Page List

Saturday, 24 December 2022

Sudah Ke Bayar Zakat?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tak sampai beberapa hari lagi tahun 2022 akan berakhir tapi ... sudah ke anda bayar zakat pendapatan anda?

Apa itu zakat?

Dari segi bahasa, perkataan zakat yang berasal daripada bahasa Arab bermaksud bersih, suci dan berkat. Pengertiannya adalah dalam konteks membersihkan harta, juga diri sendiri daripada sifat kedekut dan bakhil.

Dari sudut syarak, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Syarat wajib berzakat adalah beragama Islam, merdeka, baligh dan berakal, manakala harta itu perlu cukup nisab dan haul serta dimiliki secara sempurna.

Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat pendapatan adalah di dalam kategori zakat harta.

Zakat pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan melalui gaji dan pendapatan lain Menurut Dr Yusof al-Qaradawi di dalam kitab Fiqh al-Zakat, pekerjaan manusia seperti doktor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan sebagainya tidak kira bekerja dengan kerajaan atau swasta di mana mereka bekerja dan diberi gaji bulanan secara tetap, pendapatan yang diperolehi itu dipanggil al-mal al-mustafad. Ia wajib dizakatkan bila sudah mencapai syaratnya.

Kewajipan zakat ke atas pendapatan adalah berdasarkan daripada firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, 267.

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),

Sebelum membuat bayaran zakat pendapatan, terdapat item-item atau perkara yang mempunyai perbelanjaan khusus harus ditolak terlebih dahulu seperti diri sendiri, isteri dan anak-anak. Untuk mengetahui jumlah pendapatan yang harus ditolak sebelum melaksanakan zakat pendapatan, eloklah pergi ke kaunter zakat berdekatan untuk mendapat khidmat nasihat.

Zakat pendapatan yang dikenakan ke atas seseorang individu adalah pendapatan tahunan tolak perbelanjaan yang disebut seperti di atas dan baki daripadanya adalah disebut pendapatan bersih. yang mana akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% sahaja.

Pergilah ke ke kauter zakat berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara percuma untuk jumalh yang akan dizakatkan.

Banyak faedah membayar zakat dan salah satunya adalah untuk keberkatan rezeki.

والله أعلمُ بالـصـواب

No comments:

Post a Comment