Wednesday, 11 June 2025
Kelebihan Solat Jenazah dan Menghantarnya ke Kubur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.
Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan mengiringi jenazah ke kuburan adalah sunat.
Sesiapa yg menunaikan solat jenazah lalu mengiringi jenazah itu ke perkuburan dan menunggunya sehingga selesai dikebumikan akan diberi ganjaran pahala sebanyak 2 qirat. Sila baca perincian di sini.
Berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ شَهِدَ الْجَنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ، وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ. قِيلَ: وَمَا الْقِيرَاطَانِ؟ قَالَ: مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ
Ertinya: “Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanyakan kepada Baginda SAW: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat? Baginda SAW menjawab: ‘Seperti dua gunung yang besar.’”
Sahih Bukhari, hadis no. 1325. [1]
Sahih Muslim, hadis no. 945. [2]
Jelaslah bahawa amat bersar ganjaran pahala bagi sesiapa yg mendirikan solat jenazah serta mengiringi jenazah hingga dikebumikan. Maka rebutlah peluang bersar ini.
Sila baca juga Solat Jenazah.
Semoga Allah Taala memberikan kita kekuatan untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.
والله أعلمُ بالـصـواب
Rujukan:
[1] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 1325, ms. 237. Darussalam Publishers and Distributors.
[2] Sahih Muslim. Terjemahan Oleh Nasiruddin al-Khattab Canada (2007). Vol. 2, The Book of Funerals, hadis no. 945, ms. 475. Darussalam Publishers and Distributors.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment