Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Israel yahudi laknatullah pada selasa 18 Mar 2025 telah menyerang / mengebom saudara2 kita di Gaza di bulan Ramadhan ini. Dilaporkan sekurang2nya 200 saudara kita terkorban.


Hanya ada satu negara Islam sahaja yg berani menyokong Palestin dalam konflik iaitu Yemen. Yemen telah menyerang balik ketenteraan Amerika yg begitu jelas menyokong tindakan ganas lagi zalim Israel yahudi terhadap saudara2 kita di Gaza.
Memang ada orang kita yg memendang sinis terhadap Yemen yg dikatakan syiah.
Persoalannya sekarang mengapa Yemen yg dikatakan syiah itu datang membantu & meyokong perjuangan saudara2 kita di Gaza???
Jawapannya adalah disebabakan pemimpin2 dari negara Islam TERMASUK DIRI KITA yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah, yg mengaku cintakan Nabi SAW hanya duduk diam, membisu & berpeluk tubuh bila mengetahui sengsaranya saudara2 kita dizalimi di Gaza.
Adakah anda sebahagian dari mereka yg mengaku Ahli Sunnah Wal Jamaah yg hanya mahu diam membisu dan berpeluk tubuh itu? Hanya anda sendiri mampu menjawabnya.
Doa buat saudara2ku di Gaza/Palestin ...
‘Ya Allah, selamatkan dan lindungilah saudara seislam kami di Palestine’
“Ya Allah, kau lindungi dan beri ketabahan serta kekuatan kepada saudara kami di Palestine daripada kekejaman rejim Israel.”
"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Tunjukkanlah kemukjizatan qudrahMu, gantikanlah perjuangan mereka, nyawa dan darah mereka dengan kemenangan di akhirat dan syurgaMu."
Aaminn.
والله أعلمُ بالـصـواب
No comments:
Post a Comment