Wednesday, 17 January 2024
Doa Selepas Azan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa untuk mendoakan kemuliaan, keutamaan & tempat terpuji kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Doanya adalah seperti berikut:
Monday, 15 January 2024
Doa Untuk Orang Yang Buat Kebaikan Kepada Kita
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Mungkin kita memang lazim mengatakan 'terima kasih' kpd sesiapa yg telah membuat kebaikan kpd kita. Kebaikan daripada berbagai bentuk contoh menolong siapkan kerja kita, memberi ride kpd kita, belanja kita makan, diajak ke kenduri atau majlis kahwin, memberi tunjuk jalan untuk pergi ke sesuatu lokasi etc etc. Tetapi ada satu lafaz yg lebih bermakna dari hanya mengucapkan 'terima kasih' iaitu seperti lafaz atau ungkapan di bawah ini.
جزاك اللهُ خيرً
'Jazakallah khairan' yg ertinya "Semoga Allah SWT membalas kalian dengan kebaikan". (Riwayat Al-Tirmizi 2035, Sahih) Ungkapan ini bahkan tidak hanya untuk berterima kasih, tetapi juga berarti kita mendoakan orang tersebut mendapat kebaikan. Mari kita bersama2 mengamalkannya dan semoga sentiasa di dalam redha Allah SWT. Baca juga tentang Amalan Sunnah. والله أعلمُ بالـصـوابFriday, 12 January 2024
Amalan Sunnah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pada hari ini, kita melihat masyarakat sudah mula sedar akan kepentingan sunnah di dalam kehidupan seharian mereka. Untuk itu, penghayatan sunnah di dalam kehidupan masyarakat Islam pada hari ini sudah mula berputik. Ini kerana, banyak perkara di dalam urusan kehidupan ini telah diajar oleh Nabi SAW. Akan tetapi, sebelum seseorang itu mengamalkan sunnah di dalam kehidupan sehariannya maka perkara yang utama perlu dititikberatkan adalah pemahamannya terhadap sunnah itu sendiri agar ia tidak menyimpang daripada maksud sebenar sebagaimana yang diinginkan oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.
Apa itu Sunnah?
“Sunnah adalah setiap yang diambil daripada Nabi SAW selain daripada al-Quran melalui perkataan, perbuatan dan taqrir (persetujuan) Baginda SAW. [1]Arahan Untuk Mengikuti Amalan (Sunnah) Rasullullah SAW
Surah Al-Ahzab, ayat 21: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا Maksudnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". Ayat ini sentiasa kita dengar para penceramah menyebutnya, bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh ikutan أُسْوَةٌ. Ayat ini walaupun nampak macam khas untuk cerita perang Ahzab, tetapi ia adalah umum arahan untuk orang mukmin sepanjang zaman, dalam apa saja keadaan, ambillah Rasulullah sebagai satu contoh yang baik. Samada dalam sudut peperangan, kekeluargaan, muamalat dan semua aspek kehidupan, Rasulullah adalah uswah dan qudwah hasanah untuk kita!Manfaat Mengamalkan Sunnah
Menagamalkan sunnah-sunnah Rasullullah SAW adalah amalan yg mulia yg juga membuktikan yg kita sgt menyayangi Baginda yg akan memberi kebaikan kpd kita contohnya seperti di bawah. (Rujuk kembali kpd surah Al-Ahzab, ayat 21).- Sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah SWT dan (balasan baik) di hari akhirat.
- Sentiasa menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Contoh Amalan Sunnah
Di sini adalah contoh2 amalan sunnah yg mudah.- Mmeberi salam (Kpd yg kita kenali atau tidak).
- Memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar.
- Memulakan kaki kiri jika mahu menanggalkan kasut/sandal atau selipar.
- Senyum.
- Berzikir.
- Dan banyak lagi.
Thursday, 11 January 2024
Mari Kita Islamkan Diri Kita Secara Kaffah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Ketika manuasia memilih kafir, itu haknya. Maka Allah SWT memberi kebebasan spenuhnya untuk manusia memilih kafir untuk menjalani kehidupan ini semahhu dia, semahu hawa nafsu dia. Allah SWT memberi kebebasan sepebuhnya.
Selakan baca di dalam Al-Quran atau hadis Rasulallah SAW, tidak akan kita temui satu ayat atau satu hadis bahawa Allah SWT mengatur kehidupan orang kafir. Orang kafir diberi kebebasan sepeuhnya untuk membuat apapin di dunia ini. Tinggal di harus menganngung resiko pilihannya itu di aahirat nanti.
Tetapi sesiapa yg memilih berimamn hilang sudah kebebasan ini sepenuhnya kerana seorang mukmim dia dituntut oleh Islam, katanya ASLAMA, berserah diri. Yang berimam kepada Allah SWT, dia harus menyerah dirinta sepenuhnya kepada Allah SWT. Sepenuhnya dia siap untuk diatur hidupnya oleh Allah SWT. Tanpa menggunakan akalnya untuk bertanya mengapa Allah wajibkan saya berbuat ini, kenapa Allah haramkan saya melakukan ini. Kalaupun petanyaan itu muncul dalam dirinya, maka keimamnannya akan menjawab saya alkukan ini kerana Allah perntahkan dan saya tinggalkan hal ini kerana Allah melarangnya. Itu jawapan seorang mukmim.
Dia tidak akan berusaha mencari hukum, alasan hukum, apa manfaat, apa hikmahnya kerana keimanannya akan mengatakan semua yg diperintahkan Allah pasti ada manfaatnya. dia mengerti atau tidat mengerti oleh akal dia, semua yang dilarang Allah pasti ada mudaratnya.
14 abad umat Islam tidak pernah mengerti bahawa dalam daging babi itu tedapat cacing pita. Cacing pita itu baru ditemukan di akhir abad 18 masihi. Apakah umat Islam selama 14 abad itu memakan daging babi .. tidak. Setiap yang dilarang oleh Allah pasti ditinggalkan oleh seorang mukmim.
Maka seorang mukmim harusnya siap untuk mengislamkan dirinya secara penuh, secara utuh, secara kaffah. Maka kepada orang yang memilih untuk berimam, Allah menyeru ...
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَاۤفَّةً ۖ
Ertnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam (kedamaian) secara menyeluruh".
Surah Al-Baqarah ayat 208.
Maksud kaffah ialah setiap orang yang beriman dituntut untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam. Tidak hanya percaya dan mengamalkan sebagian ajarannya tetapi menolak atau tidak mengerjakan yang lainnya.
Kalau memang kelian memilih untuk berimam masuklah ke dalam Islam itu secara kaffah, secara utuh. Mengislamkan diri kita setiap detik baik dalam hubungan habluminnallah mahupun habluminnanass. Itulah sdebabnya Allah menurunkan 6666 ayat Al-Quran yang sebahagian dari ayat Al-Quran ini dijelaskan lebih kurang 5000 hadis Rasulullah SAW. Kenapa Allah harus turunkan ribuah ayat Al-Quran dan hadis ini, kerana yang mahu diatur hidup seorang mukmim itu bukan sekadar solat, saum, zakat & haji sahaja, seluruh kehidupan dia berdetik mulai dari masuk WC keluar WC sampai mengatur kehidupan bermasyarakat & bernegara. ini kalau dia memilih berimam.
Kalau dia tidak mahu diatur hidupnya, jangan memilih berimam, pilih kafir.
Pada orang2 yang berfahaman sekularisma, liberalisma yg mahu memisahkan agama dari kehidupan, saya sering mengatakan kenapa repot2 harus menolak sebahagian aturan Allah, pilih sahaja KAFIR ... anda bebas sebebasnya. Kalau memilih berimam sudah hilang kebebasan itu. Dan pilihannya antara 1 di antara 2, memilih KAFIR atau memilih BERIMAN. Memilih berimam konsekuensinya kita sudah harus hisab Islam, mengislamkan diri kita, menyerahkan sepenuhnya diri kita untuk diatur hidup kita oleh Allah SWT.
Kerana itu setiap orang mukmim sedar betul bahawa selamat tidaknya dia, termasuk orang yang ditangisi oleh tidak atau tidak oleh Rasulullah SAW, dia harus bisa mengislamkan dirinya setiap saat kerana yg nanti akan dimintai (Ditanya) pertanggungjawaban di Yaumil Akhir bukan hanya sebatas solat, zakat, saum, haji saja, tapi seluruh kehidupan dia berdetik.
Mudahan ini jadi bahan muhasabah bagi kita semua. Mari kita islamkan diri kita secara kaffah dalam batas kemampuan yg mampu kita lakukan kerana Allah tidak akan menuntut kita di luar kemampuan kita. Semoga kita bukan termasuk orang yang ditangisi oleh Rasulullah SAW.
والله أعلمُ بالـصـواب
Friday, 5 January 2024
Solat Sunat Qabliyah Subuh
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat sunat qabliyah subuh juga dikelnali dgn solat sunat fajar adalah ibadah sunat yang sangat dituntut untuk kita melakukannya. Tidak dinafikan lagi terdapat banyak kelebihan dan pahala yang dijanjikan kepada sesiapa yang melaksanakannya. [1]
Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW yg maksudnya:
"Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya."
Riwayat Muslim (725). [2]
Waktu & kepentingan solat sunat ini juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA yg maksudnya:
"Rasullah SAW melakukan 2 rakaat di antara azan dan Iqamah (Untuk solat Subuh) dan dia tidak pernah meninggalkannya".
Sahih Bukhari, hadis #1159. [3]
Begitu pentingnya solat sunat ini sehingga Nabi SAW sendiri tidak pernah meninggalkan nya. Marilah kita bersama2 melaksanakan solat sunat ini yg mungkin hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit tetapi ganjarannya amat besar iaitu lebih baik dari dunia & isinya.
Sila baca juga:
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan utama:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Al-Kafi #1726: Bilakah Waktu Menunaikan Solat Sunat Subuh.
[2] Sahih Muslim 725a. https://sunnah.com/muslim:725a
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 2, hadis #1159, ms 156. Darussalam Publishers and Distributors.

Monday, 1 January 2024
Thursday, 21 December 2023
Larangan (Haram) Meniru / Menyerupai Apa Yg Khusus Untuk Agama Lain
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]. [1]
Apa yg boleh dikatakan adalah kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain. [2]
Diingatkan bahawa, memakai pakaian yang melambangkan perayaan yang bukan Islam termasuk memakai topi Krismas adalah diharamkan. [3]
Berikut adalah contoh2 meniru atau / dan menyerupai apa yang khusus untuk agama lain:
- Memakai topi Santa Claus. [3]
- Memakai baju Santa Claus. [4]
- Menyanyi lagu Santa Claus. [4]
- Merayakan Krismas dan perayaan agama lain. [3]
- Penyertaan dalam sambutan Thaipusam / Ponggal. [4]
- Merayakan valentine day. [6]
- Memakai bindi (Tanda pada dahi di antara kedua bulu kening sperti yg diamalkan penganut Hindu). [5]
- Menyalakan api / lampu (Lilin etc) untuk mengingati sesuatu peristoiwa seperti Candlelight Vigil. [4]
- Dan lain2 lagi. Anda boleh lakukan kajian sendiri.
Tuesday, 19 December 2023
Solat Sunat Rawatib
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat rawatib ialah solat yang mengiringi solat2 fardhu, sebelum atau selepas solat fardhu itu. Solat sunat rawatib ini terbahagi kpd 2 iaitu Qabliyah (sebelum) & Ba'diyah (selepas). Waktu solat sunat qabliyah adalah antara azan pertama dan kedua (Iqamah). Unruk ba'diyah pula bolehlah dilakukan selepas solat fardhu.
Solat rawatib ini terbahagi kepada 2:

- Sunat muakkad: Ibadah yg sangat dituntut, digalakkan, diutamakan dan hampir mendekati wajib serta mendapat ganjaran yg amat besar dari Allah SWT.
- Sunat ghairu muakkad: Ibadah tambahan yang memiliki ganjaran tersendiri juga, namun tidak sebesar dari ibadah sunat muakkad.
- 2 rakaat sebelum solat Subuh.
- 4 rakaat sebelum solat Zohor.
- 2 rakaat selepas solat Zohor.
- 2 rakaat selepas solat Maghrib.
- 2 rakaat selepas solat Isyak.
- 2 rakaat sebelum solat Asar.
- 2 rakaat sebelum solat Maghrib.
- 2 rakaat sebelum solat Isyak.
| Solat Fardhu | Solat Qabliyah | Solat Ba'diyah | ||
|---|---|---|---|---|
| |
||||

