السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Surah An-Nas, iaitu surah Makkiyyah terdiri daripada 6 ayat.Ia diturunkan selepas surah Al-Falaq. Nama An-Nas diambil dari “An-Nās” yg berulang kali disebut dalam surah ini yg ertinya manusia.
Surah An-Nas ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang pentingnya kita semua berlindung kepada Allah SWT sebagai pelindung mutla daripada segala kejahatan yang datang ke dalam jiwa manusia, samada ia datang daripada jin mahupun manusia (Contohnya sihir).
Berikut adalah 6 ayat dari Surah An-Nas.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rab (yang memelihara dan menguasai) manusia."
مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢
Raja manusia.
إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ ٣
Sembahan manusia.
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ ٤
Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.
ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥
yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia.
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ ٦
daripada (golongan) jin dan manusia.
Cara membacanya adalah seperti berikut.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment