Page List

Wednesday, 20 March 2024

Surau Al-Ghazali, UniKL-MFI, Bangi, Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di surau ni.

Wednesday, 13 March 2024

Sahur & Keberkatannya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أََمَّا بَعْدُ
Bismillahirrohmanirrohiim. Alhamdulillaahi robbil ‘aalamiin, was-sholaatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa-i wal mursaliin, sayyidina muhammadin, wa’ala alihi wa’ashabihi aj’ma’iin, Amma ba’du.

Sahur adalah perbuatan makan dan minum pada awal pagi sebelum waktu fajar dengan niat untuk berpuasa. [1]


Hukum bersahur adalah sunah yg sangat dituntut jadi kita semua dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Mengapa sahur sangat dianjurkan?

Sahur Membezakan Puasa Orang Islam & Puasa Agama Lain


Bersahur adalah perbezaan antara puasa orang islam dan juga puasa ahli kitab sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh "Amr bin Al-'A RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."
Sahih Muslim #1096. [2]

Seorang muslim tidak seharusnya meninggalkan perbuatan bersahur walaupun sahurnya itu dengan segelas air atau sebutir tamar / kurma.

Sahur Terdapat Keberkatan


Sangat dianjurkan bersahur kerana terdapat keberkatan padanya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."
Sahih Bukhari #1923. [3]

Kesimpulan


Marilah kita bersama2 melakukan sunnah ini iaitu bersahur yg terdapat kebaikan & keberkatannya seperti mengamalkan sunnah Nabi SAW, mendapat keberkatan & kebaikan kesihatan serta memberi kekuatan untuk menjalani aktiviti seharian seperti biasa..

Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, insyaAllah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2019). Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-127: Apakah Yang Dimaksudkan Keberkatan Pada Sahur?
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab (Canada). Vol. 3, Book of Fasting, ms. 160, Hadis #1096. Darussalam Publishers and Distributors.
[3] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book of As-Saum, Hadis #1923, ms. 92. Darussalam Publishers and Distributors.

Thursday, 7 March 2024

Cara Menyambut Ramdhan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puji beserta syukur marilah kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan beribu-ribu nikmat. Tidak lupa selawat dan salam tercurahkan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari kiamat nanti. Aminn.

InsyaAllah minggu depan 1 Ramadhan 1445 (12 Mar 2024) akan tiba. Bulan Ramadhan yg sentiasa kita nantikan akan menjelma. Bulan yg penuh barakah untuk umat Islam semua.

Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan agar kedatangannya memberikan rahmat dan keberkatan buat kita. Antara yang dapat dinyatakan di sini ialah:

✅ 𝙋𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠𝙞 𝙉𝙞𝙖𝙩
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙙𝙤𝙖
✅ 𝙈𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙗𝙖𝙣𝙮𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣
✅ 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙚𝙙𝙚𝙠𝙖𝙝 & 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣
✅ 𝙌𝙞𝙮𝙖𝙢

Semoga dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari kita sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Sahih Bukhari #38. [1]

Oleh itu marilah sama2 kita menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan kita ke persada kejayaan.

والله أعلمُ بالـصـواب

Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, The Book of Belief, Hadis #38, ms. 73. Darussalam Publishers and Distributors.

Tuesday, 5 March 2024

Masjid Muhammadi Kota Bharu, Kelantan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah sempat singgah di masjid ni.
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu
Masjid Muhammadi Kota Bharu

Monday, 4 March 2024

Ziarah & Doakan Orang Sakit (Part 1)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sakit adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuk hambaNya. Setiap orang pasti akan merasai sakit dan menziarahi orang sakit adalah dituntut oleh Islam.

Sila baca tentang 5 hak sesama Islam di sini.

Salah satu sunnah semasa menziarah orang sakit adalah mendoakannya. Rasulullah SAW sendiri telah mengajarkan doa menziarah orang sakit agar segera diberi kesembuhan oleh Allah SWT.

Jadi, semasa kita menziarahi orang yang sedang sakit, bacalah doa ini. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitannya.

" اللَّهُمَّ أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا "


"Allahumma adzhibil ba'sa rabban nasi, wyasfi antays syafi, La syifa'a illa syifa uka, syifa'an la yughadiru saqaman".

Maksudnya: “Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit”.
Sahih Bukhari, hadis #5750. Riwayat dari Sayidina Aishah RA. [1]

Semoga kita semua dapat mengamalkan sunnah ini dan mendapat keberkatan darinya. InsyaAllah. Aaminn.

Baca juga tentang:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Dr. Muhammed Muhsin Khan. Vol. 7, Book of Medcicine, Hadis #5750, ms. 355-356. Darussalam Publishers and Distributors.

Tuesday, 27 February 2024

Benteng Terakhir Al-Aqsa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Kita mestilah terus berdoa, minima yg kita boleh lakukan selain dari menyumbang dan mengatakan sokongan kita kepda perjuangan saudara2 kita di Platestin.

Tuan / puan secara fiziknya pejuang Platestin itu adalah benteng terkahir Al-Aqsa jadi sudah menjadi harapan kita untuk melihat pejuang Paltestin untuk gigih berjuang dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

Saya mungkin sudah tidak nampak lagi apa2 perjuangan untuk mempertahankan Al-Aqsa yg akan dilakukan oleh pemimpin negara2 Arab Islam di sekeliling bumi ambiya' itu.

Marilah kita bersama2 terus berdoa untuk kemenangngan umat Islam dan bumi Al-Aqsa terus dijaga dan dimiliki oleh umat Islam. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, 6 February 2024

Solat Sunat Rawatib Jumaat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Diharap anda telah membaca tentang solat sunat qabliyah & ba'diyah di post sebelum, jika belum sila kilk di sini.

SOLAT SUNAT QABLIYAH JUMAAT

Dalam banyak pembacaann, mendengar & kaji selidik dari sumber2 yg dipercayai mempunyai 'weight' atau kredibeliti contohnya penerangan dari pejabat2 mufti negeri, kitab / buku, bacaan ilmiah, buku tentang solat dll, telah menjurus utk berpendapat bahawa tidak disunatkan untuk solat qabliyah Juaamt, walaupun terdapat khilaf antara ulama & ilmuan.

Kesimpulan yg dibuat adalah solat selepas azan pertama pada waktu solat fardhu Jumaat itu hanyalah solat sunat mutlak dan bukan solat qabliyah.

Untuk memahami bagaimana keputusam ini dicapai, eloklah kita fahami terlebih dahulu turutan proses solat fardhu Jumaat di zaman Rasullullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA.

Di bawah ini adalah sumber2 yg dirujuk & digunakan utk memahami turutan proses serta syarat-syaratnya.

Pada zaman Rasulullah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA, azan pertama hanya akan dilaungkan selepas memenuhi 2 syarat berikut:
  1. Telah masuk waktu (Tergelincir matahari).
  2. Imam (Contohnya Rasulullah SAW) telah naik ke atas mimbar & memberi salam.
Di bawah ini adalah hadis2 yg diambil dari sumber2 yg kredibel untuk menyokong syarat2 melaungkan azan pertama itu.
  • Diriwayatkan oleh Az-Zuhri: Saya mendengar As-Sä'ib bin YazId mengatakan "Pada masa hidup Rasulullah SAW, Abu Bakar dan 'Umar Radi-Allahu anhu untuk solat Jumaat azan biasa dimulakan / dilaungkan selepas Imam duduk di atas mimbar".
    Sahih Bukhari Hadis #916 [1]
  • Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan: "Saya menyukai apabila adzan pada hari Jumaat dikumandangkan ketika imam telah memasuki masjid dan duduk pada tempat khutbah dengan posisi agak tinggi seperti kayu atau pelapa kurma, mimbar, lantai atau yang lain. Kemudian muadzin mengumandangkan adzan. Apabila telah selesai, imam berdiri lalu menyampaikan khutbahnya, tidak lebih dari itu".
    Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268-269 [2]
  • Imam Syafi’i juga berkata: “Para sahabat yang berada di zaman Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu apabila tiba hari Jumaat, mereka akan mengejakan shalat sehingga Umar bin Khathab keluar. Tatkala Umar telah datang dan duduk di atas mimbar, muadzin kemudian mengumandangkan adzan".
    Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273 [3]
  • Juga diperjelaskan lagi di dalam kitab Fathul Baari: Ibnu khuzaimah dalam riwayat Waki' dari Abu Dzi'b menyebutkan, azan yang dilakukan poda masa Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar adalah dua adzan (dua kali) pada hari Jumaat. Ibnu Khuzaimah mengatakan bahwa maksud "dua adzan" adalah adzan dan qamat.
    Fathul Baari, Jilid 5, ms. 109 [4]
  • Tambahan, juga di dlalam Fathul Baari mengatakan bahawa Rasulullah SAW keluar -untuk melaksanakan shalat Jumaat - apabila matahari telah condong ke barat (Tergelincir), kemudian beliau berkhutbah dan melaksanakan shalat Jumaat.
    Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210. [5]
  • Ini juga selari dengan penjelasan dari Imam Syafi’i yg mengatakan bahawa azan Jumaat tidak dikumandangkan sebelum matahari tergelincir.
    Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 268. [6]
  • Perkara ini diterangkan lebih mendalam di dalam Kitab Al Umm bahawa “Rasul SAW berdiri dengan tegak pada tingkat kedua setelah tingkat yang digunakan untuk istirahat (duduk), kemudian beliau memberi salam dan duduk. Apabila muadzin telah selesai mengumandangkan adzan, beliau kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama. Kemudian beliau duduk, lalu berdiri dan membaca khutbah kedua. Perkataan ini sejalan dengan nmakna hadits.”
    Ringkasan Kitab Al Umm, Jilid 1, ms. 278. [7]

Melalui hadis2 diatas bolehlah diringkas bahawa turutan proses / tertib untuk solat Jumaat di zaman Rasulallah SAW, Saydina Abu Bakar & Omar RA adalah seperti berikut:
  1. Masuk waktu solat Jumaat (Matahari tergelincir).
  2. Rasullah SAW masuk ke dalam masjid.
  3. Rasullah SAW naik ke atas mimbar, memberi salam & duduk.
  4. Muazin melaungkan azan. (Juga dipanggil azan pertama).
  5. Rasiulallah SAW kembali berdiri lalu membaca khutbah pertama.
  6. Kemudian Rasulallah SAW duduk, lalu berdiri kembali dan membaca khutbah kedua hingga habis.
  7. Muazin melaungkan iqamat. (Juga dipanggil azan kedua).
  8. Solat fardhu Jumaat dimulakan.

Di antara 8 proses / tertib di atas, tidak wujud sebarang dalil / rekod / riwayat yg menerangkan bahawa Rasulullah SAW atau para sahabatnya radhiallahu 'anhum melaksanakan solat sunat qabliyah Jumaat.

Bahkan 8 proses di atas berlaku secra berturutan sehingga menolak wujudnya sebarang kemungkinan untuk melakukan solat sunat qabliyah Jumaat.

Ini disokong dgn kesimpulan yg dipetik dari kitab Fathul Baari yg jelas menyatakan bahawa "tidak ada alasan bagi pendapat yang mengatakan disunahkannya melaksanakan shalat sunah sebelum solat Jumaat, tetapi solat tersebut adalah solat sunah secara mutlak.
Fathul Baari, Jilid 5, ms. 210. [8]

Mungkin Ada Kekeliruan?

Mungkin timbul kekeliruan di sini ... tentang jumlah azan pada solat Jumaat. Dinyatakan dari Sahih Bukhari, hadis #916: Pada zaman Rasulallah SAW, Saydina Abu Bakar & Umar RadiyaLlahu anhuma, jumlah azan hanyalah 2 iaitu:
  • Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
  • Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.

Tetapi bermula dari zaman Saydina Uthman RA, azan telah bertambah menjadi 3 seperti berikut:
  • Azan pertama: Setelah masuk waktu zohor (Jumaat) dan imam telah memberi salam & duduk di atas mimbar.
  • Azan kedua: Iqamat sebelum solat fardhu Jumaat.
  • Azan ketiga: TAMBAHAN azan yg dilaungkan SEBELUM masuk waktu zohor.

Apakah tujuan azan ketiga itu?

Tambahan azan (Azan ketiga) dilaungkan sebelum masuk waktu zohor (Jumaat) dan bertujuan sebagai PERINGATAN AWAL (ALERT) disebabakan oleh jumlah umat Islam di ketika itu telah menjadi ramai. Azan itu dilaungkan di tempat ramai (Tidak semestionya berdekatan dgn masjid) seperti di pasar. Tujuannya adalah untuk orang ramai menyiapkan diri & bersegera ke masjid untuk fardhu Jumaat. Tiada rekod / hujah / riwayat yg menyatakan pada zaman Uthman RA atau Ali RA, umat Islam melaksanakan solat qabliyah Jumaat selepas azan ketiga itu.
Sahih Muslim, Vol. 2, Book 13, No. 35. [9]

Ini juga disokong oleh petikan dari Sahih Bukhari #912. Diriwayatkan oleh As-Sa'ib bin Yazid: "Semasa khalifah 'Uthman ketika orang Islam bertambah bilangannya, azan ketiga di Az-Zaurä telah ditambah. Abu 'Abdullah berkata Az-Zaura adalah tempat di pasar Al Madinah".
Sahih Bukhari. Vol. 2, ms. 36, #912. [10]

Mungkin ada yg mengatakan hadis dari Sahih Bukhari hadis #627 yg berbunyi "Di antara setiap 2 azan (Iaitu azan & iqamah) ada solat (Sunat) - Baginda mengulanginya hingga 3 kali - bagi yang menghendakinya". [11]

Fathul Baari menjelaskan bahawa sesungguhnya dalil (Hadis) ini bersifat keumumumam. Disyorkan bila ia bertemu dgn hadis2 yg khusus tentang ketiadaan solat sunat qabliyah Jumaat, maka eloklah kita ikuti hadis2 yg khusus itu.

Fokus juga harus diberi kpd maksud 'antara 2 azan' itu. Maksud 'antara 2 azan' adalah antara azan & iqamat seperti yg ditafsir oleh [Sahih Bukhari, Vol. 1, ms. 363, Hadis #624]. Ia tidak bermaksud antara 2 azan solat Jumaat (Azan ketiga & azan pertama) sebagaimana yang wujud sekarang ini. Seperti yg telah dijelaskan di sini, pada zaman Rasullah SAW hanya ada satu azan & satu iqamat sehingga pada zaman Sayidina Uthman RA di mana tambahan azan ketiga dilakukan sebelum masuk waktu dan yg hanya bertujuan untuk memberi 'PERINGATAN AWAL' untuk menyiapkan diri & bersegera ke masjid disebabakan umat Islam telah bertambah ramai.

Segala selidikan & pembacaan saya tidak menunjukkan adanya sebarang rekod / dalil / riwayat yg mensabitkan atau memungkinkan wujudnya solat sunat qabliyah Jumaat.


SOLAT SUNAT BA'DIYAH JUMAAT:

Untuk solat sunat ba'diyah Jumaat, para ulamak bersepakat mengatakan bahawa solat sunat selepas Jumaat adalah sunat dan termasuk rawatib ba’diyah. [12]

Di bawah ini disertakan hadis2 berkaitan.

Diriwayatkan oleh 'Abdullah bin Umar: Rasulullah SAW pernah solat dua rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat selepasnya. Beliau juga pernah solat dua rakaat selepas solat Maghrib di rumahnya, dan dua rakaat selepas solat 'Isya'. Beliau tidak pernah solat sesudah solat Jumaat hingga beliau keluar (dari Masjid), kemudian beliau solat dua rakaat di rumah. [13]

Daripada Ibnu 'Umar radiallahu 'anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mendirikan solat selepas Jumaat sebanyak dua rakaat di rumahnya. [14]

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang telah mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia solat selepasnya empat rakaat". [15]

Berdasarkan hadis2 di atas, solat sunat selepas Jumaat adalah sunnah dan boleh dilakukan 2 atau 4 rakaat.


KESIMPULAN:

Kesimpulan untuk solat sunat rawatib Jumaat adalah:
  • Tiada sunnah untuk sunat qabliyah. Jika mahu bolehlah lakukan solat sunat mutlak. (Selepas azan pertama).
  • Melakukan solat sunat ba'diyah: 4 rakaat (2 salam) atau hanya 2 rakaat. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut tentang solat sunat ba'diyah Jumaat.

Ringkasan adalah seperti di bawah:

Solat Fardhu Solat Qabliyah Solat Ba'diyah
Bilangan rakaat
Hukum
Bilangan rakaat
Hukum
Jumaat
Tiada
Tiada
4 / 2 rakaat
Muakkad


Penting:
Bila berlaku perbezaan penderian, kita eloklah menghormati penderian yg berbeza. Yang penting adalah kita bersama2 istiqamah mengerjakan solat sunat rawatib ini dan agar sentiasa dlm redha Allah SWT.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, Hadis #916, ms. 38. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268 - 269. Pustaka Azzam.
[3] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 273. Pustaka Azzam.
[4] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 109. Pustaka Azzam.
[5] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[6] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 268. Pustaka Azzam.
[7] Ringkasan Al Umm, Jilid 1, ms. 278. Pustaka Azzam.
[8] Ibnu Hajar Al-Asqalani. Fathul Baari (Terjemahan oleh Amiruddin LC, 2002). Jilid 5, ms. 210. Pustaka Azzam.
[9] Sahih Muslim. Vol. 2, Book 13, No. 35. Riwayat oleh As-Saib bin Yazid.
[10] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, #912, ms. 36. Darussalam Publishers and Distributors.
[11] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 1, Hadis #627, ms. 364. Darussalam Publishers and Distributors.
[12] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Irsyad Al-Ftwa ke-67: Solat Qabliyah Dan Ba'diyah Jumaat.
[13] Sahih Muslim. Jilid 2, Buku 13, No. 59.
[14] Sunan Abu Daud. Kitab as-Solat, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, No: 1132.
[15] Sahih Muslim. Kitab al-Jum'ah, Bab as-Solat Ba'da al-Jumu'ah, Hadis no: 881.


Monday, 5 February 2024

Solat Sunat Qabliyah 4 Rakaat Sebelum Fardhu Asar

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Di dalam ulasan yg lepas, didapati tiada solat sunat rawatib yg muakkad untuk fardhu Asar. Sila baca ulasan keseluruhan tentang solat sunat rawatib dgn klik di sini.

Namun terdapat hadis berstatus hasan petikan dari Jami' At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Ibnu Umar bahwaa Rasulullah SAW bersabda:

"Semoga Allah merahmati seseorang yang solat 4 rakaat sebelum Asar".
Jami' At-Tirmizi, bab Solat, no. 430. (Hasan). [1]

Tuan / puan, dengan 4 rakaat sunat qabliyah ini insyaAllah kita akan memperolehi rahmat Allah SWT.

Cara yg afdal untuk mendirikan solat sunat empat rakaat sebelum Asar ini adalah secara 4 rakaat dengan 2 salam.

Marilah kita bersama2 semampu mungkin untuk melazimi solat sunat 4 rakaat sebelum Asar ini.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 1, Bab Solat, No. 430, ms. 441. Darussalam Publishers and Distributors.

Saturday, 3 February 2024

Doa Selepas Wuduk

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Sebelum menunaikan solat, umat Islam wajib berwuduk untuk membersihkan anggota daripada hadas kecil. Selepas mengambil wuduk yg sempurna kita disunnahkan untuk berdoa yg amat besar kebaikannya seperti hadis di bawah ini.

"Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa:

“أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ”


kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu".
Sahih Muslim. Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234.

Berikut adalah petikan penuh dari Sahih Muslim Hadis #234 di atas:

Diriwayatkan oleh 'Uqbah bin 'Amir: "Kami ditugaskan untuk menjaga unta. Apabila tiba giliran saya, saya membawa mereka (Unta) kembali pada waktu petang dan mendapati Rasulullah SAW sedang berdiri berhadapan sekumpulan ramai. Aku menyertai kumpulan itu ketika Rasulullah SAW berkata: 'Tidak ada seorang muslim pun yang berwudhu dengan baik, kemudian berdiri menghadap kiblat lalu solat dua rakaat dengan fokus (Kusyuk), melainkan syurga baginya'. Saya ('Uqbah) berkata: 'Ini adalah baik'. Lalu seseorang yang berada di hadapan saya berkata: 'Apa yang disebut sebelum ia adalah lebih baik'. Saya melihat beliau adalah 'Umar. Dia berkata: 'Saya tahu kamu baru datang; dia berkata: "Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudhu dan melakukannya sepenuhnya kemudian berkata: 'Ash-hadu An lâ lâha illallâh, Wa Anna Muhammadan 'Abduhu Wa wasuiluh (Saya bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya),' melainkan lapan pintu syurga akan dibukakan kepadanya, dan dia akan masuk melalui mana-mana yang pintu dia kehendaki".

Nota: Teks asal hadis #234 ini adalah dalan English dan saya telah terjemahkanke dalam Bahasa Melayu. Diharap mudah untuk difahami.

Marilah kita bersama2 amalkan hadis ini semoga mendapat manfaat kelak. Aaminn.

Baca juga tentang Amalan Sunnah.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 1, Book of Purification, ms. 364, Hadis #234. Darussalam Publishers and Distributors.

Friday, 2 February 2024

Solat Sunat Rawatib Zohor Mampu Jauhi Api Neraka

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِسْلاَمِ. وَنُصَلِّيْ وَنُسَلِّمُ عَلَى خَيْرِ اْلأَنَامِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Untuk solat fardhu zohor, solat sunat rawatibnya yang muakkad adalah 4 rakaat (2 salam) sebelum dan 2 rakaat selepas. Silat baca ulasan keseluruhan tentang solat sunat rawatib dgn klik di sini.

Walau bagaimanapun terdapat hadis sahih petikan dari Jami' At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Sayidina Umm Habibah bahwaa Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang menjaga 4 rakaat sebelum dan selepas Zohor, nescaya Allah mengharamkan baginya untuk masuk ke dalam neraka".
Jami' At-Tirmizi, bab Solat, no. 427 (Sahih) & 428 (Sahih). [1]

Tuan / puan, begitu besar kelebihan yg insyaAllah kita perolehi dgn melazimi solat rawatib Zohor ini.

Cara yg afdal untuk mendirikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas Zohor adalah secara 4 rakaat dengan 2 salam.

Marilah kita bersama2 semampu mungkin untuk melazimi solat sunat 4 rakaat sebelum dan selepas Zohor, dengan harapan Allah akan mengharamkan bagi kita untuk masuk ke dalam neraka. Yakinlah, Allah pasti menunaikan segala janji-Nya.

Sila baca juga:

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 1, Bab Solat, No. 427 & 428, ms. 439. Darussalam Publishers and Distributors.