhkan Umat Islam Dari Agama Yang Sebenar (Quran & Hadis).
- Kata-Kata Kufur Oleh Ibn Arabi (Tokoh Sufi): “Tidaklah Anjing Dan Khinzir Melainkan Tuhan Kami. Dan Tidaklah Allah Itu Melainkan Si Rahib Yang Ada Dalam Gereja”.
- Ajaran Sufi Betul-Betul Merosakan Agama Islam & Penyebarannya Sangat Meluas.
- Beberapa Kerosakan Akidah Sufi Tasawuf.
- Allah Mencipta Makhluk – Sebaliknya Sufi Mendakwa Wehdatul Wujud (Allah Menjelma Dalam Semua Makhluk).
- Allah Menyatakan Dia Istiwa’ – Sebaliknya Sufi Mendakwa Allah Di Mana-Mana.
- Allah Melantik Sesiapa Sahaja Yang Dikehendaki Untuk Menjadi Rasul – Sebaliknya Sufi Mendakwa Ia Diraih Melalui Ketekunan Melakukan Riyadhah.
- Nabi Adalah Seperti Manusia Lain Yang Wajib Menjalankan Syariat – Sebaliknya Sufi Mendakwa Sumber Tercipta Dari ‘Nur Muhammad’.
- Sumber Agama Adalah Quran & Hadis – Sebaliknya Sufi Mendakwa Sumber Aqidah Lain Ialah Kasyaf & Faidh.
- Islam Membanteras Kesyirikan – Sebaliknya Sufi Mempraktis Syirik Seperti Meminta Syafaat Dari Penghuni Kubur.
- Hanya Allah Mengetahui Perkara Ghaib – Sebaliknya Sufi Mendakwa Syaikh-Syaikh Mengetahui Ghaib Melalui Kasyaf & Mimpi Berjumpa Nabi.
- Lain-Lain Ajaran Sufi Yang Sesat Lagi Menyesatkan.
- Ajaran Sufi Tasawuf Yang Sesat Seperti Terkandung Dalam Ihya Ulumuddin Oleh Imam Al-Ghazali Iaitu Muzik Memberi Semangat Agama Lebih Dari Quran.
Jasad Tak Reput Bukan Bukti Agamanya Benar
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Perkuburan Baqi di Madinah berhampiran Masjid Nabawi
ADA yang berhujah bahawa tubuh sesetengah tokoh agama yang meninggal dunia tidak reput walaupun telah berlalu puluhan atau ratusan tahun. Ada juga jasad yang ditemui dalam keadaan masih terpelihara, khususnya mereka yang meninggal dunia di kawasan bersalji, gunung-ganang atau tempat suhu amat rendah.
Persoalannya, apakah keadaan itu boleh dijadikan bukti bahawa agama yang dianuti oleh tokoh berkenaan adalah benar?
Jawapannya: Tidak semestinya.
Dalam perbahasan akidah Islam, kejadian luar biasa perlu dilihat berdasarkan siapa yang mengalaminya dan dalam keadaan bagaimana ia berlaku. Sesuatu perkara yang luar daripada kebiasaan tidak secara automatik membuktikan seseorang itu benar atau agamanya benar.
Para ulama membahagikan perkara luar biasa kepada beberapa keadaan. Jika ia berlaku kepada nabi sebelum dilantik sebagai nabi, ia disebut irhas. Selepas kenabian, jika disertai cabaran kepada golongan yang menentang, ia disebut mukjizat. Jika tidak disertai cabaran, ia termasuk dalam kategori ayat atau tanda kebesaran Allah.
Bagi orang beriman pula, kejadian luar biasa yang berlaku kepada para wali dan orang soleh dikenali sebagai karamah. Bagi orang biasa yang beriman, ia boleh menjadi maunah iaitu pertolongan Allah yang berlaku secara luar biasa.
Sebaliknya, jika perkara luar biasa berlaku kepada orang kafir atau pelaku maksiat, ia tidak boleh terus dianggap sebagai tanda kemuliaan. Dalam perbahasan ulama, keadaan seperti ini boleh termasuk dalam istidraj iaitu seseorang diberikan sesuatu kelebihan atau kesenangan sehingga dia semakin jauh daripada Allah.
Maka, ukuran utama bukanlah semata-mata kejadian luar biasa yang berlaku kepada seseorang, tetapi iman, akidah, ketakwaan dan kehidupannya.
Sebagai contoh, mayat yang berada di kawasan bersuhu di bawah takat beku secara tabii boleh mengalami proses pereputan yang sangat perlahan. Faktor suhu, kelembapan, persekitaran dan keadaan tempat penyimpanan sememangnya mempengaruhi proses pereputan jasad.
Justeru, keadaan jasad yang masih kelihatan terpelihara tidak semestinya suatu perkara yang bertentangan dengan hukum alam. Begitu juga mayat yang disimpan dalam keadaan tertentu seperti peti mayat atau persekitaran yang menghalang proses pereputan.
Firaun Kufur Tapi Tak Reput.
Bagaimana pula jika jasad yang tidak reput itu dikaitkan dengan tokoh agama yang dianggap suci?
Dalam sesetengah tradisi keagamaan, keadaan tersebut mungkin dianggap sebagai tanda kesucian atau kebesaran Tuhan. Namun, daripada perspektif Islam, kita tidak boleh menjadikan keadaan jasad semata-mata sebagai ukuran kebenaran sesuatu agama.
Jika seseorang itu berada dalam kekufuran terhadap Allah dan Rasul-Nya, kejadian luar biasa yang berlaku kepadanya tidak mengubah hakikat kekufurannya.
Al-Quran memberikan contoh yang jelas melalui kisah Firaun. Firaun manusia yang kufur dan menentang Nabi Musa AS. Namun, Allah SWT menyelamatkan jasadnya sebagai tanda dan pelajaran kepada manusia selepasnya.
Perhatikan di sini - jasad Firaun dipelihara, tetapi akidah Firaun tetap kufur.
Maka, jika kita menggunakan kaedah 'jasad tidak reput bermakna agama benar', kita akan berhadapan dengan persoalan besar iaitu apakah dengan jasad Firaun yang dipelihara itu bermakna akidah Firaun benar? Sudah tentu tidak.
Inilah sebabnya kejadian luar biasa tidak boleh dijadikan dalil utama untuk menentukan kebenaran sesuatu agama. Ia hanya boleh menjadi penguat kepada sesuatu yang telah terbukti kebenarannya melalui wahyu dan dalil yang sahih.
Jangan Terima Hanya Kerana Ajaib.
Islam tidak mengajar manusia menerima sesuatu hanya kerana ia kelihatan ajaib. Bahkan Islam mengajar kita menggunakan akal yang sihat, berpandukan wahyu dan melihat sesuatu perkara berdasarkan konteksnya.
Manusia juga perlu berhati-hati daripada membuat kesimpulan berdasarkan cerita yang belum disahkan. Kadangkala sesuatu kisah tersebar melalui media sosial tanpa maklumat tentang lokasi, usia jasad, keadaan tanah, suhu, kelembapan atau kaedah pemeriksaan. Gambar yang kelihatan meyakinkan pula boleh diambil selepas jasad dipindahkan, dibersihkan atau dirawat dengan kaedah tertentu.
Oleh itu, dakwaan seperti ini perlu diteliti dengan adil. Kita tidak wajar menolak semua kemungkinan alamiah, tetapi kita juga tidak boleh menafikan kekuasaan Allah. Sikap yang benar ialah mengakui bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja, sambil menilai sesuatu dakwaan berdasarkan bukti yang kukuh dan penjelasan yang munasabah.
Hakikatnya, ilmu manusia sangat terbatas. Apa yang belum mampu dijelaskan oleh akal atau ilmu pengetahuan hari ini tidak semestinya bercanggah dengan kekuasaan Allah SWT. Namun perkara yang belum diketahui juga tidak boleh terus dijadikan bukti bahawa sesuatu dakwaan agama itu benar.
Kebenaran agama tidak dibina atas satu fenomena yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara. Kebenaran Islam berdiri atas wahyu, tauhid, kesahihan risalah Nabi Muhammad SAW, mukjizat al-Quran dan hujah yang menyeluruh. Semua itu perlu difahami melalui ilmu, penelitian dan kejujuran, bukan semata-mata melalui rasa kagum terhadap perkara pelik.
Mukjizat, Karamah atau Istidraj.
Kesimpulannya, jasad yang tidak mereput bukan bukti mutlak kebenaran sesuatu agama dan bukan juga bukti seseorang itu seorang wali. Kejadian luar biasa perlu dinilai berdasarkan akidah dan keadaan individu tersebut.
Bagi seorang nabi, ia boleh menjadi mukjizat. Bagi orang soleh, ia boleh menjadi karamah. Namun, bagi orang kafir, ia boleh menjadi istidraj atau sekadar fenomena yang berlaku menurut sebab-sebab tertentu.
Perkara yang menjadi ukuran utama tetaplah kebenaran wahyu, ketepatan akidah dan kesahihan risalah yang dibawa oleh sekalian nabi.
Jangan kerana melihat sesuatu yang luar biasa, kita terus menganggapnya sebagai bukti kebenaran. Sebaliknya, jadikan setiap kejadian sebagai ruang untuk mengenali kebesaran Allah SWT, menambah ilmu, memperbaiki iman dan menyedari betapa terbatasnya pengetahuan manusia.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua dan kita sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT. Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan: Ustaz Hafiz Al-Za’farani - September 3, 2026, Berita Harian Online.

Subscribe to:
Posts (Atom)

