Page List

Monday, 17 April 2023

Solat Sunat Hari Raya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramadhan hinga menjelang Syawal.

Hanya tinggal 3 atau 4 hari lagi Ramadhan tahun ini akan berlalu pergi dan bila menjelang 1 Syawal kita semua insyaAllah akan menunaikan solat sunat hari raya di pagi hari.

Solat Aidil Fitri

Solat sunat Hari Raya ini terbahagi kpd 2 iaitu solat sunat Hari Raya Fitrah (Aidil fitri) yg dikerjakan pd 1 Syawal dan solat sunat Hari Raya aidil Korban (Aidil Adha) yg di kerjakan pada 10 Zulhijjah.

Waktu untuk mengerjakan kedua2 solat sunat ini adalah bermula dari terbit matahari sehingga iainya tergelincir.

Hukum kedua2 solat Hari Raya ini adalah sunat muakkad terhadap kaun lelaki dan wanita yg bermukim atau bermusafir. Solat ini boleh dikerjakan secara individu tetapi adalah digalakkan untuk dikerjakan secara berjemaah.

Jumalh rakaat adalah 2.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hari Raya

Pada pagi 1 Syawal, di sunatkan untuk kita mandi sunat Hari Raya. Selepas itu pergilah ke masjid / surau untuk Solat fardhu subuh berjemaah. Biasanya solat sunat Hari raya ini akan bermula pd jam 8 pagi (Sila check jadual di masjid / surau di kawasan anda). Biasanya solat akan dikerjakan di masjid atau surau atau mungkin juga di kawasan lapang. Sementara menunggu waktu solat itu eloklah kita bertakbir beramai2.

Rakaat Pertama

Seperti solat yg lain, solat sunat Hari Raya dimulakan dgn niat seperti dibawah:

أصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: "Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah SWT."
Tanggapan sy adalah kita semua sebagai makmum. Jika seorang imam, sila tukar مَأْمُوْمًا kepada اِمَامًا.

Selepas itu, seperti solat2 berjemaah yg lain, kita akan mengikut imam untuk lakukan takbiratul ihram (الله أكبر) dan seterusnya membaca Doa Iftitah. Selesai doa iftitah, kita akan mengikut imam untuk bertakbir sebanyak 7 kali dgn lafaz tasbih setiap takbir seperti berikut.

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maksudnya: "Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar." Selesai takbir & lafaz tasbih ke-7, kita akan membaca Al-Fatihah (Wajib baca). Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum lebih afdhal dibaca setelah imam selesai membaca surah al-Fatihah. Setelah itu imam akan membaca surah pilihan. Selepas itu, imam akan rukuk dan menyempurnakan rukun2 solat seperti biasa dengan diikuti oleh makmum.

Rakaat Kedua

Sebaik sahaja imam bangkit berdiri tegak untuk rakaat kedua, imam akan bertakbir dan diikuti makmum sebanyak lima (5) kali takbir. Sama seperti di rakaat pertama, kita akan melafazkan tasbih di antara takbir. Selepas itu imam akan membaca Al-Fatihah (Wajib juga dibaca oleh makmum) diikuti dgn surah pilihan. 5elepas itu, imam akan rukuk, sujud dan seterusnya sehingga selesai memberi salam.

Nota:
  • Secara urmumnya solat sunat Hari Raya Aidilfitri adalah sama dari segi rukun dan syarat solat fardu (Seperti rukun sah solat & rukun kauli), kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap2 takbir.
  • Sekiranya seseorang terlupa atau mengerjakan solat hari raya tanpa takbir yang disunatkan, solatnya tetap sah.

Untuk solat Hari Raya yang dilaksanakan secara berjemaah, imam akan terus bangun, naik ke mimbar dan menghadap makmum lalu membaca Khutbah Hari Raya Aidilfitri. Walaupun hukum khutbah itu adalah sunat sahaja, kita digalakan untuk terus duduk dan mendengar khutbah itu dan berdoa bersama2.

Untuk memeudahlan lagi pemahaman tentang solat sunat Hari Raya ini, saya sertakan youtube dari Ustaz Kazim Elias.



Semoga Allah SWT memudahan urusan kita untuk mengerjakan solat sunat Hari Raya. Aminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
1. Muhammad Fahmi Rusli (2020), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-155: Hukum Hakam Pelaksanaan Solat Hari Raya Aidil Fitri Di Rumah.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM (2020). Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah.
3. Ustaz Johari Yaman (2010). Bimbingan, Penghayatan Dan Kesempurnaan Solat. Percetakan Zafar.

No comments:

Post a Comment