السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramadhan hinga menjelang Syawal.
Hanya tinggal 3 atau 4 hari lagi Ramadhan tahun ini akan berlalu pergi dan bila menjelang 1 Syawal kita semua insyaAllah akan menunaikan solat sunat hari raya di pagi hari.
Solat sunat Hari Raya ini terbahagi kpd 2 iaitu solat sunat Hari Raya Fitrah (Aidil fitri) yg dikerjakan pd 1 Syawal dan solat sunat Hari Raya aidil Korban (Aidil Adha) yg di kerjakan pada 10 Zulhijjah.
Waktu untuk mengerjakan kedua2 solat sunat ini adalah bermula dari terbit matahari sehingga iainya tergelincir.
Hukum kedua2 solat Hari Raya ini adalah sunat muakkad terhadap kaun lelaki dan wanita yg bermukim atau bermusafir. Solat ini boleh dikerjakan secara individu tetapi adalah digalakkan untuk dikerjakan secara berjemaah.
Jumalh rakaat adalah 2.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya
Pada pagi 1 Syawal, di sunatkan untuk kita mandi sunat Hari Raya. Selepas itu pergilah ke masjid / surau untuk Solat fardhu subuh berjemaah. Biasanya solat sunat Hari raya ini akan bermula pd jam 8 pagi (Sila check jadual di masjid / surau di kawasan anda). Biasanya solat akan dikerjakan di masjid atau surau atau mungkin juga di kawasan lapang. Sementara menunggu waktu solat itu eloklah kita bertakbir beramai2.
Rakaat Pertama
Seperti solat yg lain, solat sunat Hari Raya dimulakan dgn niat seperti dibawah:
أصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah SWT." Tanggapan sy adalah kita semua sebagai makmum. Jika seorang imam, sila tukar مَأْمُوْمًا kepada اِمَامًا.
Selepas itu, seperti solat2 berjemaah yg lain, kita akan mengikut imam untuk lakukan takbiratul ihram (الله أكبر) dan seterusnya membaca Doa Iftitah. Selesai doa iftitah, kita akan mengikut imam untuk bertakbir sebanyak 7 kali dgn lafaz tasbih setiap takbir seperti berikut.
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maksudnya: "Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar."
Selesai takbir & lafaz tasbih ke-7, kita akan membaca Al-Fatihah (Wajib baca). Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum lebih afdhal dibaca setelah imam selesai membaca surah al-Fatihah. Setelah itu imam akan membaca surah pilihan. Selepas itu, imam akan rukuk dan menyempurnakan
rukun2 solat seperti biasa dengan diikuti oleh makmum.
Rakaat Kedua
Sebaik sahaja imam bangkit berdiri tegak untuk rakaat kedua, imam akan bertakbir dan diikuti makmum sebanyak lima (5) kali takbir. Sama seperti di rakaat pertama, kita akan melafazkan tasbih di antara takbir. Selepas itu imam akan membaca Al-Fatihah (Wajib juga dibaca oleh makmum) diikuti dgn surah pilihan. 5elepas itu, imam akan rukuk, sujud dan seterusnya sehingga selesai memberi salam.
Nota:
Secara urmumnya solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sama dari segi rukun dan syarat solat fardu (Seperti rukun sah solat & rukun kauli), kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap2 takbir.
Sekiranya seseorang terlupa atau mengerjakan solat hari raya tanpa takbir yang disunatkan, solatnya tetap sah.
Untuk solat Hari Raya yang dilaksanakan secara berjemaah, imam akan terus bangun, naik ke mimbar dan menghadap makmum lalu membaca Khutbah Hari Raya Aidilfitri. Walaupun hukum khutbah itu adalah sunat sahaja, kita digalakan untuk terus duduk dan mendengar khutbah itu dan berdoa bersama2.
Untuk memeudahlan lagi pemahaman tentang solat sunat Hari Raya ini, saya sertakan youtube dari Ustaz Kazim Elias.
Semoga Allah SWT memudahan urusan kita untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya. Aminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
1. Muhammad Fahmi Rusli (2020), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-155: Hukum Hakam Pelaksanaan Solat Hari Raya Aidil Fitri Di Rumah.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2020). Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah.
3. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.
Tidak lama lagi dlm 6 hari lagi insyaAllah kita akan menyambut 1 Syawal dan ini bermakna hanya tinggal 6 hari lagi untuk kita membayar zakat fitrah kpd amil yg dilantik oleh pihak berkuasa. Saya sarankan untuk kita semua membayar zakat fitrah ini secepat mungkin untuk mengelakkan segala kerumitan bila mahu membayar di saat2 akhir.
Hukum Zakat Fitrah
Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas setiap individu. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu Membayar Zakat Fitrah
Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Nota: Sumber rujukan dari Pusat Pungutan Zalat (PPZ), MAIWP.
Kadar bayaran zakat fitrah ini berbeza-beza mengikut negeri oleh itu sila layari portal bayaran zakat online setiap negeri seperti di bawah atau bertanya kpd amil di tempat anda tinggal.
Bayarlah zakat fitrah dgn segera. Jangan tunggu hingga di saat2 akhir Ramadhan untuk megelakkan sebarang kerumitan seperti sukar untuk mangakses portal bayaran online yg sesak.
Jika tidak dapat berjumpa dgn mana2 amil, kita boleh juga bayar secara online seperti melalui link pautan di bawah:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramadhan hingga ke penghuungnya. Aaminn.
Mungkin antara kita ingin menzizrahi pusara ibu dan ayah kita yg telah pergi dahulu dari kita pada 1 Syawal nanti. Merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan (2015), Irsyad Al-Fatwa ke-42, hukum menzizrah kubur pada Hari Raya terbahagi kpd dua iaitu Makruh & Harus. Saya secara peribadi memilih Harus seperti yg diterangkan of fatwa itu kerana tiada perintah dan dan larangan secara khusus disamping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur
Menziarahi kubur ini sebenarnya boleh dilakukan bila2 masa dan kepercayaan yg menziarah kubur pada Hari Raya itu mempunyai fadhilat khusus adalah salah dan tidak benar.
Eloklah kita sama2 pastikan apakah objectif kita untuk menziarah kubur ini.
Daripada Buraidah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yg maksudnya.
"Aku pernah melarang kalian daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah ia."
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Isti'zan an-Nabiyy sallallahu 'alaihi wa sallam Rabbahu Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 977]
Dalam riwayat At-Tirmizi pula disebutkan Yg Nabi SAW juga bersabda yg maksudnya.
"Sesungguhnya ia (iaitu menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada akhirat." [Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Jaa Fi ar-Rukhsah Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 1054, hasan sahih]
Jadi objectif utama kita menziarahi kubur adalah untuk kita menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat dengan menghisab diri samaada akan menuju ke syurga atau ke neraka. Sesungguhnya menziarahi kubur ini mampu membuatkan kita berfikir tentang hakikat kehidupan. Berapa lagi masa yang ade untuk menyediakan 'bekal' untuk dibawa ke sana? Bagaimana keadaan diri ketika pengakhiran hidup, dapat ke kita ucap لاَ إِلَهَ إِلَّاالله sebelum menghembus nafas terakhir? Bolehkah kita menjawab soalan2 dari Munkar & Nakir? Apa yg boleh ditinggalkan yg boleh memberi manfaat kpd orang yg masih hidup?
Memang ade byk persoalan yg akan bermain di fikiran kita dgn menziarah kubur ini yg menjurus untuk kita menginsafi diri.
Semasa masuk ke kawasan perkuburan eloklah kita memberi salam. Ade byk versi bacaan salam ini dan sy selalu baca yg ringkas di bawah ini.
السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ
Maksudnya: "Assalamu'alaikum ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman dan insyaAllah kami akan menyusuli kamu semua." (HR Muslim)
Semasa menziarahi kubur itu eloklah kita mendoakan si mati. Tiada bacaan2 khusus (Ayat Al-Quran) di sini, cukup kita membaca ayat2 yg kita mampu. Segala adab hendaklah di jaga seperti tidak duduk di atas kubur, tidak solat ke arah kubur dan sebagainya.
Semoga segala usaha kita untuk mendoakan keampunan serta kesejahteraan kepada si mati dimakbukan Allah SWT. Aminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. InsyaAllah minggu depan kita akan memasuki 10 akhir Ramadhan yang terdapat padanya malam al-Qadar. Semoga kita dapat mengisi 10 malam terakhir dengan ibadat dan InsyaAllah dengannya kita memperolehi malam Lailatulqadar.
Ade byk perbahasan tentang bila sebenanya malam al-Qadar itu. Ade yg menagtakan malam ke-25, malam ke-27 dan sebagainya. Apa yg penting adalah kira terus mengfokus dgn inbadat seperti qiamullail pada bulan Ramdhan ini lebih2 lagi pada malam 10 terakhir semoga Allah SWT dengan limpah rahmarNya menemukan kita dgn malam al-Qadar itu yg penuh dengan kemulian seperti firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr: 1-3:
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Juga daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ ، أَحْيَا اللَّيْلَ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (menjauhi daripada melakukan hubungan seksual dengan isteri-isterinya)”. Riwayat Muslim: 2015.
Marilah kita sama2 memburu malam al-Qadar ini semoga Allah petemukan kita. آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Di bawah ini adalah ulasan dari JAKIM (2013) tentang solat tasbih.
Mengenai solat ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi’iyah bahawa solat tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadis2 yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat
dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika
tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup. Walaupun hadis2 tersebut tidak kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai’l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.
Solat sunat Tasbih ini boleh dilakukan pada siang atau malam hari. Jika di lakukan di malam hari diasingkan empat rakaat dgn 2 salam dan jika di siang hari diteruskan terus 4 rakaat dgn 1 salam.
Jika menjadi imam semasa solat tasbih ini, bacaan surah Al-Fatihah dan surah selepasnya hendaklah secara jahriyyah (Jahr) yg bermaksud sunat untuk diperdengarkan.
Bacaan tasbih:
ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠﻪْ ﻭَﻵ ﺍِﻟَﻪَ ﺍِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠﻪْ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﺍَﻛْﺒَﺮْ
Cara2 untuk melakukan solat tasbih.
No.
Langkah-Langkah (Steps)
Bilangan Bacaan Tasbih
Catatan
1
Lafaz niat:Waktu siang: "Sahaja aku solat sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Taala.” Waktu malam: Sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala."
Tiada bacaan tasbih
Jika waktu siang, solat adalah 4 rakaat dgn 1 salam. Segalan rukun solat hendaklah dipatuhi.
2
Berdiri betul
15
Tasbih dibaca selepas Al-Fatihah dan surah (Toada surah khusus di sini).
3
Rukuk
10
Tasbih dibaca selepas bacaan rukuk سُبْحَانَ رَبِّىَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
4
I’tidal
10
Tasbih dibaca selepas bacaan I'tidal ... سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
5
Sujud
10
Tasbih dibaca selepas bacaan sujud:سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
6
Duduk antara 2 sujud
10
Tasbih dibaca selepas bacaan antara 2 sujud: ... رب اغفر لي
7
Sujud kedua
10
Tasbih dibaca selepas bacaan sujud
8
Duduk istirehat / tasyahhud
10
Tasbih dibaca semasa dudku istirehat dan sebelum bangun atau duduk tasyahhud (Tasbih dibaca selepas habis membaca ... اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَ)
-
Jumalh bacaan tasbih
75
Jumlah untuk setiap rakaat.
Kesimpulannya jumlah bacaan tasbih bagi setiap rakaat adalah 75.
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 4, jadi jumlah keseluruhan bacaan tasbih adalah
4 rakaat X 75 = 300.
Peringatan:
Jika terlupa membaca tasbih pada salah satu tempatnya, bolehlah digantikan pada tempat berikutnya supaya tetap mencukupi bilangan
tasbihnya sebanyak 300 kali.
Ketika duduk tahiyyat bacalah bacaan tahiyyat terlebih dahulu kemudian barulah baca tasbih.
Selepas memberi salam hendaklah berdoa kepada Allah SWT.
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat sunat hajat adalah solat untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing2 dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama.
Cara solat sunat hajat adalah sama dengan solat sunat yg lain. Solat ini tidak ditentukan jumlah rakaat sebenar tapi biasanya dilakukan antara 2
hingga 12 rakaat (Setiap 2 rakaat disudahi dgn satu salam).
Contoh niatnya:
"Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala."
Surah2 lazim yg biasa bibaca selepas Al-Fatihah pd rakaat pertama adalah surah Al-Kafirun dan pd rakaat kedua adalah surah Al-Ikhlas.
Jika menjadi imam semasa solat hajat ini, bacaan Al-Fatihah serta surah selepasnya hendaklah secara sirriyyah (Sirr) yg bermaksud sunat untuk diperlahankan.
Sebaik sahaja selesai solat hajat itu (Selepas salam), terus sujud dan semasa sujud berdoalah pada Allah SWT terhadap apa yg dihajati (Dgn apa bahasa sekalipun) mudah-mudahan segala hajat yg baik2 diterima oleh Allah SWT, insyaAllah.
Sila baca juga:
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat sunat tahajjud ialah solat sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Jadi ... anda dikehendaki untuk tidur dahulu walau sebentar sebelum melakukan solat sunat ini.
Solat ini dilakukan paling kurang 2 rakaat dan boleh dilakukan seberapa banyak rakaat (Dalam gandaan 2 rekaat) yang termampu. Waktu afdal adalah sepertiga malam terakhir yang biasa kita katakan lebih-kurang dari pukul 3 pagi hingga habis waktu Isyak
Contoh niatnya:
"Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat (Mengikut imam, jika berjemaah) kerana Allah taala.”
Cara solat sunat tahajjud ini adalah sama seperti solat sunat yang lain dan yang membezakannya adalah keperluan untuk tidur walau sebentar sebelum melakukannya. Lazimnya pada rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, dibaca sural Al-Kafirun atau mana2 surah yang mampu dibaca dan pada rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas. Selepas selesai solat berdoa dan bykkan istighfar.
Sila baca juga:
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Solat sunat taubat adalah solat memohon keampunan dan taubat nasuha daripada Allah SWT. Fundamentals untuk taubat adalah menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan, berhenti dari melakukan dosa itu lagi dan berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Contoh niatnya:
“Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala."
Cara solat sunat taubat ini dilakaukan 2 rakaat iaitu sama dgn solat sunat yang lain. Kita boleh memilih mana2 surah untuk dibaca selepas membaca surah Al-Fatihah. Selepas selesai solat berdoalah untuk keampunan dari Allah SWT keatas segala dosa2 kita.
Solat sunat taubat tidak memerlukan kita untuk tidur terlebih dahulu. Taubat (Solat sunat taubat) dan meminta ampun dari Allah SWT ini boleh dilakukan bila2 masa dan janganlah kita bertangguh untuk melakukannya.
Nota:
Untuk kita bertaubat kepada Allah SWT keatas segala kesalahan / dosa, Kita hanya perlu terus bertaubat dgn segera iaitu berhenti melakukan kesalahan / dosa itu dgn serta merta, menyesali kesalahan kita dan berazam yg tinggi untuk tidak mengulangi kesalahan / dos itu. Sunat untuk kita melakaukan solat taubat.
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramashan hingga ke penghuungnya. Aaminn.
Banyak amalah / ibadah sunat yang boleh kita lakukan di hri2 biasa dan lebih2 lagi di bulan Ramadhan disamping fardhu puasa. Salah satu yang sangat digalakkan adalah qiamullail.
Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT. Waktu afdal adalah sepertiga malam terakhir yang biasa kita katakan lebih-kurang dari pukul 3 pagi hingga habis waktu Isyak.
Mengapa sepertiga malam yang terakhir adalah waktu utama (Afdal) untuk qiamullail?
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Nabi SAW bersabda:
"Allah turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadakepada- Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar" (HR. Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758)
Rasulullah dalam sabda lainnya:
"Di waktu malam terdapat satu saat dimana Allah akan mengabulkan doa setiap malam.” (HR Muslim No. 757)
Apakah kelebihan qiamullail?
Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadat qiamullail. Diantaranya ialah firman Allah SWT dlm Surah al-Isra’: 79 yang maksudnya:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
Amalan2 solat sunat semasa qiamullail.
Disamping amalan ibadah lain seperti membaca Al-Quran dan berzikir, berikut adalah solat2 sunat yang biasa dilakukan semasa qiamullail.
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2013). Panduan Qiamullail. OMR Press Sdn Bhd.
2. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.
والله أعلمُ بالـصـواب
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah, Ramadhan hampir menjelma minggu depan. Marilah sama2 kita menginsafi diri kita seterusnya menjadi yang terbaik dalam kesempatan yang ada dalam menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Hendaklah kita merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan yang datang dengan tawaran tuhan yang lumayan. Hendaklah kita ...
1. Perbaiki Niat.
Tanpa niat maka ianya tidak dikira sebagai ibadah boleh jadi hanya menjadi adat kebiasaan sahaja. Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah SWT.
2. Berdoa.
Marilah kita sama2 perbanyakkan doa di bulan Ramadhan untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran.
Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa. Di dalamnya diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk buat sekalian manusi. Perbanyakkan bacaan Al-Quran supa mendapat kebaikan seperti mendapatkan pahala, memberikan syafaat ketika hari akhirat dan hati lebih tenang dan tentram, InsyaAllah.
4. Bersedekah & Memberi Makan.
Besar sungguh ganajaran bersedekah ini sperti hais d bawah.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.
Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
5. Qiyam.
Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah SWT. Disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat yang dikenali dengan Solat Taraweh secara berjemaah ataupun bersendirian.
Maka marilah kit rebut peluang2 yang ada di bulan Ramadhan agar tawaran yang telah disediakan oleh Allah SWT ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan: Datuk Dr. Zulkifli, Mufti Wilayah Persekutuan, 3 Jun 2016 bersamaan 27 Sya’ban 1437H.