السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki untuk menikmati Ramdhan yang penuh barakah ini. Semoga kita terus dipermudahlan untuk terus mengharungi Ramadhan hingga ke penghuungnya. Aaminn.
Mungkin antara kita ingin menzizrahi pusara ibu dan ayah kita yg telah pergi dahulu dari kita pada 1 Syawal nanti. Merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan (2015), Irsyad Al-Fatwa ke-42, hukum menzizrah kubur pada Hari Raya terbahagi kpd dua iaitu Makruh & Harus. Saya secara peribadi memilih Harus seperti yg diterangkan of fatwa itu kerana tiada perintah dan dan larangan secara khusus disamping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur
Menziarahi kubur ini sebenarnya boleh dilakukan bila2 masa dan kepercayaan yg menziarah kubur pada Hari Raya itu mempunyai fadhilat khusus adalah salah dan tidak benar.
Eloklah kita sama2 pastikan apakah objectif kita untuk menziarah kubur ini.
Daripada Buraidah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yg maksudnya.
"Aku pernah melarang kalian daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah ia."
[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Isti'zan an-Nabiyy sallallahu 'alaihi wa sallam Rabbahu Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 977]
Dalam riwayat At-Tirmizi pula disebutkan Yg Nabi SAW juga bersabda yg maksudnya.
"Sesungguhnya ia (iaitu menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada akhirat."
[Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Jaa Fi ar-Rukhsah Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 1054, hasan sahih]
Jadi objectif utama kita menziarahi kubur adalah untuk kita menginsafi diri tentang hari kematian, alam kubur (barzakh) dan Hari Kiamat dengan menghisab diri samaada akan menuju ke syurga atau ke neraka. Sesungguhnya menziarahi kubur ini mampu membuatkan kita berfikir tentang hakikat kehidupan. Berapa lagi masa yang ade untuk menyediakan 'bekal' untuk dibawa ke sana? Bagaimana keadaan diri ketika pengakhiran hidup, dapat ke kita ucap لاَ إِلَهَ إِلَّاالله sebelum menghembus nafas terakhir? Bolehkah kita menjawab soalan2 dari Munkar & Nakir? Apa yg boleh ditinggalkan yg boleh memberi manfaat kpd orang yg masih hidup?
Memang ade byk persoalan yg akan bermain di fikiran kita dgn menziarah kubur ini yg menjurus untuk kita menginsafi diri.
Semasa masuk ke kawasan perkuburan eloklah kita memberi salam. Ade byk versi bacaan salam ini dan sy selalu baca yg ringkas di bawah ini.
السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ
Maksudnya: "Assalamu'alaikum ke atas kamu semua penduduk negeri orang beriman dan insyaAllah kami akan menyusuli kamu semua." (HR Muslim)
Semasa menziarahi kubur itu eloklah kita mendoakan si mati. Tiada bacaan2 khusus (Ayat Al-Quran) di sini, cukup kita membaca ayat2 yg kita mampu. Segala adab hendaklah di jaga seperti tidak duduk di atas kubur, tidak solat ke arah kubur dan sebagainya.
Semoga segala usaha kita untuk mendoakan keampunan serta kesejahteraan kepada si mati dimakbukan Allah SWT. Aminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment