Page List

Friday, 5 January 2024

Solat Sunat Qabliyah Subuh

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.


Solat sunat qabliyah subuh juga dikelnali dgn solat sunat fajar adalah ibadah sunat yang sangat dituntut untuk kita melakukannya. Tidak dinafikan lagi terdapat banyak kelebihan dan pahala yang dijanjikan kepada sesiapa yang melaksanakannya. [1]

Ini seperti mana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA, sabda Nabi SAW yg maksudnya:

"Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya."
Riwayat Muslim (725). [2]

Waktu & kepentingan solat sunat ini juga diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA yg maksudnya:

"Rasullah SAW melakukan 2 rakaat di antara azan dan Iqamah (Untuk solat Subuh) dan dia tidak pernah meninggalkannya".
Sahih Bukhari, hadis #1159. [3]

Begitu pentingnya solat sunat ini sehingga Nabi SAW sendiri tidak pernah meninggalkan nya. Marilah kita bersama2 melaksanakan solat sunat ini yg mungkin hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit tetapi ganjarannya amat besar iaitu lebih baik dari dunia & isinya.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan utama:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Al-Kafi #1726: Bilakah Waktu Menunaikan Solat Sunat Subuh.
[2] Sahih Muslim 725a. https://sunnah.com/muslim:725a
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 2, hadis #1159, ms 156. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment