Page List

Thursday, 21 December 2023

Larangan (Haram) Meniru / Menyerupai Apa Yg Khusus Untuk Agama Lain

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud (4031), Ahmad (5114) (5115) (5667), Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (19401), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (8327), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (1154) dan al-Bazzar dalam Musnadnya (2966)]. [1]

Apa yg boleh dikatakan adalah kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain. [2]

Diingatkan bahawa, memakai pakaian yang melambangkan perayaan yang bukan Islam termasuk memakai topi Krismas adalah diharamkan. [3]

Berikut adalah contoh2 meniru atau / dan menyerupai apa yang khusus untuk agama lain:
  • Memakai topi Santa Claus. [3]
  • Memakai baju Santa Claus. [4]
  • Menyanyi lagu Santa Claus. [4]
  • Merayakan Krismas dan perayaan agama lain. [3]
  • Penyertaan dalam sambutan Thaipusam / Ponggal. [4]
  • Merayakan valentine day. [6]
  • Memakai bindi (Tanda pada dahi di antara kedua bulu kening sperti yg diamalkan penganut Hindu). [5]
  • Menyalakan api / lampu (Lilin etc) untuk mengingati sesuatu peristoiwa seperti Candlelight Vigil. [4]
  • Dan lain2 lagi. Anda boleh lakukan kajian sendiri.

Semoga kita dapat bersama2 meningkatkan kesedaran tentang larangan untuk meniru & menyerupai pakain, activiti dan aturcara yg khusus dilakukan oleh agama lain. Akibatnya amat jelas jika kita menyerupai mereka seperti yg diterangkan oleh hadis [1] di atas.

Semoga kita semua sentiasa berada di dallam lindungan & redha Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-302: Syarah Hadith Tasyabbuh.
[2] Jabatan Mufti Negeri Perlis (2019). Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’
[3] Pejabat Mufti Negeri Terengganu. Hukum Memakai Topi Krismas Bagi Umat Islam.
[4] Mohd A.R, Faizah I., Ahmad B.A, Mohammad A.J. (2013). Fenomena Al-Tasyabbuh (Penyerupaan) Dalam Sambutan Perayaan Masyarakat Majmuk Di Malaysia. eJournal UM.
[5] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2021). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-545: Hukum Memakai Bindi Dan Sari Di Dalam Islam.
[6] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2017). Bayan Linnas Siri Ke-84: KeMana Arah Tuju Hari Kekasih?.

No comments:

Post a Comment