Page List

Friday, 31 October 2025

Tawasul

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah dan syukur byk2 kpd Allah SWT dimurahkan rezeki dan rahmat dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selawat dan salam kpd junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, beserta sahabat. Semoga kita semua mendapatkan syafaatnya, dan mendapat petunjuk hingga hari akhirat nanti.

Apakah Maksud Tawassul?

Tawassul yg mungkin kebaynyakkan orang amalakan adalah bermaksud: “Memohon kepada Allah agar terhasilnya manfaat atau terhindarny amudarat dengan menyebut nama Nabi atau wali sebagai memuliakan keduanya dalam bertawassul”. Tawassul juga bermaksud mendekatkan diri kepada Allah atau berdoa kepada Allah dengan menggunakan wasilah atau mendekatkan diri kepada Allah dengan bantuan perantara. [1]

Ringkasnya, tawassul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa. [2]

Di dalam pembacaan dan penelitian saya, tawassul hanya dibenarkan dalam 3 senario seperti di bawah.

  1. Tawassul dengan Asmaul Husna.
    Maksud di sini adalah kita bertawassul dengaan 99 nama Allah yang baik, mulia, dan agung, yang merujuk kepada sifat-sifat Allah seperti yang disebut dalam Al-Quran.
    Contohnya di dalam bulan Ramadhan kita berdoa seperti ...

    اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

    Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”.
    Jami' Al-Tirmizi #3513 (Sahih / Hasan Sahih). [3]

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Pengampun'. Contoh lain seperti: "Ya Allah, Ya Syafii. Berikan aku kesembuhan supaya aku mudah untuk beribadah.”.

    Asmaul Husna di sini merujuk kpd 'Maha Penyembuh'.

  2. Tawassul dengan amal soleh.
    Kita juga boleh bertawassul dengan amalan soleh kita seperti infaq / sedekah / khidmat bakti dan lain-lain.

    Terdapat hadis sahih yg merakamkan peristiwa 3 pemuda lelaki yg terperangkap di dalam gua dan mereka berdoa serta bertawassu1 dengan amalan2 baik mereka untuk keluar daripada gua tersebut dan Allah memakbulkan doa2 mereka.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 2272. [4]

    Contoh doa seperti berikut ...

    "Ya Allah, dengan sedekah ku ini, sembuh kan lah ibuku yg sakit."

  3. Tawassul dengan orang soleh yang MASIH HIDUP.
    Tawassul dengan orang soleh adalah meminta agar doa kita diperkenankan Allah dengan menjadikan orang soleh yg masih hidup sebagai perantara. Ini boleh dilakukan dengan beberapa cara, seperti meminta orang soleh yg masih hidup untuk mendoakan kita, atau menggunakan amalan soleh mereka sebagai perantara.

    Ketika baginda sedang berkhutbah sempena solat Jumaat, lalu seorang lelaki berdiri dan meminta baginda mendoakan hujan bagi mereka. Maka baginda berdoa lalu Allah menurunkan hujan. Ini merupakan bertawassul dengan doa orang soleh.
    Sila rujuk Sahih Bukhari, hadis no. 1014. [5]

    Tuan / puan sekalian bertawassul dengan orang soleh ini adalah semasa mereka masih hidup sahaja. Janganlah kita bertawassul selepas mereka meninggal dunia (Mati). Jangan pula kita pergi ke kubur2 dan meminta doa dari mereka atau kita sendiri berdoa serta betawassul dengan mereka yg telah mati.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan kita semua sentiasa di dalam redha & rahmat Allah SWT. Aaminn.

والله أعلمُ بالـصـواب


Rujukan:
[1] Prof. Madya Dr. Ahmad Bin Che Yaacob (2023). University Teknologi Malaysia.
[2] Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2022). Irsyad Hukum Siri Ke-730: Amalan Mengambil Berkat (Tabarruk) Munurut Islam.
[3] Jami' At-Tirmizi. Terjemahan oleh Abu Khaliyl (2007). Volume 6, The Book of Supplications. No. 3513, ms. 228. Darussalam Publishers and Distributors.
[4] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 3, The Book Of Hiring, hadis no. 2272, ms. 260. Darussalam Publishers and Distributors.
[5] Sahih Al-Bukhari. Terjemahan Oleh Dr. Muhammaed Muhsin Khan (1997). Vol. 2, The Book Of al-istisqa', hadis no. 1014, ms. 87. Darussalam Publishers and Distributors.

No comments:

Post a Comment