Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Surat Al Ankabut ayat 57 yg maksudnya setiap yg nernyawa pasti akan mati.

Kematian adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi setiap makhluk yang bernyawa / hidup dan tidak akan ada yg akan terkecuali atau terlepas.
Bila kematian ibu atau bapa, anak2 terutama anak lelaki yg sepatutnya memikul tanggung jawab walaupun dibantu oleh AJK masjid / surau, untuk menyempurnakan jenazah seperti mandi, kafan dan yg juga penting ialah untuk menjadi imam solat jenazah itu. Wahai anak2 lelaki janganlah biarkan orang lain sempurnakan dan menjadi imam solat jenazah ibu atau bapa kamu.
Objectif
Objectif solat jenazah adalah untuk menyempurnakan tuntutan fardu kifayah & memohon keampunan, keredhaan serta rahmat Allah SWT untuk si mati.
Pahala solat jenazah
Besar sungguh pahala solat jenazah ini. Tsauban r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: Sesiapa yang mengerjakan solat jenazah maka dia akan mendapat pahala sebanyak satu qirath. Jika sekiranya dia menyaksikan pengebumian jenazah maka dia akan mendapat dua qirath, dan satu qirath itu ganjaran sebesar bukit Uhud.
(HR Muslim, hadis sahih)
Kedudukan jenazah semas disolatkan
Terdaapt perbezaan dari segi kedudukan jenazah semasa disolatkan mengikut jantina.
Jenazah lelaki: Kepala jenazah perlu diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakkan bahagian badan jenazah di sebalah kanan imam. Imam berdiri di bahagian kepalanya.
Jenazah wanita atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.
Rukun solat jenazah ada 7 seperti berikut.
Cara / langkah2 solat jenazah
Cara / langkah2 solat jenazah adalah berdasarkan rukun2 di atas yg dijelaskan seperti di bawah ini.
Sebagaimana solat yg lain, kita hendaklah berwuduk terlebih dahulu dan memasang niat sebelum takbir. Niat ini tidak semestinya di dlm bahasa Arab dan sy biasanya menggunakan bahasa Melayu semas berniat. Contoh niat adalah seperti berikut.
"Sahaja aku solat keatas ini mayat ini 4 takbir sebagai imam / mengikut imam fardhu kifayah kerana Allah taala."
Biasanya Imam akan memberitahu mayat itu adalah lelaki atau perempuan. Ini untuk mementukan doa kita semasa takbir ke-3 nanti.
Solat jenazah ini ada 4 takbir seperti di bawah.
Nota: Solat jenazah ini tiada rukuk, sujud atau yg lain2, hanya berdiri sahaja (Bagi yg mampu). Saf yg kedua adalah rapat dgn yg saf yg hadapan dan seterusnya. Seeloknya hendaklah dibuat minima 3 saf. Imam akan membaca secara sirr (Perlahan).
Takbir | Bacaaan | Catatan |
---|---|---|
Bacaan surah Al-Fatihah |
- | |
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ |
Bacaan selawat yang sempurna adalah Selawat Ibrahimiyah sebagaimana yang dibaca dalam tasyahud akhir. | |
Bacaan doa untuk mayat. Contoh doa mudah: اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عنْه Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dan lepaskanlah dia daripada apa-apa yang tidak disukainya dan maafkanlah dia.” |
Jika tidak hafal doa ini, kita boleh membaca di dalam hati apa2 yg baik untuk mayat. Nota: Untuk mayat lelaki, sila guna 'Hu', untuk perempuan adalah 'Haa' dan untuk ramai (Lelaki & perempuan) gunakan 'Hum'. Contoh seperti di sini Lelaki: ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ Perempuan: ... اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا |
|
Sunat membaca doa untuk jenazah seperti di bawah: Lelaki: أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ Perempaun: اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau mencegah kami mendapat pahalanya dan jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami sesudahnya, ampunilah kami dan si mati." |
Jika tidak hafal tidak perlu membaca doa ini dan cukup sahaja dgn memberi salam. |
Penutup
Apa yg penting adalah untuk menyegerakan proses menyempurnakan urusan jenazah sehingga dikebumikan. Segalanya harus dicepatkan seperti doa selepas solat jenazah. Seeloknya kita tidak perlu membaca surah2 dan terus membaca doa dan sebaik doa itu adalah pendek & ringkas. Doa itu tidak semestinya di dalam bahasa Arab, guna bahasa Melayu pun boleh.
Pembukaan doa:
- Mulakan doa dgn Bismillah, memuji Allah SWT & selawat keatas Nabi SAW.
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ، وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
Pengisian doa:
- Ringkas dan padat.
- Ya Allah, ampunkanlah dosa ibu / ayah ku.
- Ya Allah, rahmatkanlah ibu / bapa ku.
- Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ibu / ayah ku untuk menghadapi Malaikat Mungkar & Nangkir.
- Ya Allah, jadikan kubur ibu / ayah ku taman syurga.
Penutupan doa.
- Memuji Allah SWT dan salam & selawat ke atas Nabi SAW & para sahabat.
وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Jika menjadi imam semasa solat jenazah ini, segala bacaan seperti surah Al-Fatihah, selawat ke atas Nabi SAW & doa hendaklah secara sirriyyah (Sirr) yg bermaksud sunat untuk diperlahankan.
h secara jahriyyah (Jahr) yg bermaksud sunat untuk diperdengarkan. Marilah kita mengambil pengajaran daripada setiap kematian & pandanglah dengan penuh keinsafan & carilah hikmah disebaliknya.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
No comments:
Post a Comment