Page List

Thursday, 11 January 2024

Mari Kita Islamkan Diri Kita Secara Kaffah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ketika manuasia memilih kafir, itu haknya. Maka Allah SWT memberi kebebasan spenuhnya untuk manusia memilih kafir untuk menjalani kehidupan ini semahhu dia, semahu hawa nafsu dia. Allah SWT memberi kebebasan sepebuhnya.

Selakan baca di dalam Al-Quran atau hadis Rasulallah SAW, tidak akan kita temui satu ayat atau satu hadis bahawa Allah SWT mengatur kehidupan orang kafir. Orang kafir diberi kebebasan sepeuhnya untuk membuat apapin di dunia ini. Tinggal di harus menganngung resiko pilihannya itu di aahirat nanti.

Tetapi sesiapa yg memilih berimamn hilang sudah kebebasan ini sepenuhnya kerana seorang mukmim dia dituntut oleh Islam, katanya ASLAMA, berserah diri. Yang berimam kepada Allah SWT, dia harus menyerah dirinta sepenuhnya kepada Allah SWT. Sepenuhnya dia siap untuk diatur hidupnya oleh Allah SWT. Tanpa menggunakan akalnya untuk bertanya mengapa Allah wajibkan saya berbuat ini, kenapa Allah haramkan saya melakukan ini. Kalaupun petanyaan itu muncul dalam dirinya, maka keimamnannya akan menjawab saya alkukan ini kerana Allah perntahkan dan saya tinggalkan hal ini kerana Allah melarangnya. Itu jawapan seorang mukmim.

Dia tidak akan berusaha mencari hukum, alasan hukum, apa manfaat, apa hikmahnya kerana keimanannya akan mengatakan semua yg diperintahkan Allah pasti ada manfaatnya. dia mengerti atau tidat mengerti oleh akal dia, semua yang dilarang Allah pasti ada mudaratnya.

14 abad umat Islam tidak pernah mengerti bahawa dalam daging babi itu tedapat cacing pita. Cacing pita itu baru ditemukan di akhir abad 18 masihi. Apakah umat Islam selama 14 abad itu memakan daging babi .. tidak. Setiap yang dilarang oleh Allah pasti ditinggalkan oleh seorang mukmim.

Maka seorang mukmim harusnya siap untuk mengislamkan dirinya secara penuh, secara utuh, secara kaffah. Maka kepada orang yang memilih untuk berimam, Allah menyeru ...

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَاۤفَّةً ۖ

Ertnya: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam (kedamaian) secara menyeluruh".
Surah Al-Baqarah ayat 208.

Maksud kaffah ialah setiap orang yang beriman dituntut untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam. Tidak hanya percaya dan mengamalkan sebagian ajarannya tetapi menolak atau tidak mengerjakan yang lainnya.

Kalau memang kelian memilih untuk berimam masuklah ke dalam Islam itu secara kaffah, secara utuh. Mengislamkan diri kita setiap detik baik dalam hubungan habluminnallah mahupun habluminnanass. Itulah sdebabnya Allah menurunkan 6666 ayat Al-Quran yang sebahagian dari ayat Al-Quran ini dijelaskan lebih kurang 5000 hadis Rasulullah SAW. Kenapa Allah harus turunkan ribuah ayat Al-Quran dan hadis ini, kerana yang mahu diatur hidup seorang mukmim itu bukan sekadar solat, saum, zakat & haji sahaja, seluruh kehidupan dia berdetik mulai dari masuk WC keluar WC sampai mengatur kehidupan bermasyarakat & bernegara. ini kalau dia memilih berimam.

Kalau dia tidak mahu diatur hidupnya, jangan memilih berimam, pilih kafir.

Pada orang2 yang berfahaman sekularisma, liberalisma yg mahu memisahkan agama dari kehidupan, saya sering mengatakan kenapa repot2 harus menolak sebahagian aturan Allah, pilih sahaja KAFIR ... anda bebas sebebasnya. Kalau memilih berimam sudah hilang kebebasan itu. Dan pilihannya antara 1 di antara 2, memilih KAFIR atau memilih BERIMAN. Memilih berimam konsekuensinya kita sudah harus hisab Islam, mengislamkan diri kita, menyerahkan sepenuhnya diri kita untuk diatur hidup kita oleh Allah SWT.

Kerana itu setiap orang mukmim sedar betul bahawa selamat tidaknya dia, termasuk orang yang ditangisi oleh tidak atau tidak oleh Rasulullah SAW, dia harus bisa mengislamkan dirinya setiap saat kerana yg nanti akan dimintai (Ditanya) pertanggungjawaban di Yaumil Akhir bukan hanya sebatas solat, zakat, saum, haji saja, tapi seluruh kehidupan dia berdetik.

Mudahan ini jadi bahan muhasabah bagi kita semua. Mari kita islamkan diri kita secara kaffah dalam batas kemampuan yg mampu kita lakukan kerana Allah tidak akan menuntut kita di luar kemampuan kita. Semoga kita bukan termasuk orang yang ditangisi oleh Rasulullah SAW.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment