Page List

Monday, 24 March 2025

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1446H


Alhamdulillah, kita mula puasa pada 2 Mar 2025 (1 Ramadan) dan Raya pada 31 Mar 2025 (1 Syawal 1446H).

Saturday, 22 March 2025

Menyesal Kerana Tidak Mengikut Petunjuk Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Di dunia, kita sering kali diberi peringatan tentang ajaran Allah, tetapi ada yang lebih suka mengikut hawa nafsu daripada mengikuti petunjuk-Nya. Mereka hanya menyedari kesalahan mereka setelah kematian, tetapi ketika itu sudah tiada peluang untuk kembali.

Allah SWT berfirman:

"Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan mereka (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan kebajikan!'" (Surah As-Sajdah: 12)

Hari ini kita masih hidup dan masih ada peluang untuk mengikuti petunjuk Allah. Jangan tunggu sehingga terlambat

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Menyesal Kerana Berkawan Dengan Orang Yang Salah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji dan syukur kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Berkawan dgn orang yg salah boleh membawa kita jauh dari agama. Di dunia, kita mungkin menganggap persahabatan sebagai sesuatu yang biasa, tetapi di akhirat nanti, orang yg membawa kita ke jalan kebinasaan akan menjadi sebab utama penyesalan.

Allah SWT berfirman:

يَـٰوَيْلَتَىٰ لَيْتَنِى لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًۭا

Ertinya: "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!"
Surah Al-Furqan, ayat 28.

Pilihlah sahabat yg mendekatkan kita kepada Allah. Jika hari ini kita masih berada dalam lingkungan yang melalaikan, belum terlambat untuk berubah.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 21 March 2025

Taubat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Setiap insan pasti melakukan kesilapan yg mungkin dibuat secara terang-terangan atau dalam keadaan tidak dilihat orang. Allah SWT yg maha agung lagi maha mengasihi hamba-Nya sentiasa memberi peluang kpd hamba-Nya untuk memohon kampunan serta keredhaan. Jadi mohonlah keampunan dari Allah atau dgn kata mudah bertaubat yg mana hukumnya adalah wajib.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakr Al-Siddiq R.anh beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ ‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:

‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]

Sunan Abu Dawud, hadis no. 1521, status: Hasan. [1]

Berdasarkan hadis di atas, baginda Nabi SAW memberikan suatu cara untuk seseorang yg telah melakukan dosa itu membersihkan diri mereka dari perbuatan tersebut. Iaitu dgn cara mengambil wuduk dgn sempurna, kemudian menunaikan solat dua rakaat yg dikenali dgn name solat sunat taubat dan dituruti dgn istighfar kepada Allah SWT.

Juga penting untuk diberi perhatian di dalam kita bertaubat itu menurut Imam al-Nawawi, seorang ulama ahli hadis dan fiqh dalam kitab Riyadhus Shalihin, ada tiga cara taubat kita diterima Allah SWT iaitu
  1. Hendaklah kita menjauhi dosa atau maksiat dilakukan.
  2. Menyesal atas dosa yang kita lakukan.
  3. Berazam tidak mengulangi lagi kesalahan yang dilakukan.
Riyadhus Shalihin. [2]

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 2, The Book of Witr, ms. 217, Hadis no. 1521. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Riyadhus Shalihin - Imam An-Nawawi (2016). Bab 2 Taubat, ms. 17. Shahih.

10 Malam Terakhir Ramahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Salam Ramadhan Mubarak untuk semua.

Rasanya baru semalam kita mula berpuasa, dah tinggal 10 malam terakhir sahaja lag ... 10 malam terakhir ni nak buat apa kita semua?

Malam2 ini adalah peluang untuk kita tingkatkan amal ibadah, dalam misi mencari Lailatul Qadar.

Pada malam alQadr, malaikat dan Jibril turun dengan membawa rahmat dan ketenangan, menjadikannya satu malam yang penuh keberkatan sehingga terbit fajar. Ayuh kita sama2 berusaha meraih keistimewaan malam ini dengan memperbanyakkan amalan, bersedekah, dan membantu mereka yang memerlukan.

Kebanyakkan kita akan mlakukan qiamullail untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan ini.

Semoga Allah SWT sentiasa meredhai kita semua dan kita berjaya menemukan Lailatul Qadar pada tahun ini.

والله أعلمُ بالـصـواب

Wednesday, 19 March 2025

Negara Yemen Menyokong Palestin

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Israel yahudi laknatullah pada selasa 18 Mar 2025 telah menyerang / mengebom saudara2 kita di Gaza di bulan Ramadhan ini. Dilaporkan sekurang2nya 200 saudara kita terkorban.



Hanya ada satu negara Islam sahaja yg berani menyokong Palestin dalam konflik iaitu Yemen. Yemen telah menyerang balik ketenteraan Amerika yg begitu jelas menyokong tindakan ganas lagi zalim Israel yahudi terhadap saudara2 kita di Gaza.

Memang ada orang kita yg memendang sinis terhadap Yemen yg dikatakan syiah.

Persoalannya sekarang mengapa Yemen yg dikatakan syiah itu datang membantu & meyokong perjuangan saudara2 kita di Gaza???

Jawapannya adalah disebabakan pemimpin2 dari negara Islam TERMASUK DIRI KITA yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, yg mengaku cintakan Nabi SAW hanya duduk diam, membisu & berpeluk tubuh bila mengetahui sengsaranya saudara2 kita dizalimi di Gaza.

Adakah anda sebahagian dari mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah yg hanya mahu diam membisu dan berpeluk tubuh itu? Hanya anda sendiri mampu menjawabnya.

Doa buat saudara2ku di Gaza/Palestin ...

‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’

“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahMu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu."

Aaminn.


والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 14 March 2025

Perkara Pelik Yg Dilakukan Di Bulan Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah SWT dan diberi kekuatan untuk beribadah.

Ada beberapa perkara yg pelik dilakukan oleh segelintir orang semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. Semoga kita dihindarkan dari melakukan perkara2 pelik di bawah semasa Ramadhan.

  • Puasa tetapi tidak solat.
    Solat itu perkara fardhu dan ia adalah perkara pertama yg akan ditanya pada hari akhirat.

  • Pergi berjemaah di masjid / surau untuk solat sunat terawih tetapi solat fardhu dilakukan di rumah.
    Solat fardhu 5 waktu itu adalah lebih tinggi kepentingannya dari solat sunat terawih. Mungkin ada yg lebih pelik hanya pergi berjemaah di amsjid untuk solat sunat Hari Raya sahaja, yg lain tidak pergi.

  • Berbuka puasa dgn hisap rokok.
    Rokok itu difatwakan haram dan jika kita berbuka dgn menghisap rokok maka puasa kita sehari itu akan tergugat disebabkan berbuka dgn benda haram.

  • Ibubapa solat terawih di masjid (Atau tidak pergi langsung} tetapi membiarkan anak2 bermain mercun di sekitar masjid.
    Perkara ini mengangu mereka yg mahu solat terawih dgn bunyi yg kuat / bising.

  • Bersahur tetapi dilakukan pada tengah malam contohnay pukul 12 malam.
    Bangun lah untuk bersahur sebab ada keberkatan padanya. Makan sahur itu eloklah dilakukan sebelum siang untuk memberi tenaga keesokan harinya. Ia juga untuk melatih kita untuk solat fardhu subuh dan semoga istoqamah seterusnya.

    Sila baca tentang sahur & keberkatannya.

  • Puasa perut tetapi tak puasa mulut atau jari.
    Perut sahaja berpuasa tetapi mulut tetap mencela, menghina, menfitnah orang lain. Sekarang dgn media social, mulut mungkin sudah bertukar kpd jari dgn menulis / taip perkara2 yg tidak diingini.

  • Solat sunat terawih dilakukan lengkap secara berjemaah tetapi solat fardhu dilakukan seorang diri.
    Solat Isyak di rumah kemudian baru pergi ke masjid untuk solat sunat terawih. Walhal solat fardhu itu lagi penting & lagi tinggi makamnya. Sepatutnya solat sunat terawih boleh dilakukan berseorangan di rumah dan solat fardhu berjemaah di masjid.

  • Sibuk dgn lagu2 raya dan tidak beribadat menambahkan amalan.
    Jangan kita terpedaya dgn persiapan raya dan pinggirkan ibadat semasa di bulan Ramadhan yg mulia ini.

  • Membeli juadah berbuka puasa yg banyak dan akhirnya membazir.
    Janganlah kita membeli semasa kita lapar disebabkan mungkin perhitungan kita tidak sempurna ketika itu. Jangan beli ikut nafsu, belilah apa yg patut sahaja.

  • Puasa tetapi tidak tutup aurat.
    Fikirkan lah apa akan terjadi kepada pahala puasa itu. Kalau kita pergi ke bazar Ramadhan, carilah peniaga yg menutup aurat.

  • Pelihara puasa dgn baik seharian tetapi penghujung hari pergi ke bazar Ramadhan.
    Apa yg kita dapat lihat di bazar Ramadhan itu? Sekarang ini bazar Ramadhan bukan sahaja untuk yg berpuasa tetapi juga dikunjungi oleh bukan Islam yg sudah tentu tidak menutup aurat. Jadi mahu tidak mahu kita akan terlihat aurat dan apa akan jadi dgn pahala puasa kita?

  • Puasa tetapai banyak menghabiskan masa dgn media social (Wasap / facebook) dan meninggal bacaan Quran.
    Perbanyakkan amal ibadat contohnya membaca Al-Quran di bulan Ramadhan yg mulia ini.

  • Sibuk membincangkan rakaat solat sunat terawih seperti 8 atau 20 rakaat.
    Lagi pelik tidak pergi solat terawih walaupun begitu sibuk membincangkan jumlah rakaat atau hanya solat kurang dari 8 rakaat.

  • Melaung-laung semasa selawat antara solat terawih.
    Tidak perlu melaung2 untuk berselawat.

  • Import imam2 dari luar negara atau dari jauh untuk dijadikan imam terawih sedangkan imam dari kariah sendiri pun cukup bagus.
    Imam2 dari kariah sendiri pun bagus atau dari pusat tahfiz terdekat juga boleh dilantik.

  • Puasa tetapi mengabaikan ibubapa.
    Puasa tetapi tidak ambil tahu / bertanya keadaan ibubapa samada cukup kepeeluan / kesihatan mereka.

  • Puasa menjadi pesta makanan.
    Terlampau banyak makanan yg disediakan yg mungkin berlaku pembaziran.

  • Mampu sujud pisikal tetapi tidak mampu sujud hati.
    Datang awal ke masjid tetapi hanya duduk tanpa membaca Al-Quran atau berzikir contohnya selepas solat Maghrib menunggu waktu Isyak.

  • Tidak melakukan solat sunat ba'diyah Isyak, hanya tunggu untuk solat sunat terawih.
    Ini satu kesilapan yg besar disebabkan solat sunat ba'diyah Isayk adalah muakkad dan solat sunat terawih bermula selepas solat ba'diyah itu. Makam solat sunat ba'diyah Isyak lebih tinggi dari solat sunat terawih.

    Sila baca tentang solat sunat rawatib.

  • Berbuka di masjid / surau tetapi tidak solat berjemaah maghrib di situ.
    Sudah berbuka dan terus pulang. Eloklah kita berjemaah dahulu di masjid / surau tempat kita berbuka tadi.

Marilah kita semua mengelakkan perkara2 pelik di atas yg tidak membawa manfaat kpd kita semua.

Marilah kita terus menambahkan amal ibadat kita di bulan Ramadhan yg mulia ini semoga kita semua mendapat manfaat sebaik mungkin.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semau pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Thursday, 13 March 2025

Segerakan Bayaran Zakat Fitrah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Tertarik saya mendengar khutbah Jummat pada minggu lepas 7 Mar 2025 (6 Ramadhan 1446) keluaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tentang mengapa kita harus mencepatkan bayaran zakat fitrah.

Saya quote di bawah ini khutbah Jumaat berkenaan.

"Sebagai umat Islam, kita digalakkan agar menunaikan zakat fitrah lebih awal, tanpa perlu menunggu sehingga terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.Menurut Mazhab Syafie, hukum menunaikan zakat fitrah adalah sah jika dilakukan sejak awal Ramadhan dan tidak semestinya ditunaikan pada malam satu Syawal atau pagi Hari Raya."

Saya terus teringat agak2 tahun 1979 (Masih di sekolah rendah lagi) saya telah didatangi oleh seorang dari masjid di kampung dan memberikan saya RM16 sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ya, saya adalah bekas asnaf.


Apa yg saya ingin tekan di sini adalah sungguh lebih baik jika dpt segerakan pembayaran zakat fitrah supaya pihak berwajib dapat menyerahkan zakat anda kepada asnaf2 lebih awal untuk mereka membuat persiapan Hari Raya dgn lebih baik dan teratur. Cuba bayangkan jika wang zakat itu hanya dpt disalurkan kpd asnaf hanya beberapa hari sebelum menyambut Hari Raya, ini sudah tentu asnaf2 mungkin akan mengalami kesuntukan masa untuk persiapan raya.

Senmoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kpd pembaca.Semoga kita sentiasa di dalam lindungan & redha Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, 7 March 2025

Ganjaran Solat Berjemaah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Apakah ganjaran yg diperolehi jika kita solat berjemaah di masjid atau surau?

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Sahih Bukhari, no. 645. [1]

Maka dgn ini kaum muslimim amat digalakkan untuk solat berjemaah untuk memperolehi ganjaran ini.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Adhan, Hadis no. 645, ms. 372. Darussalam Publishers and Distributors.

Lurus Dan Rapatkan Saf Semasa Solat Berjemaah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Semasa kita mahu memulakan solat berjemaah, kita telah biasa mendengar lafaz dari imam seperti di bawah ini ...

Tuntutan untuk meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid, surau mahupun di rumah adalah menjadi satu keperluan berdasarkan kp hadis2 sahih di bawah.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RAbahawa Rasullullah SAW bersabda

أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ

Maksudnya: "Luruskanlah saf-saf kalian, sesungguhnya aku dapat melihat kalian dari balik punggungku.” Dan setiap orang dari kami merapatkan bahunya kepada bahu sahabatnya, dan kakinya pada kaki sahabatnya.”
Sahih Bukhari, hadis no. 725. [1]

Juga di dalam riwayat yang lain oleh An-Nu'man bin Bashir bahawa Rasulullah SAW amat menekan pentingnya untuk meluruskan saf dan merapatkan saf sehingga diibaratkan seperti sedang meluruskan anak panah:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُسَوِّي صُفُوْفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا القِدَاحَ حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّا قَدْ عَقَلْنَا عَنْهُ ثُمَّ خَرَجَ يَوْمًا فَقَامَ حَتَّى كَادَ أَنْ يُكَبِّرَ فَرَأَى رَجُلاً بَادِيًا صَدْرُهُ فَقَالَ: عِبَادَ اللهِ لَتُسَوُّنَّ سُفُوْفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللهُ بَيْنَ وُجُوْهِكُمْ.

Maksudnya: "Rasulullah SAW telah meluruskan saf kami seolah-olah beliau sedang meluruskan anak panah, sehingga beliau melihat bahawa kami telah memahaminya. Kemudian pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri mahu solat sehingga beliau hendak mengucapkan Allahu Akbar, dan beliau melihat seorang lelaki yang menonjol dadanya (Tidak lurus saf), maka beliau bersabda: Hendaklah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan menimbulkan perselisihan di antara muka kamu."
Sahih Muslim, hadis no. 436. [2]

Apakah pengajaran dari kedua2 hadis di atas?

  • Amat penting untuk kita lurus & rapatkan saf semasa solat berjemaah.
  • Jika tidak, Allah akan menimbulkan perselisihan di antara kita.
  • Lurus & rapatkan saf semoga ganjaran berjemaah 27 kali ganda dapat dicapai, insyaAllah. Rujuk kpd ganjaran solat berjemaah.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Adhan, hadis no. 725, ms. 410. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of As-Salat, ms. 550, Hadis no. 436. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 6 March 2025

Saf Wanita Berjarakan Ketika Solat Berjemaah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Saban tahun semasa solat terawih di bulan Ramadhan perkara ini terus terjadi. Muslimat2 tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah di surau atau masid. Walaupun solat itu sah tetapi ganjaran solat berjemaah mungkin tidak diperolehi.

Tiada sesiapa yg mengetahui dgn tepat sebab mengapa pihak muslimat enggan merapatkan saf serta enggan memenuhi saf yg hadapan dahulu sebelum mengisi saf2 di belakang. Mungkin ini terjadi kpd segelintir muslimat tetapi yg sahihnya saf2 muslimat tidak dipenuhi atau dirapatkan.

Apakah sebab sebenarnya?

Hanya muslimat yg terlibat lebih mengetahui mengapa merela enggan memenuhi saf di hadapan dan merapatkan saf.

Saya mengambil peluang ini untuk berkingsi satu hadis yg diriwaykan oleh Ibnu Mas’ud yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا

Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.
Sunan Abi Daud, No. 570.

Nota: Sunan Abu Dawud menyatakan hadis ini adalah dhaif tetapi Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim. [2]

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:

يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ. قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla".
Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550. [2]

Nota: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban. [2]

Oleh yg demikian berdasarkan kpd kedua2 hadis di atas ... apakah yg boleh dikatakan mengapa saf2 muslimat tidak rapat / lompong / berjarakan semasa solat berjemaah terutamanya semasa solat terawih?

Adakah praktik muslimat2 itu tidak selari dgn hadis2 itu yg mengatakan tempat afdal solat muslimat adalah di bilik di dalam rumah mereka?

Hanya Allah SWT yg maha mengetahui.

Kalau tidak rapat saf, berjarakan atau lompong, maka tiada ganjaran solat berjemaah iaitu 27 kali ganda ganjaran seperti hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Umar yg menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً

Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda".
Sahih Bukhari, no. 645. [3]

Para muslimat sekalian tiada salahnya untuk solat berjemaah di surau atau masjid. Yg penting adalah semasa berjemaah saf2 hendaklah dirapatkan, diluruskan dan memenuhi dahulu saf2 hadapan. Ini diperkuatkan oleh satu hadis oleh Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda:

تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاَتٌلاَ

Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah dari kalangan wanita untuk pergi ke masjid, tetapi mereka boleh keluar dalam keadaan tidak memakai wangi-wangian”.
Sunan Abu Dawud, no. 565, Status: Hasan. [4]

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب

Baca juga:


Rujukan:
[1] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 351, Hadis no. 570. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2018). Al-Kafi #936: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis no. 645, The Book of Adhan, ms. 372. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 1, The Book of Salat, ms. 349, Hadis no. 565. Darussalam Publishers and Distributors.

Wednesday, 5 March 2025

Menghidupkan Malam Ramadhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Menghidupkan malam Ramadan menjadi penghapus dosa.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mendirikan Ramadhan – di malam hari (Menghidupkan Ramadhan dengan puasa disiang hari, solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (Mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
Sahih Bukhari No: 37. [1]

Pengajaran:

  1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan Ramadan dengan puasa disiang hari, dimalam hari solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

  2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

  3. Semoga ibadat puasa di siang hari, qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

  4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

    عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

    Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.'
    Jami' At-Tirmizi No: 806. Status: Hasan Sahih. [2]

  5. Nota: Hadis yg sama ini juga diriwayatkan oleh Al-Walid bin Abdur-Rahman yang mengetahui dari Jubair bin Nufair yang diberitahu oleh Abu Zar.
    Sunan Abu Dawud, No. 1375. Status: Sahih. [3]

Ayuh, pastikan kita menghidupkan malam Ramadan dengan dapat bersama solat tarawikh di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

Semoga memberi manfaat kpd semua pembaca dan sentiasa diredhai Allah SWT.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan;
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis no. 37, Thee Book of Belief, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 2, The Chapter Of Fasting, Hadis no. 806, ms. 230. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sunan Abu Dawud. Terjemahan oleh Yaser Qadhi, USA (2008). Vol. 2, The Book of The Chapters Pertaining To The Month Of Ramadan, ms. 140, Hadis no. 1375. Darussalam Publishers and Distributors.

Saturday, 1 March 2025

اهلا وسهلا يا رمضان.


اهلا وسهلا يا رمضان

الحمدالله، برتمو رمضان لاݢي

سموݢ رمضان تاهون اين منجاديکن کيت لبيه باءيق دان لبيه برتقوى دري تاهون يڠ لالو

آمین